CHEF OBIE & MGJ CONSULTANCY

CHEF OBIE & TEAM MGJ CONSULTANCY AKTIF MENGADAKAN KELAS / KURSUS MASAKAN PERNIAGAAAN DAN KOMERSIL POPULAR BERTESTIMONI SEJAK 2012 HINGGA KINI.
DI AMPANG , SELANGOR DAN DI BANGSAR KUALA LUMPUR.

MENJADI PILIHAN WARGA TEMPATAN , WARGA ANTARABANGSA DAN JABATAN KERAJAAN

MENJADI JURUCAKAP PELBAGAI PRODUK , PERUNDING F&B , PERUNDING MAKANAN , FOODSTYLIST , PENULIS JEMPUTAN / PHOTOSHOOT UNTUK MEDIA MASSA DAN ELETRONIK ,PERUNDING PENJUALAN HOTEL DAN RESORT JUGA PERUNDING HARTANAH DI MALAYSIA

HUBUNGI MGJ CONSULTANCY

017 2260719

017 2260719

017 2260719

email : mgjconsultancyfile@gmail.com & gunawan.jamil@gmail.com

obieber

Isnin, 5 Mei 2025

Karipap

 KARIPAP - Chef Obie

Semoga kembali ceria kepada hati-hati yang sedih , hari ini Chef Obie nak berkongsi sedikit ilmu , mudah-mudahan ada manfaatnya bersama.Chef pilih tajuk KARIPAP , memang lah command sangat kuih ni , tapi anda pasti ada yang tak tahu juga jenis-jenis karipap dan asal usulnya


Semoga bertambah sedikit lagi ilmu hari ni yea..

Jom layan..

Karipap merupakan sejenis makanan yang popular di Malaysia,
Thailand dan Singapura. Ia terdapat dalam pelbagai perasa,
bergantung kepada inti di dalamnya. Bahan utama inti karipap ialah daging dan kentang.
Ubi kentang sering digunakan sebagai inti karipap,
adakalanya inti ubi keledek juga digunakan.
Nama karipap boleh dikaitkan dengan inti tersebut,
yang menggunakan serbuk kari sebagai bahan perasa.
Adakalanya sekarang, inti karipap boleh digunakan dengan lada hitam.
Isi ikan yang dibuat sebagai inti karipap, dikenali sebagai temosa.

Di Johor, karipap lebih dikenali sebagai epok-epok.
Dalam bahasa Inggeris pula ia dipanggil curry puff,
tetapi bezanya ialah bentuk curry puff tidak semestinya seperti karipap.
Juga, perbezaan dari segi pembuatan pastri karipap
dan curry puff tidak sama.
Lipatan pada atas karipap yang seperti satu corakan dipanggil kelim.
Kuih karipap juga merupakan kuih rasmi dalam mesyuarat kerajaan atau pun swasta.
Biasanya ia di sertakan dengan kopi dan teh o panas menyebabkan keadaan mesyuarat rasmi lebih ceria.

Karipap Daging

Karipap daging merupakan karipap berinti daging dari lembu dengan kentang. Karipap jenis ini merupakan inti karipap yang paling banyak dibuat di Malaysia. Pastri atau kulit karipap ini sama seperti karipap kentang. Inti kentang berlada hitam lebih enak dibuat dengan daging.

Karipap Ayam

Inti karipap ini ialah daging ayam bersama ubi kentang. Penggunaan bahan perasa serbuk kari lebih bersesuaian dengan daging ayam. Ia juga, merupakan pilihan karipap yang sering dimakan sebagai sarapan mahupun di kala waktu petang.

Temosa/Karipap Ikan

Temosa atau karipap ikan dibuat sama seperti karipap lain, tetapi ia mempunyai inti asas yang diperbuat daripada ikan yang digoreng kering bersama bawang dan isi kelapa muda. Rasanya lebih lemak dan tidak pedas.Terkenal di Pahang

Karipap Sardin
Karipap sardin merupakan karipap berinti ikan sardin dalam tin yang kerap digunakan sebagai inti karipap ini di Malaysia. Pastri atau kulit karipap ini sama seperti karipap kentang mahupun karipap daging. Bagi membezakan karipap jenis ini dicam atau dikenalpasti, kebanyakkan karipap sardin dibuat berbentuk jenis panjang atau pun bulat berbeza dengan karipap biasa yang berbentuk setengah bulat.

Karipap Pusing

Karipap pusing merujuk kepada kulit yang digunakan bagi menghasilkan karipap itu. Kulit karipap ini digelek berlapis-lapis dan akan menghasilkan corak berlapis-lapis yang cantik dan lebih garing.Karipap ini juga lebih sedap berbanding karipap yang lain kerana kulitnya yang lebih garing.Intinya dari keledek atau kentang dan bahan perasa dari serbuk kari.

Karipap mini

Karipap ini bersaiz kecil dari karipap yang ada. Kebanyakkan isi karipap ini diisi dengan serunding ikan.

Resepi Karipap Pusing Rangup Chef Obie

(KULIT LUAR)

Doh Minyak:-

350gm tepung gandum
30gm marjerin/ minyak masak
air ais+garam

Cara Membuat

1.satukan dan Gaulkan tepung bersama marjerin.
2.Kemudian, masukkan air dan garam sedikit demi sedikit.
3.Uli menjadi doh. agak2 kalau keras boleh ditambah air, kalau lembut sangat tambah tepung sikit


(KULIT DALAM)

Doh Marjerin:-

150gm tepung gandum+2sb tepung jagung
100gm marjerin

Cara Membuat :

1.Tepung dan marjerin digaul sebati hingga jadi doh,
2.Jika doh keras boleh tambah marjerin,jika lembut sangat tambah tepung sedikit.
3.kemudian, Doh bahagian dalam dibuat bebola kecil, kemudian balutkan dengan doh bahagian luar. Buat sehingga habis
Boleh double kan resepi.

Manakala untuk resepi Inti Karipap

Bahan

500 gm ubi kentang di buang kulit dan dipotong dadu kecil
3/4 cawan Air
1 paket Rempah Kari Ikan @ Daging 
1 Biji Bawang Merah ( kisar )
2 sudu besar Udang Kering
sedikit daun sup dihiris
4 sudu besar Gula pasir
3/4 sudu besar Garam
1 sudu kecil perasa atau stok pati ayam

Cara Penyediaan :

1.Panaskan minyak , tumiskan bawang dan udang kering sehingga pecah minyak, masukkan rempah kari.Kacau mesra dan masukkan air.

2.Masukkan kentang dan biar mendidih, kacau perlahan-lahan.

3.Apabila hampir mengering , masukkan gula garam dan stok,kacau sehingga megering, taburkan daun sup kacau sebentar dan matikan api. 

4.Sejukkan dahulu inti sebelum digunakan .Bagi mengelakkan karipap cepat basi atau rosak.

Anda boleh gunakan resepi karipap pusing ini untuk kegunaan anda sama ada untuk berniaga mahupun untuk keluarga.InshaAllah anda buat pasti menjadi,..




Chef Obie dalam slot Borak Kopitiam bersama 2 pengacara Zack Merican dan Muaz Mohamed dengan tema Rasa Antarabangsa Masakan Belanda pada Ahad 20 Mac 2022.

Sukacita Chef Obie kongsikan 6 Menu Masakan Belanda seperti Bitterballen , Dutch Buttercake , Hotspot , Dutch Oven Bread , Dutch Chocolate Mousse dan 'Demo' pada hari tersebut adalah Hussar Salad .







Chef Obie berpengalaman menyediakan menu antarabangsa seperti " Masakan Belanda " di era tahun 2001 / 2002 Karier Chef Obie bermula di Negara Belanda atau juga dikenali dengan Negara Holland atau Netherland. Kemudian kembali di Malaysia Chef Obie dilatih pula oleh 2 orang Sifu yang hebat iaitu Executive Chef William H Hewitt dan Executive Pastry Chef Golden Hand Mahmood untuk mendalami penyediaan masakan dan baking eropah- Belanda ini. Bersama mereka Chef Obie berpengalaman menyediakan hidangan masakan , pastry , bakeri dan konfeksi untuk VVIP luar negara mahupun tempatan .





Kembali kepada rasa antarabangsa Masakan Belanda Chef Obie. Tinggi harapan Chef Obie dan amat berharap penerimaan masyarakat tempatan Malaysia terhadap Masakan Belanda ini sama seperti penerimaan masakan barat yang lain seperti masakan itali , masakan uk dan us. Masakan Belanda popular dinegara jiran kita Indonesia, masyarakat umum faham akan sejarah Penaklukan Belanda di sana sehingga budaya masakan tempias dan mudah diterima. 



Chef Obie Pasti kebanyakan rakyat negara kita belum pernah menikmati hidangan Belanda ini. Cubalah menerima pelbagai menu dan hidangan Masakan Belanda sama ada melalui media internet mahupun hadir ke kelas masakan khas Belanda ini. Masakan Belanda ini mudah disediakan dan sedap ! tidak memerlukan herba-herba yang banyak mahupun sukar untuk dicari penyediaan bahannya. Anda WAJIB cuba makan , cuba masak dan cuba baking .

Chef Obie juga ada kongsikan Resepi DUTCH BUTTERCAKE di You tube OBtv , Ia mudah disediakan selain sedap dinikmati dan boleh dijadikan jualan kepada baker-baker online tempatan boleh selit menu baru ! Boleh juga dijadikan sebagai kek Raya tahun ini.

Kepada anak didik Chef Obie di Semenanjung , Sabah Dan Sarawak , Terima kasih kerana sejak tahun 2012 hingga kini telah membawa ilmu masakan barat dalam perniagaan masing-masing. Semoga kalian terus maju jaya dan teruslah menggali ilmu masakan dan perniagaan mengikut kesesuaian ekonomi dan negara.

Chef Obie AKTIF mengadakan 

1.KELAS / KURSUS MASAKAN PERNIAGAAN , BAKING DAN KOMERSIAL 

2.KURSUS/PROGRAM UNTUK BAKAL PESARA 


 Chef Obie / MGJ CONSULTANCY

email : mgjconsultancyfile@gmail.com / gunawan.jamil@gmail.com




Terima Kasih

Komen
0 Komen

Tiada ulasan:

Chef Gunawan a.k.a Chef Obie Copyright © 2015 Design by MaiGraphikDesign