CHEF OBIE & MGJ CONSULTANCY

CHEF OBIE & TEAM MGJ CONSULTANCY AKTIF MENGADAKAN KELAS / KURSUS MASAKAN PERNIAGAAAN DAN KOMERSIL POPULAR BERTESTIMONI SEJAK 2012 HINGGA KINI.
DI AMPANG , SELANGOR DAN DI BANGSAR KUALA LUMPUR.

MENJADI PILIHAN WARGA TEMPATAN , WARGA ANTARABANGSA DAN JABATAN KERAJAAN

MENJADI JURUCAKAP PELBAGAI PRODUK , PERUNDING F&B , PERUNDING MAKANAN , FOODSTYLIST , PENULIS JEMPUTAN / PHOTOSHOOT UNTUK MEDIA MASSA DAN ELETRONIK ,PERUNDING PENJUALAN HOTEL DAN RESORT JUGA PERUNDING HARTANAH DI MALAYSIA

HUBUNGI MGJ CONSULTANCY

017 2260719

017 2260719

017 2260719

email : mgjconsultancyfile@gmail.com & gunawan.jamil@gmail.com

obieber

Isnin, 23 Disember 2013

DIY - Resepi Nasi Minyak ( Masakan Negeri Johor )


Tercari - cari resepi nasi minyak?
Jom try resepi daripada chef obie...
InsyaAllah korang mesti suke!

Selamat mencuba

Resepi Nasi Minyak ( Masakan Johor )

Bahan

Beras Wangi Siam 900gm
Minyak sapi @ ghee 120 gm
Susu Cair 125ml @ 1/2 cawan
Halia 1 inci ( dicincang )
Bawang Merah 5 ulas ( dimayang )
Bawang Putih 3 ulas( dimayang )
Bunga cengkih 5 biji
Buah pelage 5 biji
Kulit Kayu Manis 1 batang @ 1 inci
Daun Saderi 2 batang
Air Mawar 1 botol kecil ( jika tiada juga tidak mengapa )
Garam secukup rasa
Stok ayam/ perisa ayam 1 kiub sahaja
Pewarna kuning
Daun Pudina ½ ikat pucuk dan daun sahaja
Kismis Hitam dan emas 1 sudu besar
Gajus 1 sudu besar ( digoreng )
Air 900gm/ ml

Cara membuat

1.Panaskan periuk terlebih dahulu, masukkan minyak sapi@ghee sehingga pijar, kemudian masukkan pula halia tumis sebentar, masukkan pula bawang merah dan bawang putih yang telah dimayang,cengkeh , pelage , kulit kayu manis kacau hingga layu dan naik bau.

2.Kemudian masukkan air- air boleh dikurangkan sedikit jika mahu, sus cair, daun saderi , garam dan perasa ayam.

3.Apabila air telah mendidih , biarkan ia 2 minit. Selepas 2 minit mesukkan beras dan kacau perlahan-lahan.

4.Apabila nasi itu hendak menjadi kering masukkan lah air mawar dan kacau perlahan hingga rata.( jika tiada air mawar tidak mengapa anda perlu gantikan dengan air biasa pun boleh ).

5.Tutup dengan penutup periuk rapat-rapat 10 hingga 12 minit, kacau lagi nasinya perlahan lahan.Setelah itu tutup rapat lagi hingga masak.

6.Apabila telah masak, titiskan pewarna merah diatas permukaan nasi biar kelihatan berselerak,taburkan kismis dan gajus yang telah digoreng, juga daun pudina.Tutup sebentar penutup 3 minit.Kemudian buka penutup kacau perlahan dan mesra. Siap untuk dihidang.


senangkan..., kepada chef-chef , tukang masak , pengusaha katering , blogger masakan,
ibu-ibu, peminat dunia masakan dan sesiapa sahaje korang bolehlah mencuba resepi chef obie ni...

enjoy!

Terima Kasih

Komen
0 Komen

Tiada ulasan:

Chef Gunawan a.k.a Chef Obie Copyright © 2015 Design by MaiGraphikDesign