CHEF OBIE & MGJ CONSULTANCY

CHEF OBIE & TEAM MGJ CONSULTANCY AKTIF MENGADAKAN KELAS / KURSUS MASAKAN PERNIAGAAAN DAN KOMERSIL POPULAR BERTESTIMONI SEJAK 2012 HINGGA KINI.
DI AMPANG , SELANGOR DAN DI BANGSAR KUALA LUMPUR.

MENJADI PILIHAN WARGA TEMPATAN , WARGA ANTARABANGSA DAN JABATAN KERAJAAN

MENJADI JURUCAKAP PELBAGAI PRODUK , PERUNDING F&B , PERUNDING MAKANAN , FOODSTYLIST , PENULIS JEMPUTAN / PHOTOSHOOT UNTUK MEDIA MASSA DAN ELETRONIK ,PERUNDING PENJUALAN HOTEL DAN RESORT JUGA PERUNDING HARTANAH DI MALAYSIA

HUBUNGI MGJ CONSULTANCY

017 2260719

017 2260719

017 2260719

email : mgjconsultancyfile@gmail.com & gunawan.jamil@gmail.com

obieber

Isnin, 28 Oktober 2013

Walnut , Almond , Cashew Nut , Pecan Nut , Brazil Nut , Macadamia Nut , Pistachio Nut , Hazelnut

Walnut

Kacang walnut merupakan kacang yang kaya dengan kandungan antioksidan dan omega 3 yang tinggi. Pengambilan walnut secara rutin dapat mengurangkan rasa sakit akibat mentruasi. Kacang ini juga baik dimakan ketika radang melanda.

Almond

Mau langsing? Makan kacang ini. Almond adalah salah satu jenis kacang kaya serat dan vitamin E. Selain mengawal berat badan, kacang ini juga dapat menurunkan gula darah dan meningkatkan bakteria baik dalam perut.

Cashew Nut

Cashew atau kacang mete memiliki kandungan zat besi, zink, dan magnesium yang baik untuk mencegah anemia dan meningkatkan sistem kekebalan tubuh. Untuk penderita Alzheimer juga digalakkan untuk pengambilan kacang ini secara rutin kerana ia dapat memperkuat kemampuan memori dan penglihatan.

Pecan Nut

Untuk anda yang mencari makanan sihat khusus untuk jantung, pecan menjadi pilihan tepat. Ia kaya antioksidan yang mampu mencegah plak pada pembuluh arteri.

Kacang Brazil

Satu butir kacang ini dapat memberikan lebih dari 100 persen selenium yang berfungsi membantu meningkatkan kesihatan kekebalan tubuh.

Macadamia Nut

Kacang ini amat sesuai bagi penderita kolesterol kerana kaya dengan lemak tak tepu tunggal.

Pistachio Nut

Kacang berkulit keras ini adalah sahabat untuk anda yang sedang menjalankan program diet. Di dalam kacang pistachio terkandung total 4 kalori setiap butir. Pistachio juga mengandungi kalium dan vitamin B6.

Hazelnut

Untuk anda yang suka menjaga kecantikan kulit, anda boleh mendapatkan vitamin E dalam kacang ini. Kacang ini juga mengandungi lemak tak tepu tunggal yang baik untuk jantung.

Terima Kasih

Komen
0 Komen

Tiada ulasan:

Chef Gunawan a.k.a Chef Obie Copyright © 2015 Design by MaiGraphikDesign