CHEF OBIE & MGJ CONSULTANCY

Executive R&D Chef | Austrian Dessert & European Cakes Pastries | Malaysian Heritage Cuisine | Multi Outlet Standardisation : CHEF MUHAMAD GUNAWAN a.k.a CHEF OBIE & TEAM MGJ CONSULTANCY Aktif Set Up Central Kitchen / Restoran Pelbagai Tema - Western Food, Kopitiam, Nasi Kandar & Berkenaan / Pembangunan Menu ( Baru & Upgrade ) / Standardize Resepi & SOP/ Kelas Masakan Perniagaan Bijak Bisnes Peniaga & Usahawan / Konsultansi Isu Operasi & F&B


HUBUNGI

017 2260719

017 2260719

017 2260719

email : gunawan.jamil@gmail.com

obieber

Selasa, 20 November 2012

Cerita Seram Di Highway

Jam ditangan menunjukkan pukul 9 malam, kami singgah di Perhentian R & R untuk berehat dan makan malam. Selepas makan kami meneruskan perjalanan yang ternyata masih jauh lagi. Sepanjang perjalanan, aku lihat Razman kelihatan mendiamkan diri sahaja. Kemudian aku bersuara ” eh Man… senyap je..asal? kenyang sangat ke?”Razman masih mendiamkan diri…. aku semakin suspen…(kenape dia nih?) kataku dlm hati…Razman bersuara secara tiba-tiba… ” Is,.. kalau aku cerita seram sikit, agaknya2 kau takut tak?” tanya Razman sambil memalingkan mukanya tepat kearah aku. Serius benar wajahnya…dia nih..lain aku tanya..lain pulak dia jawab. “Errrr… cerita hantu ke??? eh..he..he..he… apasal tetiba je nih? citer lain takde ke? ” tanya aku kehairanan, dlm hati cuak jugak. ” takdelah..cuma, tempat kita berhenti tadi, reminds me abt satu story yg my cousin cerita kat aku dulu…..” jawabnya. “oo..kisah benar ke? ermmm.. ok..ok.. citerlah..tak takut.. “… tadi kita berhenti kan…ko perasan tak ade satu parking space yg gelap tuh?” “OoOooo… ..ok…. .so?” ” Dulu,.. cousin aku penah cerita,.. dalam pukul 2 pagi mcm tu,adalah sorang lelaki yg park kereta dia kat situ sbb mengantuk sangat.Actually, memula dia takut jugak, sbb dia drive sorang2, tapi masa dia memula park, adalah dlm 2-3 buah kereta lagik kat situ, so,kira adelah org jugak, takdelah seram sangat. Jadi dia pun tidolah… Setelah beberapa jam selepas itu, dia terjaga. Suasana senyap sunyi.. Dia memandang kekiri dan kekanan, tiada satu orang pun disitu. Ternyatalah tinggal keretanya sahaja yang berada dikawasan gelap tersebut..” Kemudian, setelah mendapati dia tinggal seorang, hati lelaki itu mula rasa tak sedap, terus dia menghidupkan enjin keretanya. Tetapi ntah mcm mana, kerana panik yang amat sangat, lelaki ini terasa mahu membuang air kecil pulak. Walaupun dia cuba memujuk dirinya utk bertahan hingga ke tempat lain, tetapi ternyata dia mmg tak boleh tahan… Walaupun kakinya terasa berat utk keluar dari keretanya, tetapi dia gagahi juga…, angin diawal pagi meniup dingin…….terlalu dingin sehinggakan dia berpeluk tubuh. Lelaki itu kemudian berjalan ke arah tandas yang kurang 10 meter dari keretanya….. Sedang dia berjalan, dia samar-samar terdengar bunyi tapak kaki dibelakangnya. Bulu romanya berdiri tegak, bunyi itu semakin kuat seakan-akan mengekorinya.Lelaki itu menoleh……tapi….tiada siapa di belakangnya… Dia meneruskan perjalanan.. bunyi tapak kaki kedengaran lagi. Bunyinya tidak seperti bunyi tapak kaki manusia….. kelekuk… kelekuk… kelekuk….. …seperti kuda. lelaki itu mula panik, terkumat kamit bibir lelaki itu membaca sesuatu… badannya mula seram sejuk….. tiba-tiba..satu gugusan angin tiba-tiba menerpa menghembus ke mukanya….bunyi hentakan tapak semakin kuat, lelaki itu memberanikan diri untuk menoleh belakang sekali lagi. Mahunya dia terpengsan melihat kelibat makhluk berbadan kambing berkepala manusia dibelakangnya. Wajah makhluk sungguh pucat merenung tepat kearahnya… biji matanya berlendir ,…. mulutnya seakan terbuka, kelihatan darah menitis-nitis dari mulut makhluk itu tanpa henti, matanya merah berair, … rambutnya panjang mengurai…..kulitnya mengelupas bernanah…. Lelaki itu mahu menjerit,tetapi mulutnya seakan-akan dikunci… Makhluk itu menghampiri dirinya…setapak demi setapak dia melangkah….kakinya itu tidak dapat berganjak… dirinya bagai dipukau, tubuhnya tidak dapat bergerak…, keringat sejuk mula membasahi pipinya, dia yakin makhluk itu akan membunuhnya….. Makhluk itu semakin mendekatinya…kedengaran dengusan nafas yg sungguh menggerunkan…. .lutut lelaki itu bergetar…. Dengan pandangan yg tajam, makhluk itu membuka mulut dan bersuara,…… DIMANA DIA ANAK KAMBING SAYA….. ANAK KAMBING SAYA ADA DIDALAM GUA….. DIMANA DIA BUAH HATI SAYA…. BUAH HATI SAYA,DAH KAHWIN ORANG KAYA……… ooohhhhhhHHHHH..CHAN MALI CHAN!” CHAN MALI CHAN! CHAN MALI CHAN! CHAN MALI CHAN! KETIPONG PAYONG “Oi! Oi!” (ader suara background lagik…..) “CHAN MALI CHAN!” “Oi Oi “CHAN MALI CHAN! ETIPONNNNGGGG PAYONGGGGG…oooOOOOHHHH” Everybody!…let’s sing together!!!!!!! CHAN MALI CHAN OI OI CHAN MALI CHAN OI OI CHAN MALI CHAN KETIPONGGGGG PAYONG….. Everybody..c’mon!… clap your hand!… CHAN MALI CHAN OI OI CHAN MALI CHAN OI OI CHAN MALI CHAN KETIPONGGGGG AYOOOOOONGGGGG... semoga enjoy yea...sesekali obie tidak cerita mengenai makan.....

Terima Kasih

Cerita Seram Di Bukit Putus

Kisah gempar dan menyeramkan ini terjadi kepada seorang lelaki yang bekerja di Seremban. Pada hari tersebut (hari khamis petang jumaat) beliau terpaksa balik ke Kuala Pilah kerana keluarganya mengadakan kenduri arwah. Selesai kenduri lebih kurang pukul 11.00 malam, dia pun terpaksa berangkat balik ke Seremban sendirian walaupun agak lewat kerana keesokkannya dia bekerja. Sampai di Bukit Putus, jalan yang bengkang-bengkok tu, dia pun ternampak seorang perempuan berbaju putih sedang menahan keretanya. Hatinya tergerak pula ingin menolong. Lantas dia pun berhentikan keretanya dan bertanya “Apa halnya cik adik malam-malam buta kat sini?”,”Abang.. tolong lah saya. Kereta saya rosak ni… Puas dah saya tahan kereta lain. Tapi semuanya tak nak berhenti. Boleh tak tumpangkan saya sampai ke Seremban aje. Saya boleh bayar berapa abang nak??”. Entah macam mana dia pun tergerak hati nak menolong perempuan berbaju putih yang cantik tu… ” Oklah. Saya pun nak ke seremban jugak”, terkeluar dari mulutnya… Tapi hatinya masih lagi was-was… Diapun membuka pintu dan mempelawa perempuan itu masuk. Perempuan tu bukannya nak duduk kat belakang, terus aje duduk di depan sebelahnya. Nak juga ditegur tapi terlalu pantas perempuan tu tutup pintu dan terus lock pintu. Berdegup juga hati lelaki tu. Dia cuba tenangkan dirinya… seolah-olah takde apa yang berlaku. Dia masih lagi membisu kerana menyesal kenapalah dia dengan mudah aje membenarkan seorang perempuan menumpang keretanya di tengah malam buta ni… seorang diri pulak tu… Tapi yang peliknya, hatinya macam ditarik-tarik supaya menolong perempuan tu… Padahal, dia tu memanglah penakut dengan perempuan! Masing-masing hanya diam membisu beberapa ketika… Tiba-tiba… dia mula merasa seram & meremang bulu roma bila perempuan tu berbau wangi. Dia pun mulalah membaca ayat-ayat suci yang terlintas di kepalanya. Peluh mula membasahi dahinya. Dia makin tak senang duduk .Perempuan tu kelihatan agak bersinar bila kenderaan yang bertembung menyuluh kearah keretanya. Dia pun memberanikan diri dengan menjeling ke arah perempuan tu bila sampai ke selekoh yang tajam. Perempuan tu juga memandang kat dia sambil tersenyum. Menampakkan giginya yang putih… ditambah lagi dengan baju yang dipakainya… Dia pun beranikan diri dan bertanya… ”kenapa cik adik ni pakai baju putih malam-malam ni?? ”ni memang pakaian rasmi saya setiap malam jumaat… ” ” Saya ada kelas yasin… ” jawab perempuan tu ”Tapi.. putihnya lain macam aje… tak pernah pulak saya tengoknya ” tanya lelaki tu lagi. ”Apa yang lain nya… sama aje. Eh, betul ke tak pernah tengok??” ” Eyea… lain macam aje. seram pulak saya dibuatnya… ” ” Ehh takkan sampai seram… ” “Pakai aje le Breeze colour baru!!!” Lelaki tu bengang dan terus aje memecut keretanya. Sekianlah aje… .. Wassalam…

Terima Kasih

Chef Gunawan a.k.a Chef Obie Copyright © 2015 Design by MaiGraphikDesign