CHEF OBIE & MGJ CONSULTANCY

CHEF OBIE & TEAM MGJ CONSULTANCY AKTIF MENGADAKAN KELAS / KURSUS MASAKAN PERNIAGAAAN DAN KOMERSIL POPULAR BERTESTIMONI SEJAK 2012 HINGGA KINI.
DI AMPANG , SELANGOR DAN DI BANGSAR KUALA LUMPUR.

MENJADI PILIHAN WARGA TEMPATAN , WARGA ANTARABANGSA DAN JABATAN KERAJAAN

MENJADI JURUCAKAP PELBAGAI PRODUK , PERUNDING F&B , PERUNDING MAKANAN , FOODSTYLIST , PENULIS JEMPUTAN / PHOTOSHOOT UNTUK MEDIA MASSA DAN ELETRONIK ,PERUNDING PENJUALAN HOTEL DAN RESORT JUGA PERUNDING HARTANAH DI MALAYSIA

HUBUNGI MGJ CONSULTANCY

017 2260719

017 2260719

017 2260719

email : mgjconsultancyfile@gmail.com & gunawan.jamil@gmail.com

obieber

Khamis, 14 Julai 2016

Resepi Katering Open House : Nasi Minyak Terengganu Untuk 50 orang

Anda pasti inginbmencuba sesuatu yang baru dalam menu keluarga anda untuk Open House hari raya kali ini...
Chef obie kongsikan resepi untk 50 orang makan, 
biasanya 65 orang juga boleh...sebab termasuk kanak-kanak...
kepada pengusaha katering , chef dengan rela hati kongsikan resepi ini..sila gunakan dengan sebaiknya dan ajarlah kawan-kwan yang ingin tahu..anda jangan sombong kalau dah pandai masak nasi ini. share kan caring namanya..Anda dapat pun PERCUMA aje ...
Jadi enjoy..dengan ilmu memasak yang ada itu...


gambar courtesy google



Nasi Minyak Terengganu Untuk 50 orang 






Bahan nasi



5 kg beras Siam/beras biasa

650ml susu cair
5 biji bawang besar – mayang
20 ulas bawang putih – mayang
2 inci halia – hiris
5 helai daun pandan – hiris
10 sudu besar minyak masak
10 sudu besar majerin
5 sudu besar minyak sapi
6.25liter air
Garam secukup rasa


Pewarna merah sedikit



Bahan tumis nasi



5 batang kulit kayu manis
15 biji buah pelaga
15 kuntum bunga lawang
10 kuntum bunga cengkih

Bahan gulai

5 ekor ayam -potong
650ml santan pekat
15 sudu besar rempah kari nasi minyak
15 sudu besar cili giling
10 sudu besar kerisik
15 biji kentang dibelah
100ml air asam jawa
Gula melaka, gula, garam dan air secukup rasa.
50 biji Telur rebus ( jika tiada juga boleh- sebaiknya ada baru terengganu )

Bahan kisar gulai

20 biji bawang merah
15 ulas bawang putih
2 inci  halia
1 inci lengkuas
2 inci kunyit hidup

Bahan tumis gulai

5 batang kulit kayu manis
15 kuntum bunga cengkih
15 biji buah pelaga
15 kuntum bunga lawang


Bahan Jelataah Mentah @ acar Mentah

2 batang timun buang isi rung, potong memanjang ( 1 inci )
6 biji Bawang kecil di mayang
1 batang Cili Merah dimayang
1/2 batang lobak merah potong menajang halus ( 1 inci )
2 biji perahan Limau Nipis
3 sudu besar Gula
1 sudu kecil garam


Cara Penyediaan



Tanak Nasi @ Masak Nasi


1. Beras dibersihkan dan tos airnya.
2. Minyak dipanaskan bersama majerin dan minyak sapi.
3. Tumiskan bahan tumis bersama bawang besar, bawang putih, halia dan daun pandan hingga berbau wangi.
4. Masukkan air dan kacau rata, biar mendidih.
5. Setelah mendidih, masukkan beras, susu cair serta garam secukup rasa. Kacau rata dan biarkan nasi masak.


6.setelah masak , renjiskan sedikit pewarna merah.Tutup nasi biar 5 minit, kemuidan gembar gemburkan nasi dan siap untuk dihidang



Masak gulai



1. Panaskan minyak dan masukkan bahan tumis bersama cili giling. Biarkan sehingga naik bau dan garing.
2. Masukkan bahan kisar dan kacau.
3. Apabila garing, masukkan rempah kari yang dibancuh bersama air, kacau rata hingga naik minyak.
4. Setelah itu, masukkan ayam bersama kentang serta air asam jawa dan bairkan masak seketika.
5. Masukkan santan pekat dan kacau sehingga mendidih.
6. Masukkan garam, gula, gula melaka secukupnya dan biarkan mendidih dan pekat kuahnya. Biar dengan api perlahan untuk lembutkan ayam.
7. Dah puas hati,baru masukkan telur rebus , biar sebentar dan akhir sekali angkat dan hidang bersama nasi minyak, acar dan sambal.


Jelataah Mentah atau acar mentah

1.Satukan ke semua bahan dalam mangkuk, gaul mesra dan simpan dalam peti sejuk 1 jam sebelum dihidang.









Terima Kasih

Komen
0 Komen

Tiada ulasan:

Chef Gunawan a.k.a Chef Obie Copyright © 2015 Design by MaiGraphikDesign