Terima Kasih kepada Pihak Mingguan Wanita juga wartawan, yang telah menjemput dan memilih obie
untuk bersama menghidangkan dan berkongsi resepi tart.
Kepada yang telah memiliknya, terima kasih.
,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,
Resepi Roti Canai
Sebenarnya membuat roti canai ini mudah aje, cuma kite dah dibiasakan , kalau nak makan roti canai
mesti kena pergi kedai mamak atau restauran mamak kan...jangan haraplah nak buat sendiri,
nak menebar roti canai sendiri..., tapi perlu diingat ...roti canai sekarang harga tak macam dulu..
saiz nya pun semakin kecil...
Jadi dikesempatan pagi ini chef obie nak berkongsi resepi roti canai...
selamat mencuba yea,...
RESEPI ROTI CANAI
*1 kg Tepung gandum ( brand apa pun boleh- cap sauh / chempaka )
750ml Air
*1biji Telur
*1sudu Garam
*1suduBesar Mentega / marjerin ( suka guna marjerin seri pelangi -felda )
5suduBesar Tepung gandum( jika doh roti canai anda terlalu lembik-tambahkan sedikit tepung gandum ni )
Cara-cara
1.Masukkan bahan * kedalam bekas, kacau hingga sebati
2.Masukkan air tadi kedalam tepung.
3.Menguli hingga jadi doh, rehatkan doh selama 10min
4.Uli lagi selama 6min- 8 minit ( ulangi langkah ini sebanyak 3 kali - uli dan rehatkan doh )
5.Sehingga doh menjadi kenyal dann tak melekat.( jgn risau kalau 1st process terasa doh melekat di tangan.
kalau ianya masih lembik lg selepas 2nd time uli&rehat, tambah sedikit tepung(1 suduBesar @ 2)
6.Bentukkam menjadi bebola. kepada 20 biji. salut dgn margerin. perap selama 3 jam atau lebih.
7.Ambil 4 biji, nipiskan sebesar piring, ketepikan selama 5 min utk mengelakkan mengecut bila di tebar.
8.ambil satu keping yg telah di nipiskan & diperap, bolehlah di tibar atau di tarik, utk mengelakkan koyak,
tangan mesti sentiasa berminyak. bila dah cukup nipis, renjiskan byk skit minyak, dah lipat. kalau kurang minyak ,
boleh kering dan mudah terkoyak ditengah.
9.Panaskan pan dgn api sederhana.. letaklah sedikit minyak. masak hingga perang. sambil terbalikkan roti,
hendaklah sentiasa merenjis minyak diatas roti.
10.Doh Roti canai ni boleh disimpan dlm fridge atau peti ais sehingga 2 hari
(Perlu diingat: jangan uli terlalu kenyal doh nya, akan menyebabkan roti susah nak ditibar dan keras )
Boleh lah dimakan bersama kari ikan,ayam,daging, sayur dalca dan sambal tumis...peeerrrrghh layan