Obielicious

KELAS MASAKAN PERNIAGAAN POPULAR + TESTIMONI PELAJAR - Whatsapp 0172260719 / 016 9166010 ( HOT ! ) MENJADI PILIHAN BAKAL PENIAGA & USAHAWAN MAKANAN DI MALAYSIA , SINGAPORE, HONG KONG , MALDIVES , JEPUN , IRAN DAN INDONESIA.

FILE KIT + CD ROM PELBAGAI PERNIAGAAN BERASASKAN MAKANAN serta TESTIMONI PELANGGAN .

( hot ! ) DEMO MASAKAN,PENULIS JEMPUTAN, PHOTOSHOOT UNTUK MEDIA MASSA DAN ELETRONIK

Tempahan Katering Untuk Pelbagai Majlis / Pejabat & sebagainya - SKY CHE Katering Kuala Lumpur Hubungi Segera chef obie 017 2260719 , Puan Khurzaidah 019 6460409 Call @ whatsapp

bE mY Heartbeat..!

Rabu, 13 Jun 2018

Menu Hari Raya Pilihan Chef Obie : Masakan Filipina @ Philipines Iaitu Tilapia Dobu Dobu

Menu Hari Raya Pilihan Chef Obie : Masakan Filipina @ Philipines
TILAPIA DOBU DOBU ( PHILIPINES CUISINE )

Salam Ramadhan Dan Salam Syawal yang bakal menjelma tidak lama lagi, syukur Alhamdulillah diam tak diam hampir sebulan dah kite menjalani ibadah berpuasa.


Chef obie tergerak hati untuk berkongsi satu resepi mudah , menarik dan sedap, walau ia bukanlah menu popular rakyat Malaysia tetapi ia pasti memenuhi citarasa tempatan.Kalau tak percaya anda boleh mencubanya...Resepi orang berbahasa tagalog atau orang kabayan kalau kelasi kapal panggil. Pandai pun..menu orang filipina..mandanao sana !


Jom kite terus ke resepinya...



















Bahan
4 ekor Tilapia @ boleh ganti ikan laut - kembong, siakap,kerapu ,selar dan sebagainya
2 sdb Tepung Beras
1/2 biji Jus Lemon
2 potong Jeruk Masin ( dadu )
2 biji Bawang Merah kisar
2 biji Tomato ( dadu , isi asing masuk dlm bhn kisar )
3 ulas Bawang Putih kisar
1 genggam Cili Merah kisar
15 bj Cili API kisar
1 sdt Sos Ikan
4 sdb Gula Pasir
1/2 sdt Garam
1 biji Jus Lemon
Daun Bawang atau Daun Selasih

Cara Penyediaan :



















1.Lumurkan jus lemon,Tepung Beras Dan sedikit Garam pada ikan, Panaskan Minyak Goreng sehingga garing.

































2.Tumisan DOBU DOBU-panaskan Minyak,tumis semua bahan kisar,tumis sehingga pecah minyak Dan garing, masukkan tomato dadu Dan jeruk,gula,sos ikan,sedikit Garam atau perasa jika and suka,kacau mesra matikan api.Perahkan jus lemon.




3.Ikan yg telah digoreng susun dlm pinggan atau tray,tuangkan tumisan dobu dobu,taburkan dgn daun Bawang atau Daun Selasih, sebaik nya daun Selasih jika Ada.
Enak dinikmati dgn Nasi Putih. Okay...lepasni dah boleh jadi orang kabayan..( panggilan orang kapal kpd orang Philippines ) cam Liza Soberano atau hero tua Jericho Rosales dah boleh masak ala Tagalog mendanao ..I Like..
Selamat Mencuba






Terima Kasih

Komen
0 Komen

Tiada ulasan:

Chef Gunawan a.k.a Chef Obie Copyright © 2015 Design by MaiGraphikDesign