CHEF OBIE & MGJ CONSULTANCY

Executive R&D Chef | Austrian Dessert & European Cakes Pastries | Malaysian Heritage Cuisine | Multi Outlet Standardisation : CHEF MUHAMAD GUNAWAN a.k.a CHEF OBIE & TEAM MGJ CONSULTANCY Aktif Set Up Central Kitchen / Restoran Pelbagai Tema - Western Food, Kopitiam, Nasi Kandar & Berkenaan / Pembangunan Menu ( Baru & Upgrade ) / Standardize Resepi & SOP/ Kelas Masakan Perniagaan Bijak Bisnes Peniaga & Usahawan / Konsultansi Isu Operasi & F&B


HUBUNGI

017 2260719

017 2260719

017 2260719

email : gunawan.jamil@gmail.com

obieber

Ahad, 8 November 2015

Resepi Ais Krim Baskin Robbin

Assalammualaikum wbt ,
Hari isnin muncul lagi..apa kate kite sejukkan lagi suasana hari bekerja ni  dengan makan ais krim...boleh tak?ni kepada yang free...la..even surirumah tapi anda bolehlah ade-adekan masa sikit...
Mengapa Ais krim? heee... sebab chef obie nak sharing resepi ais krim yang sedap la...
kira homemade ais krim ala baskin robbin. 
Pastikan hari ni pi market... beli bahan - bahan untuk buat ais krim coklat baskin robbin..

Resepi Ais Krim Coklat Ala Baskin Robbin Popular


Bahan

4 biji Kuning Telur 
1 biji Telur
200gm Gula Castor
50gm Gula Perang
500ml Susu Coklat ( Ducth Lady / Magnolia / HL )
1 sudu besar Serbuk Koko Van Houten 
800gm Whipping Cream ( Anchor Brand )
Esen Vanilla
100 gm Coklat Kouverture ( di cincang kasar  )
100 gm Deli Karamel ( boleh didapati di kedai pembekal bahan bakeri )

Cara Buat

1.Pukul Telur kuning + telur + gula castor sehingga separuh gebu , kemudian masukkan gula perang teruskan pukul sehingga gebu.

2.Dalam pot- panaskan susu coklat + serbuk koko van houten + esen vanilla sedikit , pastikan jangan sampai mendidih , cukup sekadar panas - panas  suam . Dalam bekas lain pukul whipping cream sehingga kental .

3.Kemudian masanya untuk mencampurkan susu coklat bersama bahan yang telah dipanaskan tadi ke dalam whipping cream yang telah dipukul kental ( sila guna spatula plastik atau wooden ) kaup dan kacau perlahan dan bahan terakhir jangan lupa yea.. masukkan coklat kouverture yang telah dicincang kasar juga deli caramel , kacau lagi sehingga sebati.

4.Tuangkan ke dalam bekas plastik container untuk disejukkan.Simpan dalam freezer sebaiknya 24 jam.
Selamat mencuba...pasti meleleh bro...heee suka tak dapat resepi ais krim coklat ala buskin robbin? suke.. Alhamdulillah..
chef obie nak sharing lagu dari Yusri KRU dengan wifenye.. Lisa Surihani
Tajuk Lagu Kekasih Abadi..selamat melayan...romantik gitu!

RESEPI KEK ANTARABANGSA CHEF OBIE!!!

Kini Muncul ebook yang telah dinanti-nantikan oleh netizen..
Buah tangan terbaru chef obie, yang mahir dalam pembuatan kek antarabangsa,
Koleksi resepi - resepi kek antarabangsa chef obie dalam bentuk buku eletronik dan mudah untuk anda miliki!

chef obie -

"Berpengalaman menyediakan kek-kek istimewa untuk VVIP seperti
Raja Fadh Bin Abdul Aziz yang merupakan Raja Arab Saudi & Perdana Menteri Arab Saudi ketika itu , Sultan Hassanal Bolkiah Sultan Brunei Darul Salam dan banyak lagi..."

Kreativiti dan kemahiran dalam seni pembuatan kek chef obie telah dikongsikan dalam siri bengkel dan kelas-kelas baking mahupun kelas persendiriannya sejak 2011 sehingga kini.

Anda jangan lepaskan peluang untuk memiliki ebook terbaru ini !

ebook Kek Ais Krim Antarabangsa Hanya RM40.00 


ebook Kek Coklat Antarabangsa Hanya RM40.00 

Perkongsian resepi , teknik dan cara buat kek ais krim dengan mudah dan secara professional.

Dapatkan Resepi Kek Ais Krim Antarabangsa ini yang mula dijual kepada netizen 
pada hari Khamis ini 26 hb Ogos 2015.

Setiap satu jenis ebook yang perlu anda miliki ini hanya beharga
RM40.00 sahaja.

PERCUMA EBOOK 

ASAS BUAT KEK CHEF OBIE



Ebook Asas Buat Kek Chef Obie -

merupakan intipati kelas baking popular chef obie dimana , chef obie berkongsi cara-cara membuat kek asas dengan mudah dan gerenti menjadi ! 
seperti
 BUTTERCAKE , COKLAT KEK , CLASSIC CHEESECAKE , FRUITCAKE & SPONGE CAKE.. 
semua resepi dan cara menyukat dengan mudah dan tepat dikongsikan dalam ebook percuma ini !

Bagaimana untuk milikinya? 
Mudah sahaja-

Cara Pembelian :

Bank In ke Akaun MBB ( Maybank )

151409098193

atas nama Muhamad Gunawan Jamil

Bukti pembayaran sila SMS: 

 Nama ebook  , RM40 , masa , tarikh dan

 email anda , kemudian sila hantar ke 



017 2260719
( whatsapp / sms )

Penghantaran : 24 jam - 48 jam selepas bukti pembayaran diterima 









Lirik Lagu Kekasih Abadi – Yusry & Lisa Surihani
Setiap kali ku bukakan mata

Hati tersentuh kau hiasi dunia

Syukur kerana Dia mendengar doa-doaku

Baru terasa nikmat percintaan

Indah dibuai beribu khayalan

Semua impian yang ku damba menjadi nyata

Tak perlulah lagi ku bermimpi

Kini kau hadir dalam sedar mencintai

Untuk kekal sehidup semati

Tak perlulah ku memeluk angan

Kini kau ada erat di dalam dakapan

Padamu setiaku berjanji

Kekasih abadi

Jika ditakdirkan pergi bersama

Ambillah hembus nafas terakhirku

Agar tak merasa bagaimana hidup tanpamu


Bersama kita cekal membina
Sebuah istana yang terindah
Di sana kasih kita bersemadi

Facebook : chefobie untold
Instagram : chef_obie_official
website : chefgunawanmalaysia.blogspot.com

whatsapp : 0172260719





Terima Kasih

Resepi Nasi Ayam Sedap Mudah Dan Popular

RESEPI NASI AYAM MUDAH DAN POPULAR 


Bahan :


4 cawan beras 

5 1/2 cawan air kosong @ rebusan ayam ( bergantung kepada jenis beras yang digunakan- chef guna beras biasa jasmine super 5 )

Garam secukupnya 

2 1/2  sudu besar mentega @ marjerin 



Bahan tumis 



3 ulas bawang putih - di cincang 

1 inci halia - di hiris 

2 btng serai- di ketuk 

4 sudu besar minyak masak



Cara Membuat : 



1.Cuci Basuh beras, kemudian toskan.Biar ditepi


2.Masukkan 5 cwn air rebusan ayam  dan beras ke dalam rice cooker. 


3.Dalam pan - Panaskan minyak dan tumis bahan tumisan sehingga naik baunya.


4.Kemudian Masukkan 1/2 cawan air, masukkan ke dalam rice cooker, begitu juga mentega dan masak seperti biasa. ( on kan aje rice cooker- mode cook )


5.Apabila nasi kering gaulkan  sekali sekala dan tutup semula. Biar 5 minit dan sedia untuk digunakan.

Dapatkan ebook terkini chef obie sila klik

AYAM GORENG NASI AYAM



1 ekor ayam- di potong 4 - selebihnya di cincang utk buat sup 

3 sudu besar kicap pekat 

1 sudu besar kicap lemak masin

2 sudu besar sos tiram 

2 sudu besar madu 



Cara Membuat  : 



1.Rebus ayam bersama air hingga separuh masak dan keluarkan dari air rebusan..(Air rebusan 

 ini digunakan untuk masak nasi ayam ) 



2.Perap ayam bersama kicap, sos tiram, dan madu selama 30 minit.


3.Goreng ayam dalam minyak terendam. Setelah masak angkat dan toskan.


SOS PEDAS MERAH 



5 ulas bawang putih 

5 tangkai cili merah

5 biji cili padi merah/hijau 

1 sudu besar cuka @ perahan limau nipis

3 sudu besar gula dan sedikit garam 

2 sudu besar sos cili 

1/2 cwn air masak digunakan untuk kisar sekali dgn bahan 

Garamsecukup rasa 


Cara membuat :



1.Kisar bawang putih, cili padi dan cili merah. 



2.Panaskan dalam pot , kemudian masukkan cuka dan sos cili.Gaul sebati. 

Masukkan gula dan garam secukupnya. Apabila telah mendidih matikan api. Siap untuk digunakan


SOS KICAP 



1 cawan kicap lemak masin 

1 ulas bawang putih 

1/2 cawan air rebusan ayam

gula dan garam secukupnya 


Cara Membuat : 



1.Dalam pot, satukan ke semua bahan , kacau mesra sehingga mendidih. Siap



SUP AYAM 


Gunakan lebihan air rebusan ayam tadi , perasakan dengan garam
masukkan daun sup dan daun bawang serta 1 bungkus sup bunjut.
Tambah air jika perlu.Masak sehingga mendidih.Hias bersama bawang goreng







ebook Nasi Ayam Hainan (hottest!)
  Dapatkan ebook terkini chef obie sila klik





Terima Kasih

Chef Gunawan a.k.a Chef Obie Copyright © 2015 Design by MaiGraphikDesign