CHEF OBIE & MGJ CONSULTANCY

CHEF OBIE & TEAM MGJ CONSULTANCY AKTIF MENGADAKAN KELAS / KURSUS MASAKAN PERNIAGAAAN DAN KOMERSIL POPULAR BERTESTIMONI SEJAK 2012 HINGGA KINI.
DI AMPANG , SELANGOR DAN DI BANGSAR KUALA LUMPUR.

MENJADI PILIHAN WARGA TEMPATAN , WARGA ANTARABANGSA DAN JABATAN KERAJAAN

MENJADI JURUCAKAP PELBAGAI PRODUK , PERUNDING F&B , PERUNDING MAKANAN , FOODSTYLIST , PENULIS JEMPUTAN / PHOTOSHOOT UNTUK MEDIA MASSA DAN ELETRONIK ,PERUNDING PENJUALAN HOTEL DAN RESORT JUGA PERUNDING HARTANAH DI MALAYSIA

HUBUNGI MGJ CONSULTANCY

017 2260719

017 2260719

017 2260719

email : mgjconsultancyfile@gmail.com & gunawan.jamil@gmail.com

obieber

Selasa, 29 Januari 2013

Chef Obie Demo - Resepi Salad Tuna

Salam semoga anda semua dalam keadaan sihat walafiat hendaknya, Dalam pada dikalangan kita sedang bergembira tentu ada yang bersedih..Dikesempatan Ini Bie ingin mengucapkan Takziah kepada Keluarga Abang din ( Imam Shamsuddin ), Kak Faezah Dan Yasir Hosni atas pemergian anak kesayangan mereka Allahyarham Muhammad Yusainy Amer pada Sabtu yang lepas, Semoga Rohnya dicucuri Rahmat dan ditempatkan ditempat mereka yang Soleh- Amin.. AL-FATIHAH. ( Keluarga penyanyang ini merupakan jiran Bie yang paling rapat... ) Kepada Sahabat -sahabat Amanah Ikhtiar Malaysia ( Damansara ) Jumaat Lepas Bie telah berkesempatan membuat demonstrasi memasak..bersama SURI MEDIA SDN BHD dan orang kuat Majalah Aroma kak Siti Dimiati, kak azie dan photographer izzat juga majalah seperti Stailista, kapcai dan sebagainya lagi, Terima kasih kerana menjemput Bie bersama-sama memeriahkan majlis hee..Terima kasih juga kepada Dato' Zaidah Ali dan setiausaha kak June yang agak sporting.. serta para jemputan sahabat-sahabat yang sentiasa memberi sokongan sepanjang majlis ( Bengkel ). RESEPI SALAD TUNA ( mudah disediakan )resepi untuk mereka yang mementingkan kecantikan luar dan dalam... MESTI CUBA!
Bahan-bahan Lettuce Butterhead 150gm// Lettuce Baby Butterhead 150gm// Lettuce Frissie- Rocket 150gm// Baby Tomato 5 biji// Red Cabbage dihirid ( 3 kelopak ) Walnut ( disangai -goreng tanpa minyak ) 5biji Melon seed ( juga disanagai )// Sunflower seed ( juga disangai ) Kismis hitam 1 sudu besar// Buah Apricot kering 3 keping// Lada Hitam sedikit// Garam// Tuna Chunk in olive oil 1 tin Cara-caranya- 1.Masukkan kesemua Lettuce yang telak di plug, juga red cabbage,kemudian kesemua bahan kering. 2.Pastikan Tuna Chunk telah sedikit hancur, masukkan ke dalam bowl dan gaul mesra ke semua bahan dan masukkan garam sedikit rasa adn juga lada hitam...( resepi tidak memrlukan olive oil kerana dalam tuna telah dicampur dengan olive oil) Siap mudah , ringkas dan amat menyelerakan... kalau tidak masakan...dibawa lari salad tuna ni heeee..apa pun memang agak seronok dan teruja bila dapat membuat demo dengan sahabat-sahabat AIM... resepi salad satu lagi akan Bie update ..dalam masa terdekat ..terima kasih dan selamat mencuba

Terima Kasih

Komen
0 Komen

Tiada ulasan:

Chef Gunawan a.k.a Chef Obie Copyright © 2015 Design by MaiGraphikDesign