CHEF OBIE & MGJ CONSULTANCY

CHEF OBIE & TEAM MGJ CONSULTANCY AKTIF MENGADAKAN KELAS / KURSUS MASAKAN PERNIAGAAAN DAN KOMERSIL POPULAR BERTESTIMONI SEJAK 2012 HINGGA KINI.
DI AMPANG , SELANGOR DAN DI BANGSAR KUALA LUMPUR.

MENJADI PILIHAN WARGA TEMPATAN , WARGA ANTARABANGSA DAN JABATAN KERAJAAN

MENJADI JURUCAKAP PELBAGAI PRODUK , PERUNDING F&B , PERUNDING MAKANAN , FOODSTYLIST , PENULIS JEMPUTAN / PHOTOSHOOT UNTUK MEDIA MASSA DAN ELETRONIK ,PERUNDING PENJUALAN HOTEL DAN RESORT JUGA PERUNDING HARTANAH DI MALAYSIA

HUBUNGI MGJ CONSULTANCY

017 2260719

017 2260719

017 2260719

email : mgjconsultancyfile@gmail.com & gunawan.jamil@gmail.com

obieber

Ahad, 2 Februari 2014

Spice Mixtures : Rempah Kari Daging Singapura

Sebelum ni Chef obie dah bercerite mengenai
rempah kari 7 lautan...

Hari ni nak berkongsi pula rempah kari dari temasik,
walaupun ianya tidak sepopular rempah kari tempatan,
tapi korang perlu tahu juge asal usul kari singapura ni...

Mengape kari ikan 7 lautan ni tak termasuk temasik atau singapura?

Macam ni citernye, para pedagang dulu suka pi pelabuhan Melaka –parameswara, juga pi pelabuhan majapahit tapi bukan tak lalu temasik ,hanya temasik bukan tempat dagangan utama waktu itu, jadi rempah ratus ni sampai cume tempiasnye tu lambat sedikit, dan citarase dalam membuat serbuk kari juga berbeza disebabkan pedagang dan penerimaan citarasa orang temasik.Jadi kite boleh panggil serbuk kari daging Ala Singapura juga serbuk kari ikan Ala singapura, Ianya masih mengekalkan citarasa kari tersendiri dan agak klasik juge autentik gitu…
korang perlu tau juge cara memasak dan cara membuat rempah kari singapura ni,supaya tahu perbezaan dalam citarase.Baru world.. boleh jadi chef yang disegani..semua kena ambil tau…nanti bie sharing rempah ratus benggali pulak atau asas rempah ratus masakan orang sikh.



Resepi Serbuk Kari Daging Ala Singapura

( menghasilkan 20 sudu besar rempah )

Bahan

6batang Cili Kering
12 sudu besar Biji Ketumbar
2 sudu besar Jintan putih
2 sudu besar Jintan Manis
4 sudu kecil Lada Hitam
2 inci Kulit Kayu Manis
8biji Pelaga Hijau atau pelaga biase
12 biji Cengkih
4 sudu kecil Serbuk Kunyit


Cara membuat

1.Sangai kesemua bahan kecuali serbuk kunyit.pastika pelage biji didalam shaja diambil.
2.apabila telah disangai, sejukkan sebentar sebelum bahan digiling @blender sehingga halus . Kemudian baru campurkan serbuk kunyit kacau rata, siap.Boleh lah digunakan untuk memasak kari daging singapura.


contoh rempah kari singapura yang sedia ade di pasaraya, gambar courtesy google

Terima Kasih

Komen
0 Komen

Tiada ulasan:

Chef Gunawan a.k.a Chef Obie Copyright © 2015 Design by MaiGraphikDesign