CHEF OBIE & MGJ CONSULTANCY

CHEF OBIE & TEAM MGJ CONSULTANCY AKTIF MENGADAKAN KELAS / KURSUS MASAKAN PERNIAGAAAN DAN KOMERSIL POPULAR BERTESTIMONI SEJAK 2012 HINGGA KINI.
DI AMPANG , SELANGOR DAN DI BANGSAR KUALA LUMPUR.

MENJADI PILIHAN WARGA TEMPATAN , WARGA ANTARABANGSA DAN JABATAN KERAJAAN

MENJADI JURUCAKAP PELBAGAI PRODUK , PERUNDING F&B , PERUNDING MAKANAN , FOODSTYLIST , PENULIS JEMPUTAN / PHOTOSHOOT UNTUK MEDIA MASSA DAN ELETRONIK ,PERUNDING PENJUALAN HOTEL DAN RESORT JUGA PERUNDING HARTANAH DI MALAYSIA

HUBUNGI MGJ CONSULTANCY

017 2260719

017 2260719

017 2260719

email : mgjconsultancyfile@gmail.com & gunawan.jamil@gmail.com

obieber

Rabu, 20 Mac 2013

Chef Obie di Mingguan Wanita Edisi Bumper Raya Dan Resepi Roti Canai


Terima Kasih kepada Pihak Mingguan Wanita juga wartawan, yang telah menjemput dan memilih obie
untuk bersama menghidangkan dan berkongsi resepi tart.
Kepada yang telah memiliknya, terima kasih.

,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,
Resepi Roti Canai



Sebenarnya membuat roti canai ini mudah aje, cuma kite dah dibiasakan , kalau nak makan roti canai
mesti kena pergi kedai mamak atau restauran mamak kan...jangan haraplah nak buat sendiri,
nak menebar roti canai sendiri..., tapi perlu diingat ...roti canai sekarang harga tak macam dulu..
saiz nya pun semakin kecil...
Jadi dikesempatan pagi ini chef obie nak berkongsi resepi roti canai...
selamat mencuba yea,...

RESEPI ROTI CANAI

*1 kg Tepung gandum ( brand apa pun boleh- cap sauh / chempaka )
750ml Air
*1biji Telur
*1sudu Garam
*1suduBesar Mentega / marjerin ( suka guna marjerin seri pelangi -felda )

5suduBesar Tepung gandum( jika doh roti canai anda terlalu lembik-tambahkan sedikit tepung gandum ni )

Cara-cara

1.Masukkan bahan * kedalam bekas, kacau hingga sebati
2.Masukkan air tadi kedalam tepung.
3.Menguli hingga jadi doh, rehatkan doh selama 10min
4.Uli lagi selama 6min- 8 minit ( ulangi langkah ini sebanyak 3 kali - uli dan rehatkan doh )
5.Sehingga doh menjadi kenyal dann tak melekat.( jgn risau kalau 1st process terasa doh melekat di tangan.
kalau ianya masih lembik lg selepas 2nd time uli&rehat, tambah sedikit tepung(1 suduBesar @ 2)
6.Bentukkam menjadi bebola. kepada 20 biji. salut dgn margerin. perap selama 3 jam atau lebih.
7.Ambil 4 biji, nipiskan sebesar piring, ketepikan selama 5 min utk mengelakkan mengecut bila di tebar.
8.ambil satu keping yg telah di nipiskan & diperap, bolehlah di tibar atau di tarik, utk mengelakkan koyak,
tangan mesti sentiasa berminyak. bila dah cukup nipis, renjiskan byk skit minyak, dah lipat. kalau kurang minyak ,
boleh kering dan mudah terkoyak ditengah.
9.Panaskan pan dgn api sederhana.. letaklah sedikit minyak. masak hingga perang. sambil terbalikkan roti,
hendaklah sentiasa merenjis minyak diatas roti.
10.Doh Roti canai ni boleh disimpan dlm fridge atau peti ais sehingga 2 hari
(Perlu diingat: jangan uli terlalu kenyal doh nya, akan menyebabkan roti susah nak ditibar dan keras )

Boleh lah dimakan bersama kari ikan,ayam,daging, sayur dalca dan sambal tumis...peeerrrrghh layan


Terima Kasih

Komen
12 Komen

12 ulasan:

..kakNaim.. berkata...

kalo saya try buat ni mesti xkan jd..sedapnyer..terliur tengok..

Chef Obie berkata...

sape kate xkan jadi.... mmm blum try.. mane blea coment x jadi heee... apa pun mamma mia..kalau rajin boleh try.. peace

..kakNaim.. berkata...

insyaAllah..kalo rajin nanti nk try la..hehe tq chef obie

Chef Obie berkata...

most welcome mamma mia... peace...

Tanpa Nama berkata...

Nak trylah..harap2 jd..nnt sy post ape hasilny

Chef Obie berkata...

try jgn x try...ok good luck..enjoy buat roti canainye..

cuna berkata...

Kalo x tebar leh ke?? Haha. Just tarik2 cm nk wat roti piza tu??

Chef Obie berkata...

waa..syabas..sebab ingin cuba membuat roti canai..walau x suka nak menebar..
mcm ni...jika cik cuna nak tarik2 mcm wat roti pizza tu...chef cadangkan..kalau boleh tarik sampai lebar dan agak nipis..lepas tu buat mcm kain basuhan..tarik tinggi dan buat seperti gulungan (dlm bulatan)seperti betuk roti canai yang bulat..kalau nak empat segi pun boleh....

selamat mencuba

pocordio berkata...

Chef klu nk perap smalaman..esoknye nk kne rest brape lame kt room temp

pocordio berkata...

Chef klu nk smpn smlaman ..esoknye nk kne rest brape lame kt room temp

Chef Obie berkata...

Terima kasih bertanya,

isu rest- di sini chef nak inform-
rest dalam 15minit dah boleh digunakan, setelah semalaman sidimpan dlm peti sejuk,

selamat mencuba

Chef Obie berkata...

isu rest- di sini chef nak inform-
rest dalam 15minit dah boleh digunakan, setelah semalaman sidimpan dlm peti sejuk,

selamat mencuba

Chef Gunawan a.k.a Chef Obie Copyright © 2015 Design by MaiGraphikDesign