Obielicious

BENGKEL MASAKAN PERNIAGAAN POPULAR MASAKINI 3 "S" BERSAMA CHEF OBIE MASAKAN PANAS SIZZLING ( 30 SEPTEMBER 2017 - Sabtu ) - Whatsapp 0172260719 / 016 9166010 ( HOT ! ) KELAS MASAKAN DAN BAKING PERSENDIRIAN + TESTIMONI PELAJAR ( HOT !)

FILE KIT + CD ROM PELBAGAI PERNIAGAAN BERASASKAN MAKANAN serta TESTIMONI PELANGGAN .

( hot ! ) 24 EBOOK MASAKAN , KEK ,PASTRI DAN BAKERI CHEF OBIE UNTUK MALAYSIA , SINGAPURA , NEGARA BRUNEI DARUSSALAM & INDONESIA SILA WHATSAPP SEGERA 0172260719 FREE 3 EBOOK ( Harga dlm Ringgit Malaysia )
( hot ! ) PENULIS JEMPUTAN MAJALAH MASAKAN TEMPATAN & PHOTOSHOOT UNTUK MAJALAH & MEDIA MASSA / ELETRONIK

Tempahan Katering Untuk Pelbagai Majlis / Pejabat & sebagainya - SKY CHEF & KHUZRASA Katering Kuala Lumpur Hubungi Segera chef obie 017 2260719 , Puan Khurzaidah 019 6460409 Call @ whatsapp

bE mY Heartbeat..!

Isnin, 14 November 2016

Resepi Berasaskan Ayam : Ayam Beriani Masala ( Langkah Demi Langkah Bergambar )

Assalammualaikum wbt , 
Salam sejahtera netizen semoga hari Isnin ini 
memberi semangat yang berkobar-kobar memenuhi rutin harian 
anda di tempat kerja , rumah dan sebagainya.

Pagi ini chef obie ingin kongsikan satu masakan dari Rempah Beriani @ Buryani @biriani 
Iaitu RESEPI AYAM BERIANI MASALA



Jom ikuti Penyediaan Hidangan " AYAM BERIANI MASALA" Langkah Demi Langkah 
Dengan Mudah oleh chef obie






Bahan utama



1 ekor Ayam dipotong 12
4 sudu besar Minyak Sapi
3/4 cawan Bawang Holland + halia dikisar
1 biji Bawang Merah dimayang
3 ulas Bawang Putih dimayang
1 inci Halia diketuk
4 sudu besar Rempah Beriani Masala - Obie's Spice
2 sudu besar Tomato Puri
2 helai Daun Pandan diikat
1 cawan air atau air rebusan ayam
1@2 biji Tomato dipotong Wedges
1 kotak Santan kecil @ 1 tin Susu Cair ( optional )
3@4 btg Cili Kering
3 biji bunga lawang
1@2 btg Kulit Kayu Manis
1 sudu kecil Jintan Manis
5@6 biji Cengkih
1 sudu kecil Cardamon ( optional ) yg penting salah satu rempah sekawan ada sudah memadai.
2 kiub Pati Ayam
Gula & Garam secukup rasa



Ayam seekor dipotong 12

*dicuci bersih & pastikan ayam halal 😊




1- Panaskan minyak sapi , masukkan bawang merah , bawang putih dimayang,daun pandan,rempah sekawan.


2- Masukkan pula bawang holland+halia yg dikisar.


3.Pastikan sehingga naik bau mewangi dan bawang mayang menjadi garing kekuningan dan coklat.


4- Kemudian masukkan buah tomato dan tomato pure ( boleh juga letak di akhir masakan ) , pastikan kacau mesra .


5- Masukkan REMPAH BERIANI MASALA obie's spice.


6- Pastikan REMPAH BERIANI MASALA obie'spice digunakan ( Rempah Beriani Masala Homemade ini boleh dibeli melalui chef obie - 0172260719 )

Jangan lupa kacau rempah beriani sehingga pecah minyak



7- Masukkan ayam


8.Kacau mesra tumisan REMPAH BERIANI MASALA berasama ayam.


9.Masukkan 1 cawan air atau air rebusan ayam , biarkan ia mendidih dgn api yang sederhana.


10.Apabila ayam hampir empuk , masukkan santan atau susu cair ( pilihan & citarasa anda ), masukkan kiub pati ayam , gula dan garam secukupnya sebagai perasa.


Akhir sekali..anda sudah boleh menikmati hidangan AYAM BERIANI MASALA yang cukup enak dinikmati bersama - NASI BERIANI , NASI MINYAK , NASI TOMATO , NASI KABUL @ KABULI , NASI ARAB mahupun NASI PUTIH , 

Juga boleh dinikmati dengan Roti Benggali , pratha , canai , bom , capati , puri dan tosai.


Jangan segan Follow chef obie di
FB : chefobie untold
Page : smallplate by chef obie
IG :chef_obie_official
twitter :@chefobie_untold 


















Terima Kasih

Komen
0 Komen

Tiada ulasan:

Chef Gunawan a.k.a Chef Obie Copyright © 2015 Design by MaiGraphikDesign