Mengapa Bidang Masakan Perlu Menjadi Pilihan Pelajar?
Malaysia dikenali sebagai Syurga Makanan oleh pelancong dari seluruh dunia.
Kesedaran tentang nutrisi, kesihatan dan penyediaan makanan menarik semakin meningkat, mewujudkan permintaan tinggi dalam kerjaya ini.
Walau gawat ekonomi atau berlaku peperangan, manusia tetap perlukan makanan – permintaan sentiasa ada dan nilainya tinggi. Pakar kulinari amat diperlukan.
Menyokong perkembangan pesat industri hospitaliti di Malaysia dan dunia.
Industri makanan mampu menyatukan semua golongan manusia di bumi ini.
Membentuk pelajar lebih peka dalam mengurus dapur dan staf, sebahagian daripada seni kulinari.
Bidang kulinari di Malaysia ada kelebihan kerana menitikberatkan aspek HALAL dari penyediaan hingga hidangan.
Melahirkan tenaga kerja multitask dan modal insan terlatih.
Memberi peluang cerah untuk bekerja dan menimba pengalaman di serata dunia.
Dominasi profesional banyak oleh lelaki, namun wanita juga dialu-alukan untuk menyahut cabaran bersama.
Kerjaya kulinari bukan sekadar jadi chef hotel atau restoran – ia luas:
Dapur inflight penerbangan
Dapur private VVIP
Dapur pasukan beruniform
Central kitchen francais makanan
Pengusaha kantin sekolah, kilang, pasar malam, foodtruck, online food, gerai, food court
Tenaga pengajar, chef teknikal, penulis makanan, selebriti, perunding F&B dan banyak lagi.
Bidang ini sentiasa berkembang – pelajar boleh menambah ilmu dan peluang baharu mengikut minat serta keperluan industri.
Semoga bermanfaat untuk adik-adik yang baru menerima keputusan SPM/STPM atau baru selesai peperiksaan.
Berpengalaman luas dalam dunia kulinari – menyediakan pelbagai menu masakan tempatan dan antarabangsa, termasuk pastry, kek, bakeri & konfeksi untuk King Fadh Arab Saudi, Sultan Brunei serta VIP & VVIP Malaysia.
Anak didik kepada Golden Hand Executive Pastry Chef Mahmod dan Executive Chef William H. Hewitt (Wimbledon), dengan pengalaman mengurus serta memasak untuk sehingga 20,000 pax dalam industri F&B.
Sejak 2012, ratusan pelajar berjaya membina perniagaan makanan tempatan dan antarabangsa hasil bimbingan dan testimoni bersama Chef Obie.













