Halaman
- Laman utama
- KURSUS/KELAS MASAKAN PERNIAGAAN , BAKING DAN KOMERSIAL 2024
- KURSUS DAN PROGRAM BAKAL PESARA KERAJAAN DAN SWASTA 2023 / 24
- ASAS MEMBUKA PERNIAGAAN PEMBEKAL BAHAN KEK DAN BAKERI
- TEMPAHAN KEK & PETITS
- RESEPI KUIH TRADISIONAL
- RESEPI KEK & PASTRY
- RESEPI MASAKAN
- RESEPI REMPAH RATUS
- MEDIA
- SYARIKAT MGJ CONSULTANCY & MGJ SERVICES
- MALAYSIA HOT PROPERTIES 2023
- SKY CHEF CATERING KL Buffet & Tapau 2023
- TEMPAHAN TART NENAS LEJEN
- Bazaar Chef Obie
CHEF OBIE & MGJ CONSULTANCY
CHEF OBIE & TEAM MGJ CONSULTANCY
AKTIF MENGADAKAN KELAS / KURSUS MASAKAN PERNIAGAAAN DAN KOMERSIL POPULAR BERTESTIMONI SEJAK 2012 HINGGA KINI.
DI AMPANG , SELANGOR DAN DI BANGSAR KUALA LUMPUR.
MENJADI PILIHAN WARGA TEMPATAN , WARGA ANTARABANGSA DAN JABATAN KERAJAAN
MENJADI JURUCAKAP PELBAGAI PRODUK , PERUNDING F&B , PERUNDING MAKANAN , FOODSTYLIST , PENULIS JEMPUTAN / PHOTOSHOOT UNTUK MEDIA MASSA DAN ELETRONIK ,PERUNDING PENJUALAN HOTEL DAN RESORT JUGA PERUNDING HARTANAH DI MALAYSIA
HUBUNGI MGJ CONSULTANCY
017 2260719
017 2260719
017 2260719
email : mgjconsultancyfile@gmail.com & gunawan.jamil@gmail.com
DI AMPANG , SELANGOR DAN DI BANGSAR KUALA LUMPUR.
MENJADI PILIHAN WARGA TEMPATAN , WARGA ANTARABANGSA DAN JABATAN KERAJAAN
MENJADI JURUCAKAP PELBAGAI PRODUK , PERUNDING F&B , PERUNDING MAKANAN , FOODSTYLIST , PENULIS JEMPUTAN / PHOTOSHOOT UNTUK MEDIA MASSA DAN ELETRONIK ,PERUNDING PENJUALAN HOTEL DAN RESORT JUGA PERUNDING HARTANAH DI MALAYSIA
HUBUNGI MGJ CONSULTANCY
017 2260719
017 2260719
017 2260719
email : mgjconsultancyfile@gmail.com & gunawan.jamil@gmail.com
obieber
Selasa, 20 November 2012
Cerita Seram Di Highway
Jam ditangan menunjukkan pukul 9 malam, kami singgah di Perhentian R & R untuk berehat dan makan malam. Selepas makan kami meneruskan perjalanan yang ternyata masih jauh lagi. Sepanjang perjalanan, aku lihat Razman kelihatan mendiamkan diri sahaja. Kemudian aku bersuara ” eh Man… senyap je..asal? kenyang sangat ke?”Razman masih mendiamkan diri…. aku semakin suspen…(kenape dia nih?) kataku dlm hati…Razman bersuara secara tiba-tiba…
” Is,.. kalau aku cerita seram sikit, agaknya2 kau takut tak?” tanya Razman sambil memalingkan mukanya tepat kearah aku. Serius benar wajahnya…dia nih..lain aku tanya..lain pulak dia jawab.
“Errrr… cerita hantu ke??? eh..he..he..he… apasal tetiba je nih? citer lain takde ke? ” tanya aku kehairanan, dlm hati cuak jugak.
” takdelah..cuma, tempat kita berhenti tadi, reminds me abt satu story yg my cousin cerita kat aku dulu…..” jawabnya.
“oo..kisah benar ke? ermmm.. ok..ok.. citerlah..tak takut..
“… tadi kita berhenti kan…ko perasan tak ade satu parking space yg gelap tuh?”
“OoOooo… ..ok…. .so?”
” Dulu,.. cousin aku penah cerita,.. dalam pukul 2 pagi mcm tu,adalah sorang lelaki yg park kereta dia kat situ sbb mengantuk sangat.Actually, memula dia takut jugak, sbb dia drive sorang2, tapi masa dia memula park, adalah dlm 2-3 buah kereta lagik kat situ, so,kira adelah org jugak, takdelah seram sangat. Jadi dia pun tidolah…
Setelah beberapa jam selepas itu, dia terjaga. Suasana senyap sunyi.. Dia memandang kekiri dan kekanan, tiada satu orang pun disitu. Ternyatalah tinggal keretanya sahaja yang berada dikawasan gelap tersebut..”
Kemudian, setelah mendapati dia tinggal seorang, hati lelaki itu mula rasa tak sedap, terus dia menghidupkan enjin keretanya. Tetapi ntah mcm mana, kerana panik yang amat sangat, lelaki ini terasa mahu membuang air kecil pulak. Walaupun dia cuba memujuk dirinya utk bertahan hingga ke tempat lain, tetapi ternyata dia mmg tak boleh tahan…
Walaupun kakinya terasa berat utk keluar dari keretanya, tetapi dia gagahi juga…, angin diawal pagi meniup dingin…….terlalu dingin sehinggakan dia berpeluk tubuh. Lelaki itu kemudian berjalan ke arah tandas yang kurang 10 meter dari keretanya…..
Sedang dia berjalan, dia samar-samar terdengar bunyi tapak kaki dibelakangnya. Bulu romanya berdiri tegak, bunyi itu semakin kuat seakan-akan mengekorinya.Lelaki itu menoleh……tapi….tiada siapa di belakangnya…
Dia meneruskan perjalanan.. bunyi tapak kaki kedengaran lagi. Bunyinya tidak seperti bunyi tapak kaki manusia…..
kelekuk… kelekuk… kelekuk….. …seperti kuda. lelaki itu mula panik, terkumat kamit bibir lelaki itu membaca sesuatu… badannya mula seram sejuk…..
tiba-tiba..satu gugusan angin tiba-tiba menerpa menghembus ke mukanya….bunyi hentakan tapak semakin kuat, lelaki itu memberanikan diri untuk menoleh belakang sekali lagi.
Mahunya dia terpengsan melihat kelibat makhluk berbadan kambing berkepala manusia dibelakangnya. Wajah makhluk sungguh pucat merenung tepat kearahnya… biji matanya berlendir ,…. mulutnya seakan terbuka, kelihatan darah menitis-nitis dari mulut makhluk itu tanpa henti, matanya merah berair, … rambutnya panjang mengurai…..kulitnya mengelupas bernanah….
Lelaki itu mahu menjerit,tetapi mulutnya seakan-akan dikunci…
Makhluk itu menghampiri dirinya…setapak demi setapak dia melangkah….kakinya itu tidak dapat berganjak… dirinya bagai dipukau, tubuhnya tidak dapat bergerak…, keringat sejuk mula membasahi pipinya, dia yakin makhluk itu akan membunuhnya…..
Makhluk itu semakin mendekatinya…kedengaran dengusan nafas yg sungguh menggerunkan…. .lutut lelaki itu bergetar….
Dengan pandangan yg tajam, makhluk itu membuka mulut dan bersuara,……
DIMANA DIA ANAK KAMBING SAYA…..
ANAK KAMBING SAYA ADA DIDALAM GUA…..
DIMANA DIA BUAH HATI SAYA….
BUAH HATI SAYA,DAH KAHWIN ORANG KAYA………
ooohhhhhhHHHHH..CHAN MALI CHAN!” CHAN MALI CHAN! CHAN
MALI CHAN! CHAN MALI CHAN! KETIPONG PAYONG
“Oi! Oi!” (ader suara background lagik…..)
“CHAN MALI CHAN!” “Oi Oi “CHAN MALI CHAN!
ETIPONNNNGGGG PAYONGGGGG…oooOOOOHHHH”
Everybody!…let’s sing together!!!!!!!
CHAN MALI CHAN OI OI
CHAN MALI CHAN OI OI
CHAN MALI CHAN KETIPONGGGGG PAYONG…..
Everybody..c’mon!… clap your hand!…
CHAN MALI CHAN OI
OI CHAN MALI CHAN OI OI
CHAN MALI CHAN KETIPONGGGGG AYOOOOOONGGGGG...
semoga enjoy yea...sesekali obie tidak cerita mengenai makan.....
Terima Kasih
1 Komen
1 ulasan:
- Chef Obie berkata...
-
Kepada anda diluar sana yang ada cerita-cerita seram kelakar bolehlah berkongsi dgn obie.. <3 LOVE,PEACE AND RESPECT
- 22 November 2012 pada 11:28 PG [Balas Komen]