Syukur Alhamdulillah , pagi untuk sahur ni chef dari ICU / CCU Hopsital Banting pukul 330 pagi bergerak dengan adik sebentar ke homestay Jalan Jonid Kanchong Darat. Niat nak berbuka bersama abah , kakak , abang dan anak buah...
korang kalau mencari pelbagai resepi-resepi dan menu menarik boleh ke link
Resepi & Menu Bazaar Ramadhan 2017
sebagai sokongan korang , chef akan beri 3 ebook PERCUMA YANG MELETOP & yang mendapat sambutan netizen !
Masuk berpuasa Ramadhan ke 3 ni, korang bolehlah mencuba RESEPI NASI LEMAK KUKUS POPULAR yang mudah , sedap dan simple pembuatannya gitew...chef kongsikan pagi ini supaya korang bolehlah buat petang nanti.
gambar courtesy google
Bahan Utama
1 kg Beras Biasa aje ( Korang tak perlu menggunakan beras yanag mahal dan bermutu tinggi cukuplah sekadar super 5 mahupun beras hancur )
2 liter Air
100 gm Santan kotak
1 sudu kecil Halba
3 helai Daun Pandan
3 sudu besar Minyak Masak
Garam & Gula sebagai perasa
Pengukus
Cara Penyediaan :
1.Cuci beras terlebih dahulu dan rendamkan beras denga 1 liter air , garam dan gula ( biar 15 minit )
2.Panaskan tempat pengukus dengan air yang mencukupi .Bahagian atas sila lapik dengan daun pisang atau jaringan plastik ( anda boleh beli dikedai hardware - ala yang buat pagar di kebun ..yang warna hijau tu )
3.Apabila air telah mendidih , masukkan beras yang telah direndam dengan air tadi ke dalam pengukus.Selerakkan beras diatas permukaan daun pisang atau jaringan plastik.Kemudian penutup pengukus ditutupkan.Biar 10 minit.
4.Selepas 10 minit korang perlu gembar gemburkan beras dan masukkan pula halba dan tuangkan lagi 1 cawan air atas beras.Penutup ditutupkan dan biarkan 10-15 minit lagi .
5.Santan dicampurkan dengan air , campurkan sedikit garam dan gula kemudian tuang ke dalam beras yang mula mengembang , masukkan juga minyak masak , gaul dan selerakkan .Tutupkan kembali penutup.
6.Korang selerakkan nanti sehingga nasi tanak dan menjadi cantik dan berbutir butir.
7.Apabila telah tanak , korang boleh alihkan nasi ke dalam bekas steel atau mangkuk plastik atau besen atau bekas nasi kayu .
8.kalau korang nak berniaga , nasi ni perlulah dalam pengukus bagi memudahkan korang jugak .
jangan lupa pulak sambal tumis ikan bilis dan condimentsnye...( condiments tu bahan sampingan seperti telur rebus , timun , kacang tanah goreng )
Bahan Utama
1 cawan Cili Kering Kisar
1 cawan Bawang Merah Kisar
100 gm Ikan Bilis yang telah dikopek ( digoreng dahulu dan ambil minyak bekas goreng untuk digunakan menumis nanti )
1 inci Belacan
1 sudu besar Asam Jawa ( yang korang perlu ramas dengan air , kalau asaam jawa adabi korang letak 1/2 sudu besar aje )
3/4 cawan Air
2 1/2 @ 3 sudu besar Gula
1 sudu besar Garam
Baki minyak menggoreng ikan bilis secukupnya
Cara Penyediaan :
1.Panaskan minyak dan tumiskan cili kisar dan bawang kisar sehingga pecah minyak ( gunakan api sederhana aje )
2.Masukkan belacan , asam jawa + air , biar ia mendidih , masukkan ikan bilis goreng kacau mesra dan biar seketika.
3.Perasakan dengan gula dan garam .
4.Kalau korang nak agak pekat atau kering ( penggunaan garam tu kurangkan sikit )
5.Kalau nak sambal tumis berkuah guna sukatan yang telah distandardkan ini okay..Selamat Mencuba Dan Selamat Berpuasa...
Jom sambil masak tu berzikir... Alhamdulillah , MashaAllah , SubhanaAllah
Sambil tu korang bolehlah jalan-jalan pada link yang chef beri ni
resepi-menu-bazaar-ramadhan
Sambil tu korang bolehlah jalan-jalan pada link yang chef beri ni
resepi-menu-bazaar-ramadhan