CHEF OBIE & MGJ CONSULTANCY

CHEF OBIE & TEAM MGJ CONSULTANCY AKTIF MENGADAKAN KELAS / KURSUS MASAKAN PERNIAGAAAN DAN KOMERSIL POPULAR BERTESTIMONI SEJAK 2012 HINGGA KINI.
DI AMPANG , SELANGOR DAN DI BANGSAR KUALA LUMPUR.

MENJADI PILIHAN WARGA TEMPATAN , WARGA ANTARABANGSA DAN JABATAN KERAJAAN

MENJADI JURUCAKAP PELBAGAI PRODUK , PERUNDING F&B , PERUNDING MAKANAN , FOODSTYLIST , PENULIS JEMPUTAN / PHOTOSHOOT UNTUK MEDIA MASSA DAN ELETRONIK ,PERUNDING PENJUALAN HOTEL DAN RESORT JUGA PERUNDING HARTANAH DI MALAYSIA

HUBUNGI MGJ CONSULTANCY

017 2260719

017 2260719

017 2260719

email : mgjconsultancyfile@gmail.com & gunawan.jamil@gmail.com

obieber

Sabtu, 29 Oktober 2016

Nota Hari Ini : Cuba Mendisiplinkan Diri & Resepi Maruku Cheese Mixed

*chef ingin ucapkan kepada anda yang menyambut DEPAVALI..
Happy Diwali...

NOTA HARI INI : CUBA MENDISIPLINKAN DIRI

Tajuk diatas bukan menunjukkan diri kite yang sebenar ,
tersenyum sebentar , bukan diri ini tidak berdisiplin , disiplin terlalu global maksudnya , 
Disiplin yang chef maksudkan ini - lebih kepada kategori DIET .

DIET mengapa pula dengan isu DIET ?
Chef terkesima dengan isu diet pada diri chef sendiri ,
kerana positif dalam karier mahupun aktiviti-aktiviti
yang membina jati diri sendiri chef tidak persoalkan lagi. Memang positif dan 
berdisiplin . Tetapi isu penjagaan diri dalam pemakanan yang sihat 
chef agak longgar dan senang kata tidak berapa mementingkan disiplin! 
Memang teruk ! Walaupun chef belum dikategorikan sebagai obesiti .

Gaya hidup dan karier mempengaruhi cara pemakanan terkini chef.
Contohnya-

530 Pagi - Bangun Dari Tidur , mandi dan bersiap untuk ke bandaraya ( kadang chef bangun minum segelas air kosong , kadang boleh pulak minum air berkarbonat dalam peti sejuk- amalan yang teruk ni ) Sambil tu sempat sediakan makan untuk kucing kesayangan.

550 pagi - Chef bergerak ke Bandaraya, subuh di sana ( di HQ CIMB ) chef nak puji surau yang disediakan , amat-amat selesa . 

700 pagi - Chef bersama teman akan memilih menu dan sarapan pagi,lokasi berbagai asalkan sempat sampai office masing-masing.
Pilihan dibelakang The Weld - Penjaja Nasi Lemak , Nasi goreng , Pasta , Bubur Dan Pelbagai pilihan minuman.Selain itu - KFC jalan Raja Laut , Old Town White Coffe HQ CIMB , Kedai Pak Hassan Kg Baru , Nasi Lemak Pak Wanjo Kg Baru , Pilhan dalam Hap Seng Building , Sugar Bun , Cafe , Dan lain-lain lagi.
( agak berat juga pilihan sarapan pagi chef )







830 pagi- Masing -masing bergerak ke office, chef di office mobie..pilihan di tenagh bandar KL, ber WIFI , walaupun dah lespas breakfast, order coffer atau tea semestinya. Paper work & updated status di IG dan FB , selain itu dalam blog kesayangan inilah, 

1030- chef akan bergerak ke Amapang atau ke cheras- ( cheras lokasi kitchen katering chef , ampang rumahku syurga ku )
Sekiranya tiada meeting dengan clients balik ke rumah ku syurgaku.Sekiranya fully schedule chef- dari office mobile akan terus sibuk ke lokasi job & sebagainya. Jika ada photoshoot dengan media pulang awal , sebab biasa shooting chef suka bermula awal pagi seawal 1030 pagi, paling lewat shooting pukul 12 tengah hari.

disetiap perjumpaan chef sama ada dengan teman-teman , clients , staff , wartawan dan sebagainya , pasti akan dimulakan dan berakhir dengan makan dan minum. Itu memang amat chef titik beratkan kerana budaya memuliakan tetamu , teman , rakan dan saudara termasuk client. Jemput minum dan makan bukan perkara pelik bagi chef , cuma tidak sedap hati jika tetamu kite juga ajak sekali . Bila kita menolak adalah tidak manis.

Solutionnya - chef tetap buat seperti biasa menghargai dan memuliakan tetamu, Yang penting diri chef sendiri , chef perlu sediakan untuk chef menu yang berdiet, minum air pun kosong dan dikawal, yang penting tetamu menikmati hidangan seperti biasa sekurangnya chef tetap makan bersama tanpa mengecil kan hati pihak yang lain. ok kan...

chef tidak ceritakan sepenuh rutin chef ,rutin yang chef kongsikan kan itu hanya sebahagaian dan setiap pagi Isnin hingga Jumaat,  boleh bayangkan keluar gelap  kebiasaannya chef akan sampai rumah juga gelap, ITU BARU BAHAGIAN MAKAN DAN MINUM WAKTU PAGI - chef belum cerita gaya pemakanan pada waktu tengah hari , petang , malam , pagi-pagi buta...hahahaha
Manakala program chef apabila malam hari- chef perlu bersedia ajelah dengan meeting urgent dengan pengarah jabatan mahupun kementerian, mahupun dengan event planner dan sebagainya huuuu tapi ini adalah rutin pengalaman chef dan chef suka tanpa mengeluh.Ujian nya adalah..asal berjumpa pasti ada makan dan minum.

esok chef nak kongsikan menu diet yang sesuia untuk kite mulakan DIET SIHAT bersama, 
jika anda nak join bersama- jom updated status bersama juga.Sama ada di blog ini , FB mahupun IG

chef hari ini di rumah mak abah chef di Telok Panglima Garang. Bersama anak buah yang keletah !

selain itu chef obie ingin kongsikan RESEPI MARUKU CHEESE MIXED 
sempena kawan-kawan yang menyambut Happy Diwali


MARUKU CHEESE MIXED

Bahan Utama

1 Bungkus@paket TEPUNG PULUT
100 gm cream cheese/cheedar kraft / cheese block
100 gm Gula Aising
3 biji Telor
2 sudu besar Serbuk Stok Ayam @ perasa
180 gm Air sejuk

*1/2 paket kacang hijau goreng
Suku cawan Kacang Tanah goreng 

Cara Penyediaan :

1.Satukan ke semua bahan dalam mangkuk,Uli sehingga sebati dan menjadi doh.

2.Masukkan doh maruku ke dlm acuan maruku dan goreng dgn api sederhana.

3.Siap goreng toskan,campurkan dengan kacang hijau goreng dan kacang tanah goreng.

4.Siap untuk dinikmati..nak guna untuk berniaga pun boleh.
Selamat Mencuba & Happy Depavali utk Anda yg menyambutnya.

Tips chef - Untuk menggoreng maruku sebaiknya menggunakan kuali India.Suhu kepanasannya setara & standard mengikut kemahuan tukang masak.


gambar courtesy : google

kuali India - gambar courtesy google


Follow my IG : chef_obie_official
FB : chefobie untold

Terima Kasih

Komen
0 Komen

Tiada ulasan:

Chef Gunawan a.k.a Chef Obie Copyright © 2015 Design by MaiGraphikDesign