CHEF OBIE & MGJ CONSULTANCY

CHEF OBIE & TEAM MGJ CONSULTANCY AKTIF MENGADAKAN KELAS / KURSUS MASAKAN PERNIAGAAAN DAN KOMERSIL POPULAR BERTESTIMONI SEJAK 2012 HINGGA KINI.
DI AMPANG , SELANGOR DAN DI BANGSAR KUALA LUMPUR.

MENJADI PILIHAN WARGA TEMPATAN , WARGA ANTARABANGSA DAN JABATAN KERAJAAN

MENJADI JURUCAKAP PELBAGAI PRODUK , PERUNDING F&B , PERUNDING MAKANAN , FOODSTYLIST , PENULIS JEMPUTAN / PHOTOSHOOT UNTUK MEDIA MASSA DAN ELETRONIK ,PERUNDING PENJUALAN HOTEL DAN RESORT JUGA PERUNDING HARTANAH DI MALAYSIA

HUBUNGI MGJ CONSULTANCY

017 2260719

017 2260719

017 2260719

email : mgjconsultancyfile@gmail.com & gunawan.jamil@gmail.com

obieber

Selasa, 22 Januari 2013

Resepi Strawberry Cheesecake ( without baked )

salam sejahtera.. kali ni Bie ingin berkongsi resepi membuat kek keju strawberi yang tidak perlu di bake, senang kata perlu disimpan dalam peti sejuk aje.. mudahnya.. semua ini untuk mereka yang mencari resepi dan peminat kek keju..dan kepada mereka yang sentiasa melawati blog Bie ini yang serba kekurangan... Selamat mencuba ! peace yaow! STRAWBERRY CHEESE CAKE Bahan-bahan Bahan-bahan 1: 250 gm biskut ( biskut marie + biskut lemak + biskut raye pun boleh.. ) 125 gm mentega tanpa garam - letak 100g Bahan-bahan 2: 200 ml krim putar(whipping cream) 250 gm krim keju 165 gm gula kastor - letak 150g 1 sudu besar jus lemon- 2 sb Bahan-bahan 3: 15 gm gelatin halal 100ml air ( double boiler ) Topping Buah strawberi 1paket kulit kayu manis 1 batang sahaja Cengkih 2 biji Jus lemon Gula caster Sedikit air Cara-cara 1. Hancurkan biskut sehingga jadi serbuk.Sediakan loyang acuan berukuran 8 inci. 2. Cairkan mentega. Tuangkan mentega kedlm bekas berisi biskut tadi. Kacau rata. 3. Tekankan adunan biskut ke dalam loyang sehingga menjadi rata dan padat.Sejukkan dlm peti ais selama lebih kurang 30 minit agar ia menjadi keras. 4. Pukul krim putar sehingga pekat dan gebu.Ketepikan.
5. Pukul krim keju bersama-sama gula dan jus lemon sehingga sebati.Setelah itu masukkan gelatin dan gaul lagi sehingga sebati. 6. Kemudian tuangkan bahan ini kedlm bekas yg berisi krim putar tadi dan gaul rata dgn menggunakan whisk. 7. Keluarkan adunan biskut dlm peti ais.Tuangkan 1/3 adunan krim cheese td keatas adunan biskut.Ratakan dan letakkan buah strawberry.Akhir sekali tuangkan adunan sampai habis. Sejukkan di dalam peti ais sekurang2nya 3 jam. >>Lepas dah keras adunan cheese boleh sapukan fresh cream yg dpukul sebelum dtuangkan kuah topping, lebih kurang 150ml fresh cream. 8. Buat topping dgn mencampurkan bhn topping semua sekali, apabila telah mendidih,tutup api. Sejukkan.Manakala sebahagian buah strawberry dipotong dan disusun diatas kek mengikut kreativiti anda. 9. Tuangkan kuah topping hingga habis.
Siap..boleh simpan kembali dalam peti sejuk ok... ini resepi cheesecake yang tidak perlu Baked.. mudah kan..selamat mencuba

Terima Kasih

Komen
7 Komen

7 ulasan:

Unknown berkata...

yummy !

Chef Obie berkata...

Kak min ... apa kata wat kelas assorted cheese cake ...

ija berkata...

wow...seyes.. sedap giler

ija berkata...

wow..seyes..sdp giler

Unknown berkata...

Salam. Masa masukkan 1/3 krim cheese ke dlm adunan biskut tu,then masukkan buah strawberry? Besar2 mana ye or perlu di blend? Yg topping kat atas tu lain pulak kan? Sy nk mencuba itu yg bertanya hehe tq ya.

Chef Obie berkata...

terima kasih.. insyaallah sedap pasti!

Chef Obie berkata...

walm, terima kasih bertanya ..
masa masukkan 1/3 krim cheese.. anda boleh masukkan buah strawberi tanoa diblend atau potong (optional) pilihan , boleh atau pun tidak mahu letak..tiada masalah..

manakala yg topping kat atas tu lain, anda perlu slice buah strawberi susun atas kek, kemudian masakkan..
Buah strawberi(puree ) 1paket kulit kayu manis 1 batang sahaja Cengkih 2 biji Jus lemon Gula caster Sedikit air dan 1 sudu kecil serbuk gelatine...pastikan cair baru tuang ke atas kek yg telah disusun buah strawberi...( untuk selamat- masak guna teknik double boiled)

Chef Gunawan a.k.a Chef Obie Copyright © 2015 Design by MaiGraphikDesign