CHEF OBIE & MGJ CONSULTANCY

CHEF OBIE & TEAM MGJ CONSULTANCY AKTIF MENGADAKAN KELAS / KURSUS MASAKAN PERNIAGAAAN DAN KOMERSIL POPULAR BERTESTIMONI SEJAK 2012 HINGGA KINI.
DI AMPANG , SELANGOR DAN DI BANGSAR KUALA LUMPUR.

MENJADI PILIHAN WARGA TEMPATAN , WARGA ANTARABANGSA DAN JABATAN KERAJAAN

MENJADI JURUCAKAP PELBAGAI PRODUK , PERUNDING F&B , PERUNDING MAKANAN , FOODSTYLIST , PENULIS JEMPUTAN / PHOTOSHOOT UNTUK MEDIA MASSA DAN ELETRONIK ,PERUNDING PENJUALAN HOTEL DAN RESORT JUGA PERUNDING HARTANAH DI MALAYSIA

HUBUNGI MGJ CONSULTANCY

017 2260719

017 2260719

017 2260719

email : mgjconsultancyfile@gmail.com & gunawan.jamil@gmail.com

obieber

Selasa, 21 Januari 2014

DIY Kuih Tradisional : Bahulu Kemboja atau Kuih Bakar Pandan


gambar courtesy google

kan dah kate bie akan sharing resepi kuih tradisonal
yang telah distandardkan untuk peniaga,
ni pula resepi kuih bahulu kemboja atau kuih bakar pandan..
memang sedap..lagi-lagi kalau dimakan panas-panas
terbaik!

Resepi Bahulu Kemboja atau Kuih Bakar Pandan

Bahan A

500 gm Santan Pekat
2 cawan Gula Castor / Halus
1 sudu kecil Garam Halus


Cara membuat :

1.Masak Bahan A hingga mendidih.

Bahan B

500 gm Tepung Gandum
900 ml Air Daun Pandan
6 Biji Telur Gred A / B
Esen Vanilla / Pandan
Pewarna Hijau Epal


Cara Membuat :

1.Campurkan semua bahan dan kisar
2.campurkan bahan A dan B

Bahan C

½ sudu besar Minyak Sapi
1 sudu besar Minyak masak
1 sudu besar Bijan


Cara Membuat :

1.Panaskan acuan bahulu kemboja ( saiz no.1 ) dalam oven.

2.Masukkan kesemua bahan C ke dalam acuan hingga Nampak garing.

3.Tuangkan adunan dalam acuan dan bakar 30 – 40 minit pada suhu 180’c.

Tips: resepi bahulu kemboja ini juga boleh digunakan dalam resepi membuat kuih Cara.
Menu Malay Delicacies -kuih bahulu kemboja ini juga digunakan di KLIA Sepang, untuk flight VIP, VVIP dan ad- hoc flight.


Terima Kasih

Komen
2 Komen

2 ulasan:

fazliana berkata...

Nak cuba buat... thanks resepinya... ;)

Chef Obie berkata...

most welcome... selamat mencuba

Chef Gunawan a.k.a Chef Obie Copyright © 2015 Design by MaiGraphikDesign