Obielicious

BENGKEL SENI MASAKAN PERNIAGAAN BERSAMA CHEF OBIE - KEK/COKLAT/3D/BROWNIES/COOKIES/ENERGY BARS ( 28 OKTOBER 2017 - Sabtu ) - Whatsapp 0172260719 / 016 9166010 ( HOT ! ) KELAS MASAKAN DAN BAKING PERSENDIRIAN + TESTIMONI PELAJAR ( HOT !)

FILE KIT + CD ROM PELBAGAI PERNIAGAAN BERASASKAN MAKANAN serta TESTIMONI PELANGGAN .

( hot ! ) 24 EBOOK MASAKAN , KEK ,PASTRI DAN BAKERI CHEF OBIE UNTUK MALAYSIA , SINGAPURA , NEGARA BRUNEI DARUSSALAM & INDONESIA SILA WHATSAPP SEGERA 0172260719 FREE 3 EBOOK ( Harga dlm Ringgit Malaysia )
( hot ! ) PENULIS JEMPUTAN MAJALAH MASAKAN TEMPATAN & PHOTOSHOOT UNTUK MAJALAH & MEDIA MASSA / ELETRONIK

Tempahan Katering Untuk Pelbagai Majlis / Pejabat & sebagainya - SKY CHEF & KHUZRASA Katering Kuala Lumpur Hubungi Segera chef obie 017 2260719 , Puan Khurzaidah 019 6460409 Call @ whatsapp

bE mY Heartbeat..!

Rabu, 20 Julai 2016

Menu Open House : Resepi Dodol Tradisional 100 kg

Resepi dodol Tradisonal ini bukan resepi milik chef obie tetapi milik saudara Mohd Khairi ,
Alhamdulillah ada juga yang macam chef obie ni suka berkongsi resepi yang jarang-jarang orang nak kongsikan. Apa pun pic -pic menarik dan resepi adalah daripada beliau...semoga ada manfaat bersama...InshaAllah

Boleh follow & LIKES chef obie di 

IG : chef_obie_official

Page: smallplate by chef obie



RESEPI DODOL TRADISONAL 100KG


50 kilogram gula melaka

27.5 kilogram tepung pulut

50 kilogram santan kelapa segar

4 genggam garam

4 gayung air


Yang di atas ni adalah kandungan bahan dalam 

sebuah kawah dodol yang boleh menghasilkan 

sebanyak 100 kg dodol masak.

Nisbah dodol| 1 kg tepung pulut : 2 kg santan kelapa

 : 2 kg gula melaka

Ini resipi ciptaan bapak aku, rasanya tak ada orang lain yang buat dodol letak garam. Eh! tak masin ke? menurut bapak aku, garam ini akan memberikan rasa lemak terhadap dodol tersebut. Senarai bahan yang di atas tu kalau tak silap boleh menghasikan lebih 100 kilogram (1 kawah).

Cara-cara nak buat dodol?jom sini aku cerita serba ringkas:
1) Tuangkan air sebanyak 4 gayung ke dalam kawah beserta dengan gula melaka yang 50 kilogram tadi. Biarkan gula tadi mencair dan pekat.
2) Sambil menunggu gula tadi mencair dan pekat, bancuhkan tepung pulut beserta dengan santan kelapa. 
3) Setelah gula tadi pekat, masukkan bancuhan tersebut dan kacau sehingga adunan dodol tadi menjadi semakin berat.
4) Tunggu sampai dodol masak (ikut citarasa sendiri) dan sedia untuk dibungkus.

Gula melaka yang bapak aku guna sebenarnya bukan gula melaka yang betul-betul dari Melaka tapi dripada Sungai Balang, Muar. Gula tu diperbuat dari gula putih kalau tak silap dan melalui beberapa proses sebelum menjadi gula melaka katanya..

Jam yang pertama selepas bancuhan tepung tadi dimasukkan ke dalam kawah yang mengandungi gula melaka, kita kena kacau tanpa henti sebab dalam 1 jam yang pertama tu potensi dodol untuk hangus/hangit adalah sangat tinggi. 

Lepas 1 jam tu, kau boleh la tidur-tidur ayam, nak layan movie kat laptop ke, buat kerja lain pun boleh. Api kena pastikan tidak menyala sebab kalau menyala besar, mesti dodol akan hangit sedikit di bahagian dasar kawah. Aku waktu buat dodol ni sempat tidur, buat persiapan raya, buat lantern,tulis kad raya, menulis di blog dan yang aktiviti kegemaran terbaru sekali, layan cerita di tonton.com. 




Ini salah satu kawah yang boleh menghasilkan dodol sebanyak 100 kilogram. Waktu ni kalau tak silap dah nak masak dodol ni. Cuba korang pegang pengacau dodol dan kalau gagah, cuba kacau. Kebanyakan pelanggan yang datang ke rumah dan cuba mengacau, mereka kata sangat berat dan sakit tangan. 

Okay berdasarkan gambar di atas lagi, kalau anda perasan bangsal di belakang pokok keladi tu sebenarnya ada lagi 1 kawah dodol yang jalan serentak. Yang tu aku yang jaga. 2 minggu kami buat 2 kawah sehari, hari cuti adalah Jumaat.


Foto sebelah ni waktu aku dengan mak aku sama-sama menggaul tepung pulut dengan santan. Tepung pulut ni tak akan larut sepenuhnya dengan santan ni jadi selepas agak-agak tepung tu dah bercampur dengan sebati bersama santan, kita perlu menapisnya bagi menghancurkan ketulan-ketulan tepung yang tak hancur semasa diadun menggunakan tangan tadi. Pakai tapis biasa sahaja dan lumatkannya guna senduk sampai hancur. Dah halus, barulah boleh masukkan dalam kawah yang berisi gula masak tadi. Waktu masukkan dalam kawah ni kena barhati-hati sebab mungkin ada percikan gula masak terkena kaki yang boleh menyebabkan luka. Kira macam asid juga, boleh mengakis kulit kita. Makumlah, gula masak dan panas pula tu. Mak aku dah kena, dan lepas tu kami semua pakai kasut tinggi yang boleh menutup kaki. 

Kami bermula sibuk dengan aktiviti membuat dodol adalah pada minggu ke 3 Ramadhan. Waktu tu pagi-pagi selepas subuh bapak aku dah sibuk mengambil santan segar di pekan. Kami tak guna kelapa sendiri sebab makan masa sangat. Sementara bapak aku ambil santan, aku dan mak aku di rumah bersedia memasak gula melaka. Dan kesimpulannya waktu pagi kami amatlah sibuk sehingga beberapa panggilan telefon kami tak angkat sebab masing-masing sibuk dengan proses membuat dodol.


Kalau dah macam ni rupa dodolnya, maksudnya hampir masak tapi biasanya jam 6.00 petang kami dah siap-siap untuk membungkus dodol ni, maksudnya dah masak la kan. Tapi kalau nak lagi elok/ nak dodol tahan lama bolehlah sambung lagi sampai ke malam. Semuanya bergantung kepada kemampuan masing-masing.





Pilihan kayu yang digunakan adalah daripada kayu getah dan rambutan. Tapi kan bagi aku kedua-dua kayu ni menghasilkan asap yang memedihkan mata. Lagi-lagi kayu getah. Tapi nak buat macam mana kan, kayu getah paling banyak, pakai je la.



Biasanya lepas zohor aku dengan bapak aku bergilir-gilir waktu tidur. Maklumlah, malam nak terawikh, kang nanti ada yang tumbang. Selalunya bapak aku tidur 1 jam sahaja tapi aku yang paling lama, jam 3 petang tidur sampailah jam 5 petang baru bangun. Tamak betul! kesian bapak aku kacau sorang-sorang 2 kawah. Tapi bukannya kena sentiasa kacau pun. Siap boleh kopek kelapa lagi tu.


Dah sejuk, barulah dodol ini boleh dibungkus dalam bungkusan plastik sahaja tanpa sebarangtrademark. Tahun ini agak pelik sedikit sebab kebanyakan dodol yang dihasilkan dah berkulat sebelum tempohnya. Tak tahu kenapa tapi mungkin disebabkan santan yang bercampur dengan air agaknya. 


Alhamdulillah hasil tahun ini memberangsangkan dan sasaran bapak aku untuk balik modal tercapai juga.. dan hajat aku pun tercapai .. (^___^). Hari terakhir kami kacau dodol adalah hari Sabtu tapi kami buat 1 kawah sahaja sebab masing-masing dah sibuk dengan persiapan raya. Dan buat pertama kalinya tahun ini semua kuih raya dan kerepek kami beli, mak aku tak sempat nak buat. Gila! memecah rekod yang selama ini keluarga aku tak pernah buat. 


Okay itu sahaja yang aku nak kongsi dengan korang semua hari ini. Semoga gigih membaca entri yang panjang ini.


Terima Kasih

Komen
0 Komen

Tiada ulasan:

Chef Gunawan a.k.a Chef Obie Copyright © 2015 Design by MaiGraphikDesign