CHEF OBIE & MGJ CONSULTANCY

CHEF OBIE & TEAM MGJ CONSULTANCY AKTIF MENGADAKAN KELAS / KURSUS MASAKAN PERNIAGAAAN DAN KOMERSIL POPULAR BERTESTIMONI SEJAK 2012 HINGGA KINI.
DI AMPANG , SELANGOR DAN DI BANGSAR KUALA LUMPUR.

MENJADI PILIHAN WARGA TEMPATAN , WARGA ANTARABANGSA DAN JABATAN KERAJAAN

MENJADI JURUCAKAP PELBAGAI PRODUK , PERUNDING F&B , PERUNDING MAKANAN , FOODSTYLIST , PENULIS JEMPUTAN / PHOTOSHOOT UNTUK MEDIA MASSA DAN ELETRONIK ,PERUNDING PENJUALAN HOTEL DAN RESORT JUGA PERUNDING HARTANAH DI MALAYSIA

HUBUNGI MGJ CONSULTANCY

017 2260719

017 2260719

017 2260719

email : mgjconsultancyfile@gmail.com & gunawan.jamil@gmail.com

obieber

Ahad, 8 November 2015

Berita OMG : Fenomena Doktor Kacak , Ustaz Tegur

Fenomena doktor kacak: Ustaz tegur sikap wanita Islam

Fenomena doktor kacak: Ustaz tegur sikap wanita Islam
Wanita di Malaysia tiba-tiba sahaja menjadi obses dengan seorang doktor muda. - Gambar hiasan
BEBERAPA hari ini, rakyat Malaysia heboh berbicara tentang seorang doktor pakar sakit puan yang dijemput menjadi tetamu sebuah stesen radio.

Apa yang menjadi perbualan adalah ketampanan doktor tersebut dan bagaimana tiba-tiba sebilangan wanita di Malaysia menjadi obses dengannya.

Ramai wanita yang memuji kesempurnaan fizikal doktor muda berusia 27 tahun, malah ada juga yang tanpa segan silu memberitahu sanggup membuat apa sahaja untuk mendapatkan doktor berkenaan menguruskan mereka bersalin.

Lebih mengejutkan, mereka yang melontarkan kata sedemikian di laman sosial terdiri daripada wanita Islam.

Justeru tidak hairanlah apabila perkara itu mendapat perhatian beberapa tokoh agama.

Di laman Facebook, seorang ustaz dengan nama Hafez Sabri membuat teguran terbuka terhadap wanita berhubung perkara ini.


FB Hafez Sabri
Keratan status Facebook Hafez Sabri.

Antara yang disebut Hafez adalah bagaimana Islam mengangkat darjat wanita begitu tinggi, namun kerana kurangnya adab dan tiadanya rasa malu, semua kemuliaan itu dikorbankan begitu sahaja.

Hafez turut menegur doktor terbabit supaya bukan sahaja mengamalkan sikap profesional, tetapi juga meletakkan hukum Allah sebagai asas dalam setiap pekerjaan dan tindakan.
Juga dikenali sebagai penceramah bebas, Hafez juga meminta agar syarikat penyiaran di Malaysia memberi penekanan kepada aspek maklumat yang ingin disampaikan dan tidak hanya memfokuskan kepada matlamat berhibur semata-mata.

Status yang dimuat naik semalam itu telah menerima lebih 22 ribu likes dan lebih 9 ribu perkongsian.

Kredit : Astro Awani


Terima Kasih

Komen
0 Komen

Tiada ulasan:

Chef Gunawan a.k.a Chef Obie Copyright © 2015 Design by MaiGraphikDesign