cHeF gUnAwAn HaJi JaMiL a.k.a oBiE wAn

Malaysian Food Stylist,Duta Produk Tepung Hairan , Penulis Buku "Cupcake 3D" Pemilik MGJ Consultancy & Services (002098284-T)- Masakan Asia ,Timur Tengah , Barat ,Eurisian , Healthy Food, Pastry, Bakery Kelas Memasak Demonstrasi Memasak TV , Majlis Korporat , Kelab , Persatuan Dan Sebagainya Penasihat Makanan & Pemakanan ,Penasihat Bakal Usahawan juga sebagai Juri Masakan dan Fasilitator

bE mY Heartbeat..!

Selasa, 20 Ogos 2013

Resepi Rendang Tok (Bergambar)



Salam Lebaran semua...
hari ni obie nak berkongsi sekali lagi resepi rendang..
iaitu rendang tok...bukan ape disebabkan view yang agak banyak,
jadi obie sediakan sekali lagi resepi ini beserta gambar...
maklumlah malam raya kelamarin obie sempat menyediakan hidangan ni...

Semoga korang boleh mencuba..dan menikmati hidangan rendang tok ini

Bahan

600gm daging
250 gm kerisik
1 liter santan cair
1 liter santan pekat
1/2 cawan air asam jawa
4 sudu besar gula melaka
4 sudu besar gula pasir
Garam secukup rasa
Minyak masak secukupnya

Bahan kisar
4 sudu makan ketumbar
2 sudu makan jintan manis
1 sudu makan jintan putih
1 sudu teh lada hitam
4 sudu besar cili giling
4 batang serai
1 inci halia
1 inci lengkuas
2 biji buah keras
2 biji bawang besar

Bahan tumis

4 biji bawang merah - hiris
4 ulas bawang putih - hiris
1 inci kulit kayu manis
2 biji buah pelaga
4 kuntum bunga cengkih

Cara-cara :

1. Daging dipotong dadu ( standard rendang ), dibersihkan dan ditoskan. Perap daging bersama bahan kisar, air asam jawa, gula melaka,gula pasir , sedikit santan dan garam. Biar seketika dan ketepikan (15-20 minit )

2. Kemudian renehkan bawang merah, bawang putih, buah pelaga, kulit kayu manis dan bunga cengkih, santan yang cair. Masukkan daging yg telah diperap tadi dan Kacau sebati.

3.Masukkan baki santan dan kacau lagi sehingga kuah tinggal separuh. Kemudian masukkan kerisik dan kacau lagi sehingga kering.

4.Perlu diingat, Masaklah dengan api yang agak perlahan sambil dikacau tanpa henti hingga kering. Bila dah kering bolehlah angkat dan sedia untuk dihidangkan.

steady... kacau rendang ni dengan penuh kesabaran dan kasih sayang...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger... https://www.youtube.com/watch?v=CUCR_XgxZyI