CHEF OBIE & MGJ CONSULTANCY

CHEF OBIE & TEAM MGJ CONSULTANCY AKTIF MENGADAKAN KELAS / KURSUS MASAKAN PERNIAGAAAN DAN KOMERSIL POPULAR BERTESTIMONI SEJAK 2012 HINGGA KINI.
DI AMPANG , SELANGOR DAN DI BANGSAR KUALA LUMPUR.

MENJADI PILIHAN WARGA TEMPATAN , WARGA ANTARABANGSA DAN JABATAN KERAJAAN

MENJADI JURUCAKAP PELBAGAI PRODUK , PERUNDING F&B , PERUNDING MAKANAN , FOODSTYLIST , PENULIS JEMPUTAN / PHOTOSHOOT UNTUK MEDIA MASSA DAN ELETRONIK ,PERUNDING PENJUALAN HOTEL DAN RESORT JUGA PERUNDING HARTANAH DI MALAYSIA

HUBUNGI

017 2260719 CHEF OBIE

016 9166010 P.A NESA

013 7326939 FAD KADEEN .

Follow Instagram @chef_obie_official & @mgj_consultancy

obieber

Rabu, 22 April 2020

#StayAtHome : RESEPI LAKSA JOHOR ORANG JOHORE - Chef Obie ( 6-7 Orang )

#StayAtHome 

RESEPI LAKSA JOHOR ORANG JOHORE - Chef Obie  ( 6-7 Orang )

Syukur Alhamdulilah , 

Chef Obie diberi kesihatan yang baik dan mampu untuk berkongsikan sedikit ilmu memasak hari ini , Terima kasih kepada anda yang sabar menunggu resepi " Laksa Johor Orang Johore " yang akan dikongsikan melalui blog dan juga Page FB : BAZAAR CHEF OBIE ( Kepada anda yang belum follow dan suka dengan aneka resepi masakan dan baking serta info-info menarik dunia masakan , Please klik , likes & Follow ) 

Bahan:

1 paket spageti (direbus terlebih dahulu) untuk laksa johor anda boleh rebus hingga over cook. Lagi Kembang Ia akan mampan dengan kuah dan mengenyangkan untuk anda yang ada anak-anak sedang membesar dan selera makan yang baik di waktu MCO/ PKP ini. 

Cara Rebus- Didihkan air dalam pot , letak 1 sdm garam dan 2 sdm minyak masak , setelah didih masukkan spaghetti , rebus hingga over cook , angkat toskan air nya tuang spaghetti ke dalam air sejuk+ais .Setelah spaghetti sejuk angkat toskan ,Sedia untuk dinikmati bersama kuah laksa johor yang bakal siap !


Bahan : 

700gm  ikan kembung  ( Boleh juga guna selayang @sardine / selar mata besar )
Setelah direbus buang tulang temulang ikan.
100 gm udang basah
1 sudu besar udang kering ( rendam dan cuci bersih )
2 biji bawang besar 
10-15 tangkai cili kering direbus dahulu
1/2 inci  halia
1/2 inci lengkuas
1 sdm serbuk kunyit kunyit hidup
1 sudu besar rempah kari ikan ( Adabi )
1 batang serai 
1 keping asam gelugur@ keping
1 1/2 cawan santan pekat
1 liter air Rebusan Ikan kembung
1 paket kerisik
4 sdm Gula Pasir
1 sdm Garam


Cara Penyediaan :


1.Satukan isi ikan yang telah direbus dan dibuang tulang ke dalam blender , masukkan udang sederhana , udang kering , bawang besar , halia , lengkuas  dan serai kisar hingga halus bersama air rebusan.


2.Tuangkan semua bahan kisar dalam pot atau periuk , masukkan asam keping , serbuk kari ikan ( Adabi ) dan serbuk kunyit , didihkan.


3. Masukkan santan pekat biarkan didih lagi . Kemudian giliran kerisik , perasakan garam dan gula ..


4. Masak sehingga kuah pekat dan sedikit berminyak di permukaan kuah , sila gunakan api kecil selama lebih kurang 45 minit hingga 1  jam. Lebih lama dimasak, kuah akan lebih tahan walaupun tidak disimpan di dalam peti sejuk.

 

Bahan sambal belacan Laksa Johor:

15 -20 btg Cili kering ( direbus terbih dahulu dan cuci )
3 inci belacan (dibakar)
1 sdm Gula  
4 biji limau kasturi @ 1 biji limau nipis ( perahan air sahaja )

 Cara Penyediaan :

* mesin atau tumbuk kesemua bahan dan hidangkan bersama kuah laksa.


Condiments Bahan sampingan :

8 biji limau kasturi belah tengah
1 biji timun (dihiris halus) bahagian alur tengah tidak digunakan
segenggam tauge segar
1 biji bawang besar dimayang
2 biji Cili merah dan hijau di mayang ( option jika tiada abaikan )
1 cawan Taugeh cuci bersih ( option jika tiada abaikan )
Sedikit daun kesum/daun selasih di hiris 

Alhamdulilah masanya untuk menikmati masakan orang johore , pasti aroma Kuah Laksa Johor yang menggoda membuatkan anda makan berulang kali.



Sedikit perahan Limau Kasturi menambahkan lagi lawanan rasa bersama kuah lazat , sambal belacan , condiments sampingan sebagai senjata wajib dalam hidangan ini dan spaghetti membezakan penggunaan mee yang berbeza berbanding laksa -laksa tempatan yang lain. Laksa johor dengan keunikan nya yang tersendiri. Setiap kali chef teringin memasak Laksa Johor pasti akan teringat arwah Mak menyediakan hidangan lazat ini untuk family.

Al Fatihah Dibaca Untuk Arwah Mak.





- kalau nak tahu Chef Obie adalah anak jati Johor , Dilahirkan di HBJB - Pantai Lido , dibesarkan di pasir gudang , masai dan johor bharu. Senangkata memang dari kecil dibesarkan di Johore sehingga usia 18 tahun sahaja sebelum chef obie tamat belajar dan merantau bekerja menimba pengalaman hidup di negara orang .


Chef Obie & MGJ CONSULTANCY telah aktif Semenjak 2012 hingga kini dan menjadi pilihan untuk memulakan perniagaan makanan mahupun untuk memperbaiki menu , resepi cara penyediaan  kepada meraka yang ingin memperbaiki perniagaan mereka.


Mengapa perniagaan berasaskan makanan menjadi pilihan nombor satu ? selepas perniagaan kecantikan , kesihatan , kosmetik dan pendidikan ? Ya , kerana mereka yang memilih jenis perniagaan ini adalah tergolong mereka yang terang hati dan bijak .Atas tiket keperluan dan permintaan yang sentiasa ada walau keadaan kegawatan ekonomi yang teruk dan mata wang yang tidak tentu turun naiknya mahupun ketika dalam peperangan.
Manusia sentiasa memerlukan makanan dan minuman untuk kelangsungan hidup !


Sesuatu yang positif dan peluang untuk berjaya adalah SAMA RATA , hanya PERBEZAAN seseorang yang lebih berjaya dalam perniagaannya kerana adanya ilmu dalam perniagaan yang diceburi mahupun ilmu pemasaran online dan offline yang praktikal dan terbukti berjaya.Mereka boleh menimba ilmu dengan coach-coach pemasaran mahupun mereka yang pakar dalam mengembangkan perniagaan secara online mahupun offline, Peri Pentingnya ialah menajamkan ilmu masakan perniagaan dan ilmu masakan komersil Pada Tahun 2020 ini ! 
Chef Obie & MGJ CONSULTANCY telah berjaya melahirkan beratus peniaga dan usahawan baru berdaya saing di merata Malaysia yang Tercinta malah juga di Singapore , Indonesia , Brunei Darussalam , Hong Kong , Maldives , Amerika Syarikat dan banyak lagi.
Malahan Chef Obie & team juga aktif mengadakan Kelas-kelas Masakan Untuk Warga Jepun Di Malaysia.


Hubungi MGJ CONSULTANCY
http://www.wasap.my/60169166010  Nesa Intan Payung


Antara Testimoni-testimoni pelajar kelas masakan perniagaan popular chef obie




FOODJAM
Bukit Rahman Putra
Sungai Buloh, Selangor

SAFHYD STEAK HOUSE
Jalan kubur tanah merah,berdekatan masjid ismail petra , Kelantan

SAFHYD STEAK HOUSE
No 48 , Jalan Nova u/5 ,
Subang Bestari 
Shah Alam

PAK MAON KITCHEN , Yan Kedah Darul Aman


MANGROOVE CAFE WESTERN FAMILY
370 , Jalan Tai Shin Jar
Kuching , Sarawak

RESTAURAN RONEY
Pusat Perniagaan Adnium
Bandar Bukit Beruntung , Bukit Sentosa & Klang

MAKAN SHACK
2186,G floor, Jln Bukit Minyak

Kawasan Perniagaan Asas Murni
Bukit Mertajam, Seberang Prai

SNOW BALL DANCE
Chef Pak Di, Melaka 

DESARU VIBE LOUNGE
No 19,Jalan Dato Jaafar 24/1 Taman Mutiara Desaru Bandar Penawar, Johor

MEEN PITSTOP 

Ulu Pulai, Gelang Patah , Johor ( Berdekatan Legoland Malaysia )
TAT NASI AYAM 
Desaru Bandar Penawar, Johor


DAPUR AISHAH
Wisma Central , Kuala Lumpur

THE GRINDER
Kajang, Selangor ( kiosk mengikut events )

FISH TAKE AWAY muhammadrauffnc
Tasek kenyir, Terengganu

NEVER BACK DOWN
Kedah Darul Aman

STEAKHOUSE
Kelantan

STEAKHOUSE WESTERN 
Penang

WESTERN BROTHERS
Johor

RESTORAN KUNING KUNYIT
Damansara Height , Kuala Lumpur

MALAYSIA CATERER
Texas, United State Of America

HOR RESTAURANT
Hong Kong , Republik Of China

DEE HOUSE RESTAURANT
Taman Bukit Rambai , Melaka

MERCIK CHAR KUEY TEOW
Parit Raja, Batu Pahat, Johor

BEST CHAR KUEY TEOW
Petaling Jaya , Selangor

CHAR KUEY TEOW
Kg baru, Kuala Lumpur

DAPUR LAILII
Kajang, Selangor

SATAY xxxxxx
Kajang, Selangor

SATAY MUADZAM
Pahang Darul makmur

CAKOI
Ipoh, Perak

Dan Banyak lagi testimoni-testimoni pelajar yang telah berjaya membuka perniagaan western food , juga katering , restauran milik sendiri di seluruh Malaysia , Sabah & Sarawak.



Terima Kasih

Komen
0 Komen

Tiada ulasan:

Chef Gunawan a.k.a Chef Obie Copyright © 2015 Design by MaiGraphikDesign