CHEF OBIE & MGJ CONSULTANCY

CHEF OBIE & TEAM MGJ CONSULTANCY AKTIF MENGADAKAN KELAS / KURSUS MASAKAN PERNIAGAAAN DAN KOMERSIL POPULAR BERTESTIMONI SEJAK 2012 HINGGA KINI.
DI AMPANG , SELANGOR DAN DI BANGSAR KUALA LUMPUR.

MENJADI PILIHAN WARGA TEMPATAN , WARGA ANTARABANGSA DAN JABATAN KERAJAAN

MENJADI JURUCAKAP PELBAGAI PRODUK , PERUNDING F&B , PERUNDING MAKANAN , FOODSTYLIST , PENULIS JEMPUTAN / PHOTOSHOOT UNTUK MEDIA MASSA DAN ELETRONIK ,PERUNDING PENJUALAN HOTEL DAN RESORT JUGA PERUNDING HARTANAH DI MALAYSIA

HUBUNGI MGJ CONSULTANCY

017 2260719

017 2260719

017 2260719

email : mgjconsultancyfile@gmail.com & gunawan.jamil@gmail.com

obieber

Rabu, 24 Januari 2024

RESEPI AIR BALANG 33 LITER BAZAAR RAMADHAN Chef Obie 2024

 RESEPI AIR BALANG 33 LITER BAZAAR RAMADHAN Chef Obie 2024

Assalammualaikum wbt , Tidak lama lagi Ramadhan bakal menjelma ,
Pasti ada yang cukup suka terutama anak-anak mahupun korang yang bekerja ni 
melayan mencari makanan pilihan untuk berbuka puasa nanti di BAZAAR RAMADHAN.

Ada yang mencari ayam percik ,ayam golek , kuih muih , nasi , lauk pauk dan sebagainya termasuklah minuman.

Bila cakap bab minuman pasti ada yang terbayang air blender , air katira mahupun air pelbagai jus dan kordial.Pasti ada yang suka dengan air bewarna ungu bersusu diatas ni ..iaitu AIR KELADI LEMAK MANIS ( KELADI THAI ) .
Chef Obie nak share satu resepi air iaitu AIR JUS KELADI BAZAAR RAMADHAN yang sesuai sangat anda gunakan untuk berniaga dibazaar ataupun pasar malam.
Alhamdulillah sambutan anda yang mencari resepi air yam atau air keladi ini memberangsangkan juga dalam blog Chef Obie Ini jejak juga 17xxx views pelawat  .Mungkin perkongsian chef ini kecil sahaja , tapi jauh harapan Chef Obie agar dapat membantu lebih ramai peniaga kecil menambah pendapatan.
Kalau anda ingin tahu sebalang AIR JUS KELADI BAZAAR RAMADHAN CHEF OBIE ini mampu menghasilkan pendapatan tidak kurang RM200 - 250 untuk 1 x balang sekiranya habis .Anda jual RM2 secawan plastik hingga RM5 seplastik ikat mati. InshaAllah Chef akan kongsikan juga resepi AIR JAGUNG LEMAK BERKRIM untuk anda yang tercari-cari resepi Air Jagung Power !

Chef Obie juga pernah merasa 5 tahun berniaga air dan makanan di Bazaar Ramadhan Di Pandan Indah & Taman Mulia Ampang. Walau ketika itu masih terikat dengan Pekerjaan Tetap Di Salah Satu XXXX milik Petronas . Tetap steady..layan aje , hidup ni bukan tentang pangkat dan RM semata-mata  ,Tapi lebih kepada kepuasan , pengalaman dan perkongsian.

Harapan Chef Obie , Sukacita sekiranya Anda dapat bantu sharekan posting Info ini ke media facebook , whatsapp group ,telegram mahupun medium lain yang sesuai - website anda , tweeter , instagram dan berkaitan. Terima kasih semoga ada kebaikan daripada perkongsian anda dan juga chef. " Sharing Is Caring " 

RESEPI AIR KELADI LEMAK MANIS 
BALANG 33LITER


Bahan Utama

3 cawan Serbuk Perisa Keladi atau TAKO @ YAM FLAVOUR POWDER BAVARAGES ( Boleh dibeli dikedai pembekal bahan bakeri mahupun dipasaraya ) atau 2 botol pes Keladi Thai
6 Tin Susu Pekat Manis 
2 kg  Gula Pasir
2 sdb esen Keladi / Taro / Yam 
20 liter Air & Sedikit Air Panas 
6 Tin Susu Cair ( jika anda ingin rasa lebih berkrim )
1 kotak Ais Krim Vanilla
1 sdb Garam
 1 bag besar Ais sudah memadai 

Cara Penyediaan :

1.Campurkan serbuk minuman , gula , esen keladi, susu pekat ke dalam satu bekas.

2.Masukkan air dan air panas kacau sehingga semua bahan larut bersama.

3.Sediakan Ais penuh balang air.

4.Bahan yang telah larut dimasukkan ke dalam balang air . Kacau sebentar dan masukkan ais krim vanilla siap untuk di jual.

5.Anda boleh extrakan susu cair sekiranya ingin rasa lebih berkrim.


RESEPI AIR JAGUNG LEMAK MANIS 
BALANG 33 LITER


Bahan Utama

3 Botol Pes Jagung 
6 Tin Susu Pekat Manis 
3 Tin Sweet Corn
2 kg  Gula Pasir
2 sdb esen Esen Jagung
1 cawan Sirap F&N atau Pati Sirap Rose 1/4 cawan
20 liter Air & Sedikit Air Panas 
6 Tin Susu Cair ( jika anda ingin rasa lebih berkrim )
1 kotak Ais Krim Vanilla atau Jagung
1 sdb Garam
 1 bag besar Ais sudah memadai 

Cara Penyediaan :

1.Campurkan pes jagung , sweet corn , gula , esen jagung , susu cair, susu pekat ke dalam satu bekas.

2.Masukkan air dan air panas kacau sehingga semua bahan larut bersama.

3.Sediakan Ais separuh balang air.

4.Bahan yang telah larut dimasukkan ke dalam balang air . Kacau sebentar bersama 1 tub ais krim vanilla atau jagung dan siap untuk di jual.

5.Anda boleh extrakan susu cair sekiranya ingin rasa lebih berkrim. Kepada anda kesayangan semua , Chef Obie doakan semoga urusan kita semua Allah lorongkan ke jalan yang betul , Allah pelihara hasilnya yang halal .Semoga bermanfaat untuk kita semua . InshaAllah...Chef Obie juga ingin kongsikan 1 Resepi Biskut Raya Paling Sedap Dan Mudah Untuk Dibuat....


Resepi Biskut Coklat Dulu Dulu Chef Obie / Chef Obie's Old Time Chocolate Cookies ❤

https://youtu.be/Knw-7p3HQ_A



Biskut Coklat Raya
Dulu-Dulu Chef Obie
Chef Obie's Old Time Chocolate Cookies


250gm Marjerin
250gm margarine

180gm | 1 cawan Gula
180gm | 1 cup of sugar

1 biji kuning telur
1 no of egg yolk

1 sdt Esen Vanilla / Serbuk Vanilla
1 tspn vanilla essence/vanilla powder

*Guna senduk nasi atau boleh
Ramas guna jari sahaja
* roughly mix using spatula or using fingertips
*Hanya perlu sekadar bahan bercampur
Only to mix the ingredients

50gm | 1/2 cawan Tepung Jagung
50gm | 1/2 cup of corn flour

375gm | 3 cawan Tepung Gandum
375gm | 3/4 cup of flour

55 gm | 3/4 cawan Serbuk Koko
55gm | 3/4 cup of cocoa powder

*Kacau sebentar guna senduk nasi
Bila hampir menjadi doh gunakan tangan
Mix using rice spatula, when it turning into dough, use hand

*Sediakan plastik spatula & pencanai
Prepare a plastic spatula & rolling pin

*Ambil doh untuk dicanai
Menggunakan pencanai
Take a dough to flatten

*Pastikan ketebalan doh yg dicanai
1 sm atau 2 sm ( pilihan )
Ensure the thickness of dough 1cm/2cm

*Guna cutter cookies yg anda suka
Use any shape of cookies cutter of choice

*Gunakan plastik spatula utk
Memudahkan angkat doh yg yelah dicutter
Use the thin plastic spatula to
easily lift the cutted dough

*Memudahkan angkat doh yg telah dicutter
Susun diatas loyang pembakar
Arrange on baking tray

*Bancuh egg wash bersama dengan sedikit minyak masak
Mix egg wash with a small dose of oil

*Sapukan egg wash yg telah dibancuh dengan Minyak masak ke atas permukaan doh
Apply eggwash onto the cutted dough

*Kemudian taburkan coklat urai
Sprinkle coklat rice on top of the cutted dough

*Bakar pada suhu 150'- 160'c
Bake at 150°c- 160°c at 15-20 min based on own oven

Masa 15 -20 minit ikut oven masing-masing
Resepi | Video : Chef Obie
Translator : Jane Foster Diploma In Translate

Chef Obie juga ada kongsikan Resepi DUTCH BUTTERCAKE di You tube OBtv , Ia mudah disediakan selain sedap dinikmati dan boleh dijadikan jualan kepada baker-baker online tempatan boleh selit menu baru ! Boleh juga dijadikan sebagai kek Raya tahun ini.

Kepada anak didik Chef Obie di Semenanjung , Sabah Dan Sarawak , Terima kasih kerana sejak tahun 2012 hingga kini telah membawa ilmu masakan barat dalam perniagaan masing-masing. Semoga kalian terus maju jaya dan teruslah menggali ilmu masakan dan perniagaan mengikut kesesuaian ekonomi dan negara.

Chef Obie AKTIF mengadakan 

1.KELAS / KURSUS MASAKAN PERNIAGAAN , BAKING DAN KOMERSIAL 

2.KURSUS/PROGRAM UNTUK BAKAL PESARA 

3.FILE KIT DAN PENDRIVE ASAS MEMBUKA PERNIAGAAN PEMBEKAL BAHAN KEK DAN BAKERI

4.PELBAGAI PROGRAM-PROGRAM F&B - TERMASUK WORKSHOP MASAKAN & BAKING

MGJ CONSULTANCY
email : mgjconsultancyfile@gmail.com










Semua reak
1




Terima Kasih

Komen
0 Komen

Tiada ulasan:

Chef Gunawan a.k.a Chef Obie Copyright © 2015 Design by MaiGraphikDesign