CHEF OBIE & MGJ CONSULTANCY

CHEF OBIE & TEAM MGJ CONSULTANCY AKTIF MENGADAKAN KELAS / KURSUS MASAKAN PERNIAGAAAN DAN KOMERSIL POPULAR BERTESTIMONI SEJAK 2012 HINGGA KINI.
DI AMPANG , SELANGOR DAN DI BANGSAR KUALA LUMPUR.

MENJADI PILIHAN WARGA TEMPATAN , WARGA ANTARABANGSA DAN JABATAN KERAJAAN

MENJADI JURUCAKAP PELBAGAI PRODUK , PERUNDING F&B , PERUNDING MAKANAN , FOODSTYLIST , PENULIS JEMPUTAN / PHOTOSHOOT UNTUK MEDIA MASSA DAN ELETRONIK ,PERUNDING PENJUALAN HOTEL DAN RESORT JUGA PERUNDING HARTANAH DI MALAYSIA

HUBUNGI MGJ CONSULTANCY

017 2260719

017 2260719

017 2260719

email : mgjconsultancyfile@gmail.com & gunawan.jamil@gmail.com

obieber

Rabu, 19 September 2018

Resepi Popular : Ikan Siakap 3 Rasa Sempoi Chef Obie

Salam semua,

Dalam keadaan cuaca diluar yang agak tidak menentu,Dikejutkan dengan 9 Taufan Manghkut diselruh dunia...Semoga Allah pelihara kite semua di Malaysia ,walau sekadar tempias .
Mmmm..Isu setiap hari ,kalau nak bangun pagi sekarang ni...disebabkan angin kuat hujan lebat dan sejuk memang boleh buat kite menjadi berat hati nak keluar rumah , nak pergi kerja dan sebagainyalah...dugaan sangat kan?
Pejam mata..tarik pipi dan cubit peha sendiri dulu..kalau lelaki tu sila tarik sideburn bagi segar sikit mata ..bangun kena rajin macam biasa..okay.., chef obie hari ni tergerak hati nak sharekan resepi yang command dan biasa ni tapi ada permintaannya dan peminatnya..chef obie pasti korang diluarsana pun suka makan menu yang chef nak kongsikan resepinya...
okaylah..korang scroll aje ke bawah ni....pagi tadi dah share dalam FB - chefobie untold


RESEPI SIAKAP 3 RASA SEMPOI - Chef Obie
p/s; boleh juga guna resepi ini untuk ikan yang dikukus





Bahan :
1 ekor ikan siakap/kerapu/kembung - 600 gm@700gm+Tepung jagung 3 sdb ( Goreng garing )
1/2 cawan Air
1/2 cawan minyak masak - untuk menumis

Bahan dikisar :-
1 biji bawang merah besar
3 ulas bawang putih
1/2 inci halia tua/muda
2 biji cili merah

Bahan Dihiris :-
1/2 kuntum bunga kantan(option)
Daun ketumbar secukupnya
2 helai daun limau purut
Sepotong Nenas ( kiub )
5 biji cili padi+ Cili akar

Bahan Sos:-
2 sudu besar cili kisar
1 sudu besar sos tomato
2 sudu besar sos plum(option)
2 sudu besar gula pasir
2 sudu besar sos cili
1 sudu besar jus limau nipis
1 sudu kecil kicap manis(option)
Garam secukup rasa

Cara Penyediaan:-

*Sediakan kuali untuk menggoreng dan minyak secukupnya. Lumurkan ikan dengan Tepung jagung + sedikit garam dan biarkan selama 10 minit.
1. Goreng ikan hingga garing
2. Sementara itu, dalam kuali lain, panaskan minyak. Tumiskan bahan2 cincang selama 1 minit.
3. Masukkan bahan-bahan sos dan kacau rata.
4. Bila mendidih, masukkan bahan-bahan hiris, air , gula dan garam.
5. Masak hinga kuah pekat sedikit dan tuangkan ke atas ikan tadi.
6. Makanlah bersama nasi putih dan ulam-ulaman.




Jom Follow FB : chefobie untold

Belajar Bersyukur,redha dgn kekurangan & enjoy Dlm Hidup ,Kerana sekali sahaja Anda nikmati hidup ini..Tiada Dua Kali..chef obie 0172260719 (whatsapp)

Terima Kasih

Komen
0 Komen

Tiada ulasan:

Chef Gunawan a.k.a Chef Obie Copyright © 2015 Design by MaiGraphikDesign