CHEF OBIE & MGJ CONSULTANCY

Executive R&D Chef | Austrian Dessert & European Cakes Pastries | Malaysian Heritage Cuisine | Multi Outlet Standardisation : CHEF MUHAMAD GUNAWAN a.k.a CHEF OBIE & TEAM MGJ CONSULTANCY Aktif Set Up Central Kitchen / Pembangunan Menu ( Baru & Upgrade ) / Standardize Resepi & SOP/ Mobile Cooking Baking Class / Konsultansi Isu Operasi & F&B


HUBUNGI

017 2260719

017 2260719

017 2260719

email : gunawan.jamil@gmail.com

obieber

Jumaat, 17 Februari 2017

Salam Jumaat & Resepi Masak Beriani Popular Dan Sedap !

Assalammualaikum wbt , 

Salam sejahtera netizen semoga hari jumaat ini
memberi semangat yang berkobar-kobar memenuhi rutin harian 
anda di tempat kerja , rumah dan sebagainya.

Pagi ini chef obie ingin kongsikan satu masakan dari Rempah Beriani @ Buryani @biriani 
Iaitu RESEPI AYAM BERIANI MASALA




Jom ikuti Penyediaan Hidangan " AYAM BERIANI MASALA" Langkah Demi Langkah 
Dengan Mudah oleh chef obie






Bahan utama



1 ekor Ayam dipotong 12

4 sudu besar Minyak Sapi
3/4 cawan Bawang Holland + halia dikisar
1 biji Bawang Merah dimayang
3 ulas Bawang Putih dimayang
1 inci Halia diketuk
4 sudu besar Rempah Beriani Masala - Obie's Spice
2 sudu besar Tomato Puri
2 helai Daun Pandan diikat
1 cawan air atau air rebusan ayam
1@2 biji Tomato dipotong Wedges
1 kotak Santan kecil @ 1 tin Susu Cair ( optional )
3@4 btg Cili Kering
3 biji bunga lawang
1@2 btg Kulit Kayu Manis
1 sudu kecil Jintan Manis
5@6 biji Cengkih
1 sudu kecil Cardamon ( optional ) yg penting salah satu rempah sekawan ada sudah memadai.
2 kiub Pati Ayam
Gula & Garam secukup rasa



Ayam seekor dipotong 12

*dicuci bersih & pastikan ayam halal ðŸ˜Š




1- Panaskan minyak sapi , masukkan bawang merah , bawang putih dimayang,daun pandan,rempah sekawan.


2- Masukkan pula bawang holland+halia yg dikisar.


3.Pastikan sehingga naik bau mewangi dan bawang mayang menjadi garing kekuningan dan coklat.


4- Kemudian masukkan buah tomato dan tomato pure ( boleh juga letak di akhir masakan ) , pastikan kacau mesra .


5- Masukkan REMPAH BERIANI MASALA obie's spice.


6- Pastikan REMPAH BERIANI MASALA obie'spice digunakan ( Rempah Beriani Masala Homemade ini boleh dibeli melalui chef obie - 0172260719 )

Jangan lupa kacau rempah beriani sehingga pecah minyak



7- Masukkan ayam


8.Kacau mesra tumisan REMPAH BERIANI MASALA berasama ayam.


9.Masukkan 1 cawan air atau air rebusan ayam , biarkan ia mendidih dgn api yang sederhana.


10.Apabila ayam hampir empuk , masukkan santan atau susu cair ( pilihan & citarasa anda ), masukkan kiub pati ayam , gula dan garam secukupnya sebagai perasa.


Akhir sekali..anda sudah boleh menikmati hidangan AYAM BERIANI MASALA yang cukup enak dinikmati bersama - NASI BERIANI , NASI MINYAK , NASI TOMATO , NASI KABUL @ KABULI , NASI ARAB mahupun NASI PUTIH , 

Juga boleh dinikmati dengan Roti Benggali , pratha , canai , bom , capati , puri dan tosai.


Jangan segan Follow chef obie di
FB : chefobie untold
Page : smallplate by chef obie
IG :chef_obie_official
twitter :@chefobie_untold 


















Terima Kasih

Selasa, 14 Februari 2017

Kelas Masakan Persendirian : Cakoi Untuk Berniaga



KELAS CAKOI UNTUK BERNIAGA 
( BAZAAR / BAZAAR RAMADHAN / PASAR MALAM / FESTIVAL / FOODTRUCK DAN SEBAGAINYA )

Intipati :

1.Cara Penyediaan Doh Sehari ( 24 Jam )

2.Cara Penyediaan Doh 2 Jam

Yuran / Fee : RM380 sahaja

Location ( Ampang . Selangor.Malaysia ) 

Contact Person : ðŸ‘‡

Whatsapp : 0172260719 
IG : chef_obie_official
FB : chefobie_untold
Page : smallplate by chef obie
Blog : chefgunawanmalaysia.blogspot.com


  chef obie 
chef profesional / perunding gastronomi / penulis buku masakan - cupcake 3D pertama di Malaysia 


sambil itu chef dengan sukacita ingin berkongsi resepi RAINBOW KEK DAN ITALIAN MERINGUE BUTTERCREAM..






Rainbow Kek

Unsulted Butter/ Mentega 220gm
Castor Sugar / Gula Castor 360gm
Egg White / Telur Putih 5nos/biji
Flour / Tepung Gandum 420gm
Baking Powder 1tspn
Vanilla Essence
Salt /Garam secukup rasa
Fresh Milk 350ml


Cara Penyediaan : 

1.Panaskan Oven 170-175’c ( mengikut oven masing-masing - ada yang perlu 180'c )

2.Sediakan Loyang @ rim kek saiz 7’inci sebanyak 6,lapik kertas minyak atau parchment paper.

3.Tapis tepung, baking powder dan ketepikan.

4.Pukul butter dan gula sehingga bertukar warna.

5.Masukkan telur putih satu persatu , teruskan pukul sehingga sebati Masukkan Vanilla Essence

6.Akhir sekali masukkan tepung dengan di selang selikan dengan susu.

7.Adunan yang telah siap dibahagikan kepada 6 bhagian dengan berat setiap satu 250gm
Warna yang digunakan kuning,merah,oren,biru, ungu,hijau, ( anda boleh guna 7 warna )

info- kalau anda nak tahu resepi diatas ini merupakan 'Victorian Sponge Cake'
kalau dekat uk sana ia biasa digunakan sebagai asas sponge kek untuk kek rainbow.
sekarang anda dah tahu resepi victorian sponge kek, resepi ini juge boleh digunakan untuk membuat pelbagai jenis kek lain..kek-kek kontemporari.( ianya agak manis sedikit )


Italian Meringue Buttercream

Air 120ml
Gula Castor 430gm
Egg White / Telur Putih 250gm
Unsulted Butter 680gm
Vanilla Essence

Cara membuat
1.Pukul putih telur sehingga kembang.

2.Panaskan gula dan air selama 7 minit

3.Selepas gula telah mendidih masukkan ke dalam putih telur dengan hala laju pukul yang tinggi.Teruskan pukul hingga dasar mixer sejuk.lebih kurang 10-15 minit.

4.Masukkan mentega, pukul sehingga semua sebati.

5.Siap dan boleh digunakan / disimpan dalam pet ais dan boleh dipukul kembali untuk kembangkan lagi.

info- pastikan gula dan air telah bubbling, berbuih- buih dan agak
kepekatan ( jika ade penyukat suhu gula-juge boleh digunakan pada titik 115-130'c
jangan sampai suhu 160'c-170'c kerana ianya akan menjadi karamel,apabila telah karamel ianya tidak boleh digunakan lagi- pastikan rupanya masih jernih clear dan pekat.


p/s- Sila pastikan keselamatan semasa membuat Italian Meringue Buttercream ini..
"think safety first my friends...."

Terima Kasih

Chef Gunawan a.k.a Chef Obie Copyright © 2015 Design by MaiGraphikDesign