Nota Cinta Rakyat Biasa
Bismillahirahmannirrahim,
Assalammualaikum wbt ,
Pasti Rakyat Malaysia Dikejutkan dengan Isu Hari ini,
Chef bukan orang politik mahupun pendebat politik..chef bukan bijak berbicara tentang politik.Cuma sebagai rakyat Malaysia yang biasa-biasa dan ada sikit naluri ingin berkongsi pendapat sebagai rakyat.. bukan sebagai ahli politik atau pendebat politik.Maklumlahlah kita kan rakyat biasa.. yang perlu berdikari untuk meneruskan kelangsungan hidup...bersusah payah memikirkan untuk menghadapi pelbagai isu dari " kepandaian pemerintah yang sedia ada."
Fahami betul-betul- " kepandaian pemerintah yang sedia ada "ini dari kacamata seorang chef sebagai rakyat biasa...
Bukan bermaksud memerli atau menghina cara pemikiran dan tindakan pemerintah yang sedia ada ini, tapi fahami dari perspektif diluar daya kotak pemikiran kita sebagai pemerintah yang telah diberi amanah dan kepercayaan rakyat yang telah memilih mereka yang berkelayakan untuk mentadbir negara yang diCintai ini.
Pemimpin atau pemerintah perlu bijak dan cerdik, kepandaian dan pengaruh sahaja tidak cukup.Ingat sokongan rakyat kepada anda tidak berbelah bahagi sebelum ini , janganlah anda kecewakan.
Bagi chef sebagai rakyat biasa pasti terkilan , terfikir dan terpaksa memikirkan banyak benda yang tak sepatutnya difikirkan pun sebelum ini.
Jadilah pemimpin yang memimpin.
Pemimpin yang baik adalah yang mengutamakan orang bawahannya- bawah pimpinannya, dan paling utama ialah keadaan Rakyatnya.
Tidak ramai rakyat Malaysia yang mampu berdikari diatas kakinya sendiri tidak kiralah ianya melayu , cina , india , sikh mahupun kaum bumiputera walaupun kita sering dimomokkan berdirilah diatas kaki sendiri dan mampu berdiri dengan sendirinya dan tidak semua level confidentnya sama seperti golongan sedia ada hebat seperti level educate & skill yang seimbang EQ & IQ nya.
Sehinggakan pernah chef berharap akan hadir insan-insan seperti Tun Mahathir dan Tun Daim Zainuddin mungkin hingga 20 orang banyaknya..itu pun dah lebih dari cukup untuk memacu negara dan tidak mustahil memimpin dunia .Pasti mustahil..sekadar berharap..tiada apa-apa akan berlaku.Jangan gelak.!
Kerisauan mengenai senario politik dalam negara pada chef ia membimbangkan.Ini pendapat rakyat biasa macam chef bukan orang politik.
Tidak ingin melihat pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab akan mengambil kesempatan dari kepincangan dalam pentadbiran kerajaan.Tidak ingin melihat kehancuran negara perlahan-lahan tanpa disedari.Kerana apabila Sesebuah Kerajaan Negara telah ditumbangkan oleh rakyatnya, adalah mustahil untuk kembali seperti keadaan sediakala.Penyesalan kemudian tidak berguna.
Tidak ingin melihat parti politik baru pula muncul atau ideologi baru muncul akibat isu hari ini,Walaupun tidak mustahil boleh berlaku.Jika ianya berlaku ,akan bertambahlah lagi perpecahan orang melayu dan rakyat yang lain.Ingat ini pendapat rakyat biasa seperti chef bukannya pendapat ahli politik.
Apa yang terjadi hari ini tetap menjadi sejarah kita Malaysia,
YBHG TAN SRI DATO' HJ MUHYIDDIN HJ MOHD YASSIN sebagai mantan TPM,
Anda telah membuka pandangan dari mata chef, anda seorang yang tenang , cerdik dan bijak dalam menerima perletakkan jawatan TPM dengan redha.Harapan chef janganlah ianya berakhir sampai disini.Teruskanlah kesetiaan anda ,perjuangan anda , amanah anda setia bersama UMNO demi memperkukuhkan lagi keyakinan orang melayu dan rakyat.
Mesej kerdil daripada chef obie kepada rakyat Malaysia , tidak kira melayu , cina ,india , sikh , bumiputera dan lain-lain
Tidak kisahlah kamu dengan ideologi dan pendirian kamu nak berparti apa pun, selagi ianya tidak mengundang lebih barah dalam negara itu sudah memadai.
Chef bukan fanatik dengan parti dan chef juga bukan ahli PEMUDA Umno & BN , tapi chef tetap mengundi BN. Chef mengundi di Bukit Bintang KL , sepanjang chef mengundi pun tidak pernah chef berkubu di dalam kubu kawasan BN bukit Bintang apatah lagi di sogok atau diberi duit kopi, tidak pernah walau sekali.Ia nya dari dalam diri chef sendiri tanpa ada paksaan.Chef ada pendirian dan tanggungjawab sebagai rakyat biasa.
Sokongan chef semenjak mula mengundi tetap tidak berbelah bahagi terhadap apa sahaja yang pihak kerajaan BN & UMNO rancangkan.Chef tidak ingin melihat pecah belah sesama melayu Islam.Apa yang chef inginkan kesatuan melayu & memastikan ketuanan orang melayu tidak hanya tinggal sejarah.
Mohon maaf kepada PM, chef juga berhak berbicara seperti orang lain juga tentang keadaan isu dalam negara.
Teruskanlah dengan perancangan terbaik anda untuk negara,Selamat Maju Jaya
"Negara Demokrasi Rakyat Bebas Bersuara"
.
Yang Benar ,
chef obie "sayangkan Malaysia".