CHEF OBIE & MGJ CONSULTANCY

CHEF OBIE & TEAM MGJ CONSULTANCY AKTIF MENGADAKAN KELAS / KURSUS MASAKAN PERNIAGAAAN DAN KOMERSIL POPULAR BERTESTIMONI SEJAK 2012 HINGGA KINI.
DI AMPANG , SELANGOR DAN DI BANGSAR KUALA LUMPUR.

MENJADI PILIHAN WARGA TEMPATAN , WARGA ANTARABANGSA DAN JABATAN KERAJAAN

MENJADI JURUCAKAP PELBAGAI PRODUK , PERUNDING F&B , PERUNDING MAKANAN , FOODSTYLIST , PENULIS JEMPUTAN / PHOTOSHOOT UNTUK MEDIA MASSA DAN ELETRONIK ,PERUNDING PENJUALAN HOTEL DAN RESORT JUGA PERUNDING HARTANAH DI MALAYSIA

HUBUNGI

017 2260719 CHEF OBIE

016 9166010 P.A NESA

013 7326939 FAD KADEEN .

Follow Instagram @chef_obie_official & @mgj_consultancy

obieber

Sabtu, 22 Mei 2021

Viral Kuah Laksa Johor Yang Asli Dan Resepi Laksa Johor Chef Obie 2021

 Assalammualaikum wbt ,

Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir Dan Batin

VIRAL KUAH LAKSA JOHOR YANG ASLI DAN RESEPI LAKSA JOHOR CHEF OBIE 2021

Tersengih aje Chef Obie bile lihat memasing dgn isu LAKSA JOHOR , kite steady aje berapa banyak kali lah dah upload dlm fb , zaman berblog tahun2 dulu pun siap resepinya x tunggu raya pun nak melaksa Johor ni gais

Isu ikan bukan besar pun yea..sentiasa ada option , memang keaslian rasa kuahnya ada lari sedikit part taste orang johore selain sambal belacan khas utk laksa johor perlu dijaga yg tak sama sekali dgn sambal belacan mkn dgn nasi tu yea , malah condimentsnya yg simple ada asasnya..apa pun..Berlapang dada aje gais.. Apa ada hal ... Kerana dengan masakan lah kita semua boleh kenal antara satu sama lain , kerana dgn masakanlah yg menjadikan sesuatu dapat membantu yg memerlukan meningkatkan ekonomi keluarga dan hasilnya menjadi darah daging .
Dah..tak mau tarik2 muke gais..nikmatilah LAKSA JOHOR yg kalian masak itu dengan hati yg berbunga tak perlu banding2 kan mana yg sedap mana yg asli .
Kalau nak juga puaskan hati tu..perlu rasa keaslian LAKSA JOHOR dengan mencari orang johor yg memasak jgn cari yg tak memasak pule..
Kite kan orang Johore Chefobie Untold
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR DAN BATIN





Alang alang jom cuba RESEPI LAKSA JOHOR - Chef Obie ( 8 Orang )
Bahan :
1kg ikan kembung ( Boleh juga guna selayang @sardine / selar mata besar kalau x ade ikan parang , tenggiri , malong )
Setelah direbus buang tulang temulang ikan.
100 gm udang basah
1 sudu besar udang kering ( rendam dan cuci bersih )
2 biji bawang besar
10-15 tangkai cili kering direbus dahulu
1/2 inci halia
1/2 inci lengkuas
1 sdm serbuk kunyit kunyit hidup
1 sudu besar rempah kari ikan ( Adabi )
1 batang serai
2 keping asam gelugur@ keping
1 1/2 cawan santan pekat
2 liter air Rebusan Ikan kembung
2 sdm kerisik
3/4 cawan Gula Pasir
2 sdm Garam
1 paket/kotak spagheti rebus siap2 ala menyediakan pasta.
Cara Penyediaan :
1.Satukan isi ikan yang telah direbus dan dibuang tulang ke dalam blender , masukkan udang sederhana , udang kering , bawang besar , halia , lengkuas dan serai kisar hingga halus bersama air rebusan.
RESEPI BRIYANI AYAM sila klik
2.Tuangkan semua bahan kisar dalam pot atau periuk , masukkan asam keping , serbuk kari ikan ( Adabi ) dan serbuk kunyit , didihkan.
3. Masukkan santan pekat biarkan didih lagi . Kemudian giliran kerisik , perasakan garam dan gula .
4. Masak sehingga kuah pekat dan sedikit berminyak di permukaan kuah , sila gunakan api kecil selama lebih kurang 45 minit hingga 1 jam. Lebih lama dimasak, kuah akan lebih tahan walaupun tidak disimpan di dalam peti sejuk.
Bahan sambal belacan Laksa Johor:
15 -20 btg Cili kering ( direbus terbih dahulu dan cuci )
3 inci belacan (dibakar)
1 sdm Gula
4 biji limau kasturi @ 1 biji limau nipis ( perahan air sahaja )
Cara Penyediaan :
* mesin atau tumbuk batu lesung kesemua bahan dan hidangkan bersama kuah laksa.
Inginkan KELAS MEE REBUS JOHOR VIRAL & CONDIMENTS

Terima Kasih

Komen
0 Komen

Tiada ulasan:

Chef Gunawan a.k.a Chef Obie Copyright © 2015 Design by MaiGraphikDesign