CHEF OBIE & MGJ CONSULTANCY

Executive R&D Chef | Austrian Dessert & European Cakes Pastries | Malaysian Heritage Cuisine | Multi Outlet Standardisation : CHEF MUHAMAD GUNAWAN a.k.a CHEF OBIE & TEAM MGJ CONSULTANCY Aktif Set Up Central Kitchen / Restoran Pelbagai Tema - Western Food, Kopitiam, Nasi Kandar & Berkenaan / Pembangunan Menu ( Baru & Upgrade ) / Standardize Resepi & SOP/ Kelas Masakan Perniagaan Bijak Bisnes Peniaga & Usahawan / Konsultansi Isu Operasi & F&B


HUBUNGI

017 2260719

017 2260719

017 2260719

email : gunawan.jamil@gmail.com

obieber

Selasa, 7 April 2015

Resepi Biskut Dan Kuih Raya : Tat Landak Popular

Biskut Dan Kuih Raya :
Resepi Tat Nanas Landak 


Bahan

2 cawan Tepung Gandum
½ cawan Serbuk Nestum
3 sudu besar Tepung Kastard
2 sudu besar Tepung Susu
225 gm Marjerin / Mentega
1 sudu besar Minyak Sapi
1 biji Telur Kuning ( Gred B )
1 sudu besar Gula
Esen Vanilla

Bahan Inti :
3 biji Nanas Muda
6 ulas Nangka Madu ( dikisar )
Sedikit bunga cengkih, kulit kayu manis dan daun pandan

Cara Membuat Inti :
1.Parut Nanas Tapi janagan dibuang airnya.Masak bersama nangka muda dan semua bahan seperti daun pandan.
2.Kacau supaya tidak hangus, setelah nanas pekat dan kering masukkan gula, bunga cengkih,kulit kayu manis dan kacau sehingga likat.Angkat dan sejukkan.

Cara Membuat :

1.Pukul marjerin,miyak sapi ,tepung susu dan gula hingga sebati.

2.Kemudian masukkan telur , pukul sederhana.Uli menggunakan tangan , masukkan tepung gandumm yang telah diayak,serbuk nestum dan gaul hingga doh lembut.

3.Doh dibentuk bebola dan diisi dengan jam nangka dan dibentuk landak dengan menggunakan gunting.Letakkan dalam dulang pembakar.Bakar pada suhu 160’c selama 20 minit

Dapatkan ebook terkini chef obie sila klik


Terima Kasih

OMG ! #throwback Gambar Sewaktu Darjah 6 Utarid Sekolah kebangsaan Masai , Johor Tahun 1993


Assalammualaikumwbt,

Tersenyum sendiri bile chef terjumpa gambar kenangan sewaktu kecik dulu...
masa usia baru 12 tahun...thanks to my friends Zulfaizal Md Pechor yang telah mengupload pic 
'sweet memory " ni dalam fb.

Masa ni chef belajar di Sekolah Kebangsaan Masai , Johor atau SKM Pada tahun 1993.

Kawan-kawan pun ramai yang dah berjaye dengan kehidupan masing-masing...

Juga yang telah pergi menghadap Yang Maha Esa, 
sedekah Al Fatihah untuk sahabat chef obie, Allahyarham Fauzi Solichin Bin Sumardi semoga roh nya dicucuri Rahmat. Aamiin

chef cube mengingati nama cikgu yang berbakti pada anak muridnya ni..
gambar cikgu dari kiri- Puan Fauziah Ismail cikgu bahasa melayu,
Puan Masturah cikgu bahasa inggeris ,
Puan Khauthar cikgu bahasa melayu juga...
Puan Zulika cikgu alam dan manusia..
kalau ada kawan-kawan yang perasan chef tersalah beri nama cikgu..sila perbetulkan ye...

okaylah kalau anda pandai...meneka,
mana satu pic chef obie?heee...

Terima Kasih Cikgu semua..jasamu..tak terbalas..hanya doa sentiasa
mengiringimu - muhamad gunawan jamil 6 Utarid . 




Terima Kasih

Chef Gunawan a.k.a Chef Obie Copyright © 2015 Design by MaiGraphikDesign