CHEF OBIE & MGJ CONSULTANCY

CHEF GUNAWAN a.k.a CHEF OBIE & TEAM MGJ CONSULTANCY Aktif Set Up Central Kitchen / Pembangunan Menu ( Baru & Upgrade ) / Standardize Resepi & SOP/ Mobile Cooking Baking Class / Konsultansi Isu Operasi & F&B


HUBUNGI

017 2260719

017 2260719

017 2260719

email : gunawan.jamil@gmail.com

obieber

Isnin, 13 Januari 2014

Spice Mixtures : Resepi Rempah Kari Ikan

Serbuk / Rempah Kari Ikan

juga dikenali sebagai rempah kari 7 lautan;

Serbuk atau rempah Kari 7 Lautan atau mat salleh panggil Seven-seas Curry Powder-
pelikkan tak pernah dengar, kena biase kan dengar..heee, kali ni nak bercerita mengenai rempah kari ikan atau sesuai untuk semua jenis seafood.Mane datang nama serbuk kari 7 lautan ni- nilah citernye-
Ianya Dipanggil Serbuk kari 7 lautan kerana asal usul serbuk kari ini telah digunakan dalam masakan yang ada di Indonesia dan Malaysia, termasuk dari arah laut cina selatan , Andaman , selat Melaka dan kepulauan Indonesia yang lain.




Resepi Rempah kari ikan @ seafood
( untuk mendapatkan 26 sudu besar rempah )

16 biji pelaga @ white cardamons
12 sudu besar Biji Ketumbar
6 sudu besar Jintan Manis
4 inci Kulit Kayu Manis
3 sudu besar biji saderi @Celery seeds
12 biji Cengkih
2 sudu besar Serbuk Cili


Cara membuat

1.Sangai kesemua bahan kering kecuali serbuk cili,pastikan pelage bijinya dikeluarkan, kite kan gunakan bijinye sahaja, kulitnya tidak digunakan dalam membuat serbuk kari ikan.

2.giling kesemua bahan atau blender sehingga menjadi serbuk, camparkan serbuk cili, kacau sebati dan siap untuk digunakan sebagai serbuk kari ikan.


Terima Kasih

Komen
0 Komen

Tiada ulasan:

Chef Gunawan a.k.a Chef Obie Copyright © 2015 Design by MaiGraphikDesign