Halaman
- Laman utama
- KURSUS/KELAS MASAKAN PERNIAGAAN , BAKING DAN KOMERSIAL 2024
- KURSUS DAN PROGRAM BAKAL PESARA KERAJAAN DAN SWASTA 2023 / 24
- ASAS MEMBUKA PERNIAGAAN PEMBEKAL BAHAN KEK DAN BAKERI
- TEMPAHAN KEK & PETITS
- RESEPI KUIH TRADISIONAL
- RESEPI KEK & PASTRY
- RESEPI MASAKAN
- RESEPI REMPAH RATUS
- MEDIA
- SYARIKAT MGJ CONSULTANCY & MGJ SERVICES
- MALAYSIA HOT PROPERTIES 2023
- SKY CHEF CATERING KL Buffet & Tapau 2023
- TEMPAHAN TART NENAS LEJEN
- Bazaar Chef Obie
CHEF OBIE & MGJ CONSULTANCY
CHEF OBIE & TEAM MGJ CONSULTANCY
AKTIF MENGADAKAN KELAS / KURSUS MASAKAN PERNIAGAAAN DAN KOMERSIL POPULAR BERTESTIMONI SEJAK 2012 HINGGA KINI.
DI AMPANG , SELANGOR DAN DI BANGSAR KUALA LUMPUR.
MENJADI PILIHAN WARGA TEMPATAN , WARGA ANTARABANGSA DAN JABATAN KERAJAAN
MENJADI JURUCAKAP PELBAGAI PRODUK , PERUNDING F&B , PERUNDING MAKANAN , FOODSTYLIST , PENULIS JEMPUTAN / PHOTOSHOOT UNTUK MEDIA MASSA DAN ELETRONIK ,PERUNDING PENJUALAN HOTEL DAN RESORT JUGA PERUNDING HARTANAH DI MALAYSIA
HUBUNGI MGJ CONSULTANCY
017 2260719
017 2260719
017 2260719
email : mgjconsultancyfile@gmail.com & gunawan.jamil@gmail.com
DI AMPANG , SELANGOR DAN DI BANGSAR KUALA LUMPUR.
MENJADI PILIHAN WARGA TEMPATAN , WARGA ANTARABANGSA DAN JABATAN KERAJAAN
MENJADI JURUCAKAP PELBAGAI PRODUK , PERUNDING F&B , PERUNDING MAKANAN , FOODSTYLIST , PENULIS JEMPUTAN / PHOTOSHOOT UNTUK MEDIA MASSA DAN ELETRONIK ,PERUNDING PENJUALAN HOTEL DAN RESORT JUGA PERUNDING HARTANAH DI MALAYSIA
HUBUNGI MGJ CONSULTANCY
017 2260719
017 2260719
017 2260719
email : mgjconsultancyfile@gmail.com & gunawan.jamil@gmail.com
obieber
Selasa, 20 November 2012
Cerita Seram Di Bukit Putus
Kisah gempar dan menyeramkan ini terjadi kepada seorang lelaki yang
bekerja di Seremban. Pada hari tersebut (hari khamis petang jumaat)
beliau terpaksa balik ke Kuala Pilah kerana keluarganya mengadakan
kenduri arwah. Selesai kenduri lebih kurang pukul 11.00 malam, dia pun
terpaksa berangkat balik ke Seremban sendirian walaupun agak lewat
kerana keesokkannya dia bekerja.
Sampai di Bukit Putus, jalan yang bengkang-bengkok tu, dia pun
ternampak seorang perempuan berbaju putih sedang menahan keretanya.
Hatinya tergerak pula ingin menolong. Lantas dia pun berhentikan
keretanya dan bertanya “Apa halnya cik adik malam-malam buta kat
sini?”,”Abang.. tolong lah saya. Kereta saya rosak ni… Puas dah saya
tahan kereta lain. Tapi semuanya tak nak berhenti. Boleh tak tumpangkan
saya sampai ke Seremban aje. Saya boleh bayar berapa abang nak??”.
Entah macam mana dia pun tergerak hati nak menolong perempuan berbaju
putih yang cantik tu…
” Oklah. Saya pun nak ke seremban jugak”, terkeluar dari mulutnya…
Tapi hatinya masih lagi was-was… Diapun membuka pintu dan mempelawa
perempuan itu masuk. Perempuan tu bukannya nak duduk kat belakang,
terus aje duduk di depan sebelahnya. Nak juga ditegur tapi terlalu
pantas perempuan tu tutup pintu dan terus lock pintu. Berdegup juga
hati lelaki tu. Dia cuba tenangkan dirinya… seolah-olah takde apa yang
berlaku. Dia masih lagi membisu kerana menyesal kenapalah dia dengan
mudah aje membenarkan seorang perempuan menumpang keretanya di tengah
malam buta ni… seorang diri pulak tu…
Tapi yang peliknya, hatinya macam ditarik-tarik supaya menolong
perempuan tu… Padahal, dia tu memanglah penakut dengan perempuan!
Masing-masing hanya diam membisu beberapa ketika… Tiba-tiba… dia mula
merasa seram & meremang bulu roma bila perempuan tu berbau wangi.
Dia pun mulalah membaca ayat-ayat suci yang terlintas di kepalanya.
Peluh mula membasahi dahinya. Dia makin tak senang duduk .Perempuan tu
kelihatan agak bersinar bila kenderaan yang bertembung menyuluh kearah
keretanya. Dia pun memberanikan diri dengan menjeling ke arah perempuan
tu bila sampai ke selekoh yang tajam. Perempuan tu juga memandang kat
dia sambil tersenyum. Menampakkan giginya yang putih… ditambah lagi
dengan baju yang dipakainya…
Dia pun beranikan diri dan bertanya…
”kenapa cik adik ni pakai baju putih malam-malam ni??
”ni memang pakaian rasmi saya setiap malam jumaat… ”
” Saya ada kelas yasin… ” jawab perempuan tu
”Tapi.. putihnya lain macam aje… tak pernah pulak saya tengoknya ”
tanya lelaki tu lagi.
”Apa yang lain nya… sama aje. Eh, betul ke tak pernah tengok??”
” Eyea… lain macam aje. seram pulak saya dibuatnya… ”
” Ehh takkan sampai seram… ”
“Pakai aje le Breeze colour baru!!!”
Lelaki tu bengang dan terus aje memecut keretanya. Sekianlah aje… ..
Wassalam…
Terima Kasih
1 Komen