CHEF OBIE & MGJ CONSULTANCY

Executive R&D Chef | Austrian Dessert & European Cakes Pastries | Malaysian Heritage Cuisine | Multi Outlet Standardisation : CHEF MUHAMAD GUNAWAN a.k.a CHEF OBIE & TEAM MGJ CONSULTANCY Aktif Set Up Central Kitchen / Restoran Pelbagai Tema - Western Food, Kopitiam, Nasi Kandar & Berkenaan / Pembangunan Menu ( Baru & Upgrade ) / Standardize Resepi & SOP/ Kelas Masakan Perniagaan Bijak Bisnes Peniaga & Usahawan / Konsultansi Isu Operasi & F&B


HUBUNGI

017 2260719

017 2260719

017 2260719

email : gunawan.jamil@gmail.com

obieber

Selasa, 25 Ogos 2015

Resepi Kuih Tradisional : Kuih Koci Chef Obie


Sesekali chef obie kongsikan resepi kuih tradisional ok kan?
Terima kasih lah yang sentiasa support chef obie sama ada di dalam media FB mahupun blog kesayangan ini.Chef kongsikan resepi kuih koci ini juga dalam majalahSaji keluaran September 2015.



KUIH KOCI CHEF OBIE

Bahan



110gm Tepung Pulut
110gm Tepung Pulut Hitam
Air secukupnya
1sudu kecil Garam

Bahan Inti



1 biji Kelapa Parut
1 ketul Gula Melaka
2 sudu besar Gula Pasir
1 cawan Air
3 helai Daun Pandan
1 sudu besar tepung gandum

Cara membuat:

1-Masak gula melaka sehingga menjadi karamel ,masukkan air sedikit demi sedikit kemudian masukkan kelapa parut + daun pandan , kacau sehingga kering.Akhir sekali masukkan tepung gandum.sejukkan dan bulat2kan.

2-Satukan bahan tepung pulut,tepung pulut hitam dan air,kepalkan sehingga menjadi bebola,masukkan inti dan bungkus dengan daun pisang yg telah dilayur dan diletakkan sedikit minyak,bungkus seperti nasi lemak.

3-kukus sehingga masak




Terima Kasih

Resepi Pizza Terbaik : Pizza Empat Musim @ Four Seasons Pizza chef obie


Alhamdulillah , cuaca hari ini juga agak baik,
chef selesai aje urusan pagi tadi..terus tekad nak updated resepi dalam blog 
kesayangan chef obie ni..
Hari ni chef nak kongsikan resepi " four seasons pizza "... atau pizza empat musim...Selamat mencuba yea..malahan resepi nin juga telah dikongsikan kepada peminat masakan di Majalah SAJi keluaran September 2015.

PIZZA 4 MUSIM CHEF OBIE.



Bahan Doh

500gm Tepung Roti
1 sudu kecil Garam
1 sudu kecil gula
320 ml Air Suam
1paket yis kering (11gm)
2sudu besar minyak zaitun @masak

Bahan Inti

100gm Tomato puri
2sudu besar sos tomato
100gm keju mozarella
40gm keju parmesan
40gm keju edam ( keju belanda)
40gm keju cheddar
1 sudu besar herba
1 sudu besar minyak zaitun
Daun parsli secukupnya

Cara membuat:

1-untuk buat doh-satukan ke semua bahan dan uli sehingga menjadi doh,kemudian rehatkan 30minit.dgn menutup permukaan doh dgn plastik.

2-bahagikan 2 bahagian boleh hasilkan 2 doh pizza sederhana.canaikan mengikut selera anda.

3-atas dulang pembakar,doh yg telah dicanai dibakar sebentar selama 6 minit pd suhu 180-200'c

4-kemudian keluarkan dan sapu dgn tomato+ sos tomato dan herba.
Taburkan kesemua jenis keju,tabur minyak zaitun pd permukaan .
Bakar kembali selama 30 minit

ebook masakan PERCUMA


Terima Kasih

Chef Gunawan a.k.a Chef Obie Copyright © 2015 Design by MaiGraphikDesign