CHEF OBIE & MGJ CONSULTANCY

Executive R&D Chef | Austrian Dessert & European Cakes Pastries | Malaysian Heritage Cuisine | Multi Outlet Standardisation : CHEF MUHAMAD GUNAWAN a.k.a CHEF OBIE & TEAM MGJ CONSULTANCY Aktif Set Up Central Kitchen / Pembangunan Menu ( Baru & Upgrade ) / Standardize Resepi & SOP/ Mobile Cooking Baking Class / Konsultansi Isu Operasi & F&B


HUBUNGI

017 2260719

017 2260719

017 2260719

email : gunawan.jamil@gmail.com

obieber

Selasa, 30 Mei 2017

4 Ramadhan 1438H / 2017 Dan Resepi Talam Keladi Popular

gambar courtesy google

Terima kasih kerana sudi pagi-pagi subuh ni menjengah
blog bie ni, ape yang spesial hari ni?yang sepsel ialah puasa dah masuk hari yang ke empat, bie dari icu / ccu hospital banting berlari sebentar ke homestay Lorong Hj Jonid Kanchong Darat , Banting !
Tadi Alhamdulilah sempat bersahur ..lauk semalam aje , baki lauk jangan membazir... kite layan sup ayam dengan sambal kicap & teh o panas juge kopi minn kaffe oka kan heee...



Doakan mak bie kembali sihat macam selalu , mak chef di icu / ccu Hospital Banting


Bie akan sharingkan satu resepi kuih tradisional..
iaitu sejenis kuih talam....
resepi untuk berniaga atau untuk makan sendiri..
Bahan nak buat pun mudah nak dicari.. jadi ape lagi korang..
sila rujuk resepi dibawah ni..

Kuih Tradisonal


Resepi Talam Keladi Untuk Berniaga atau Untuk Family



Bahan



Lapisan Bawah



( A )



200 gm Tepung Beras ( Cap Teratai )

20 gm Tepung Ubi

1 ½ sudu kecil Garam Halus

300ml Santan Pekat

700ml Air



( B )



200 gm Keladi Ungu ( Keladi Cina )- Buang kulit, potong dadu , kukus dan timbang.

Cara membuat :

1.Bancuh ke semua bahan ( A ) dan tapiskan ke dalam periuk.

2.Kacau atas api hingga naik wap. Masukkan Bahan ( B ) kacau sebentar.

3.Tuang dalam Loyang dan kukus hingga masak.

* Lap atas kuih sekiranya terdapat lebihan air wap.


Lapisan Atas



100 gm Tepung Gandum

250 gm Gula Castor / Gula Halus

4 Biji Telur gred A / B

200 ml Santan Pekat

400 ml Air

¾ penutup Pewarna Violet / Purple


Cara Membuat

1.Campurkan semua bahan dan kacau rata, kacau rata supaya tepung tidak bergentil.

2.Tapis ke dalam periuk.Masak Hingga naik wap.

3.Tuangkan ke atas lapis bawah dan kukus lagi selama 15-20 minit.

4.Sekali – sekala tudung hendaklah dilap.

Tips :

Sila gunakan Loyang segiempat 10 inci x 10 inci untuk 1 resepi ini

Jika menggunakan Loyang 11 inci x 11 inci = gunakan 1 ¾ resepi

Jika menggunakan Loyang 12 inci x 12 inci = gunakan 1 ½ resepi

Gunakan plastik yang disapu minyak / marjeri dalam loyang – bagi memudahkan mengeluarkan kuih talam yang dikukus dalam Loyang, potong menggunakan pisauplastik @ pisau potong kek birthday.
Resepi Talam ini Chef Obie telah menggunakannya semenjak 2004 semasa chef obie berkhidmat di Kuala Lumpur Inflight Catering Services KLAS KLIA.Terima kasih kepada sifu chef obie yang berada di Bangi,beliau juge merupakan pensyarah di UKM pada waktu itu… terbaik.

Kepada anda yang sentiasa menyokong aktiviti dan kerja yang bie lakukan.Sila gunakan resepi ini sebaik mungkin, resepi ini sesuai untuk berniaga .Semoga kite same-same mendapat kebaikan.Enjoy!



Ops! Korang perlu alert sebab bie akan sharing resepi kuih tradisional untuk berniaga- koleh kacang , Kuih Lapis merah Putih , Kuih Lapis Kacang Merah dan Bahulu kemboja atau kuih bakar semuanya resepi telah distandardkan untuk para peniaga atau pembuat kuih tradisional, malah resepi ini juga digunakan di KLIA, Sepang untuk VIP. Jadi rajin-rajinlah lawati blog bie ni.Dalam pada tu korang boleh juga dapatkan pelbagai resepi kuih muih dan macam lagi lah..dalam ebook terhangat 2017 chef obie..gitew...sila scroll ke bawah lagi yea..


57 RESEPI MENU BAZAAR RAMADHAN POPULAR UNTUK TAHUN 2017

Setiap kali tibanya Bulan Ramadhan di Malaysia , Satu fenomena yang pasti nya akan melanda menghantui masyarakat untuk berbelanja atau membeli belah makanan kegemaran diluar kebiasaan .
Fenomena itu dipanggil 

 'BAZAAR RAMADHAN'

Setahun hanya sekali selama sebulan , dan paling dinantikan oleh masyarakat .Tidak terhad kepada mereka yang beragama Islam , mereka yang tidak menjalani ibadah puasa ini juga menantikan fenomena 'BAZAAR RAMADHAN', kalau tidak percaya cubalah hari pertama Ramadhan anda lihat pelanggan - pelanggan yang paling awal membeli, seronokkan...bila Madam Tan , Miss lim , Wong , Jegathesan mahupun Steven juga sibuk memilih juadah untuk dinikmati. nampak kemakmuran masyarakat di Malaysia ini.Syabas..

Kepada peniaga makanan dan minuman , ia merupakan 'LUBUK EMAS' dan bagaikan satu 'PARTY YANG PALING HAPPENING' yang wajib diteroka dan pasti akan membuahkan hasil yang lumayan selama sebulan InshaAllah !.Soal harga makanan mahal atau tidak , pada waktu itu ia bukanlah satu isu yang utama.

Pasti ada dikalangan bakal peniaga 'BAZAAR RAMADHAN' untuk tahun 2017 ini
SEDANG MENCARI-CARI IDEA APA YANG PALING SESUAI UNTUK BERNIAGA
DI BAZAAR RAMADHAN TAHUN 2017 ini ? 

Anda peniaga tetap setiap tahun di 'BAZAAR RAMADHAN' tapi ingin menambah KELAINAN dalam menu gerai atau tapak anda ?

Cuba lihat dan cuci mata dahulu gambar-gambar dan pemandangan suasana 
sepetang di 'BAZAAR RAMADHAN' pada tahun-tahun yang lepas...


*gambar-gambar courtesy google & milik persendirian






Menu kuih muih tradisional turut dikongsikan !




Boleh meleleh air liur dan menjadi lapar secara tiba-tiba ...
bila layan gambar- gambar 'BAZAAR RAMADHAN' tahun-tahun yang lepas ni , 
anda sudah ada idea? atau belum ada idea ?


Pelbagai kategori Menu dikongsikan - Pembuka Selera , Menu Utama , Manisan , Kuih Muih & Minuman...ingin tahu apakah resepi dan menu yang dikongsikan ?
Milikilah ebook 

'57 RESEPI MENU BAZAAR RAMADHAN POPULAR 2017'




Pilihan menu minuman yang segar dan menarik perhatian pelanggan turut dikongsikan dalam ebook ini.


Pihak sweetMEDIA@ telah bekerjasama dengan penulis buku " 57 RESEPI MENU BAZAAR RAMADHAN 2017 " yang merupakan penulis ebook pelbagai masakan pilihan netizen !
chef obie merupakan perunding gastronomy profesional dan pengusaha katering 
dan berpengalaman di 'BAZAAR RAMADHAN' Pandan Indah Kuala Lumpur , Bandar Baru Ampang , Selangor  & Taman Mulia Jaya , Selangor semenjak 2007 .
Berkongsi pengalaman dalam memilih menu-menu yang menjadi pilihan pelanggan.
Selain berkongsi RESEPI dalam ebook '57 RESEPI MENU BAZAAR RAMADHAN 2017'



menu-menu ikan bakar pasti tidak ketinggalan !







Anda perlu memiliki ebook ' 57 RESEPI MENU BAZAAR RAMADHAN POPULAR 2017 ' kerana ia
memberi anda idea menarik dan simple untuk anda mencuba dalam persaingan berniaga di 'BAZAAR RAMADHAN' kali ini.

Ia amat eksklusif , dan hanya setahun sekali juga ebook yang bertemakan 'MENU BAZAAR RAMADHAAN' dikeluarkan kepada netizen. 


Antara resepi menu yang dikongsikan dalam ebook kali ini ialah 'RESEPI CAKOI MUDAH DAN SEDAP' juga 'RESEPI BABY CAKOI' bersama 'RESEPI KAYA HOMEMADE PANDAN DAN KELAPA '

*gambar-gambar courtesy google & milik persendirian




Pilihan kali ini anda boleh cuba berniaga manisan iaitu Aga-agar dan puding pelbagai perisa yang enak dan menarik. Resepi agar-agar dan puding ini juga turut dikongsikan dalam ebook '57 RESEPI MENU BAZAAR RAMADHAN POPULAR 2017'

Miliki Sekarang ebook EKSKLUSIF 2017

'57 RESEPI MENU BAZAAR RAMADHAN POPULAR 2017'


*gambar-gambar courtesy google & milik persendirian


57 RESEPI MENU yang perlu anda cuba !

EBOOK EKSKLUSIF INI BEHARGA RM299.00 sahaja !

 p/s Walaubagaimanapun , Pihak sweetMEDIA & chef obie
telah membuat kata sepakat untuk TIDAK akan menjual pada harga ASAL iaitu RM299.00 seunit

YA ! BUKAN pada harga RM299.00  seunit

TETAPI PADA HARGA BARU RM90 sahaja untuk seunit

YA ! RM90.00 Sahaja

HARGA BERBALOI BALOI 
Anda TIDAK Perlu Hadiri ke KELAS-KELAS MASAKAN 
mahupun ke KELAS BAKING atau ke BENGKEL MASAKAN yang jauh dari lokasi anda !

Kini ebook akan mula dijual kepada pelanggan-pelanggan terawal 
sebagai TANDA TERIMA KASIH 

DAPATKAN SEGERA !

CARA PEMBELIAN 57 RESEPI MENU BAZAAR RAMADHAN POPULAR 2017

Sila Buat Pembayaran PENUH ke akaun pilihan anda 

1. MAYBANK 151409098193
2.CIMB 7619121286
3.BSN 14005-41-00008021-7

Atas Nama MUHAMAD GUNAWAN BIN JAMIL

whatsapp / sms info pembayaran  @ pembelian SEBAGAI BUKTI 


ke 



0172260719 

( chef obie & sweetMEDIA )





PENULIS : chef obie & sweetMEDIA
chef profesional / perunding gastronomi / penulis buku masakan - cupcake 3D pertama di Malaysia 




Terima Kasih

Isnin, 29 Mei 2017

3 Ramadhan 1438 / 2017 Resepi Nasi Lemak Kukus Popular Dan Sambal Tumis Ikan Bilis Mudah Dan Sedap Bak Hang !

Syukur Alhamdulillah , pagi untuk sahur ni chef dari ICU / CCU Hopsital Banting pukul 330 pagi bergerak dengan adik sebentar ke homestay Jalan Jonid Kanchong Darat. Niat nak berbuka bersama abah , kakak , abang  dan anak buah...




korang kalau mencari pelbagai resepi-resepi dan menu menarik boleh ke link
Resepi & Menu Bazaar Ramadhan 2017
sebagai sokongan korang  , chef akan beri 3 ebook PERCUMA YANG MELETOP & yang mendapat sambutan netizen !

Masuk berpuasa Ramadhan ke 3 ni, korang bolehlah mencuba RESEPI NASI LEMAK KUKUS POPULAR yang mudah , sedap dan simple pembuatannya gitew...chef kongsikan pagi ini supaya korang bolehlah buat petang nanti.

gambar courtesy google

Bahan Utama 

1 kg Beras Biasa aje ( Korang tak perlu menggunakan beras yanag mahal dan bermutu tinggi cukuplah sekadar super 5 mahupun beras hancur )
2 liter Air
100 gm  Santan kotak
1 sudu kecil Halba
3 helai Daun Pandan
3 sudu besar Minyak Masak
Garam & Gula sebagai perasa
Pengukus 

Cara Penyediaan :

1.Cuci beras terlebih dahulu dan rendamkan beras denga 1 liter air , garam dan gula ( biar 15 minit )
2.Panaskan tempat pengukus dengan air yang mencukupi .Bahagian atas sila lapik dengan daun pisang atau jaringan plastik ( anda boleh beli dikedai hardware - ala yang buat pagar di kebun ..yang warna hijau tu )
3.Apabila air telah mendidih , masukkan beras yang telah direndam dengan air tadi ke dalam pengukus.Selerakkan beras diatas permukaan daun pisang atau jaringan plastik.Kemudian penutup pengukus ditutupkan.Biar 10 minit.
4.Selepas 10 minit korang perlu gembar gemburkan beras dan masukkan pula halba dan tuangkan lagi 1 cawan air atas beras.Penutup ditutupkan dan biarkan 10-15 minit lagi .
5.Santan dicampurkan dengan air , campurkan sedikit garam dan gula kemudian tuang ke dalam beras yang mula mengembang , masukkan juga minyak masak , gaul dan selerakkan .Tutupkan kembali penutup.
6.Korang selerakkan nanti sehingga nasi tanak dan menjadi cantik dan berbutir butir.
7.Apabila telah tanak , korang boleh alihkan nasi ke dalam bekas steel atau mangkuk plastik atau besen atau bekas nasi kayu .
8.kalau korang nak berniaga , nasi ni perlulah dalam pengukus bagi memudahkan korang jugak .


jangan lupa pulak sambal tumis ikan bilis dan condimentsnye...( condiments tu bahan sampingan seperti telur rebus , timun , kacang tanah goreng  )
ni die RESEPI SAMBAL TUMIS IKAN BILIS MUDAH DAN SEDAP BAK HANG !



Bahan Utama 

1 cawan Cili Kering Kisar 
1 cawan Bawang Merah Kisar
100 gm Ikan Bilis yang telah dikopek ( digoreng dahulu dan ambil minyak bekas goreng untuk digunakan menumis nanti )
1 inci Belacan
1 sudu besar Asam Jawa ( yang korang perlu ramas dengan air , kalau asaam jawa adabi korang letak 1/2 sudu besar aje )
3/4 cawan Air 
2 1/2 @ 3 sudu besar Gula 
1 sudu besar Garam
Baki minyak menggoreng ikan bilis secukupnya 

Cara Penyediaan :

1.Panaskan minyak dan tumiskan cili kisar dan bawang kisar sehingga pecah minyak ( gunakan api sederhana aje )

2.Masukkan belacan , asam jawa + air , biar ia mendidih , masukkan ikan bilis goreng kacau mesra dan biar seketika.

3.Perasakan dengan gula dan garam .

4.Kalau korang nak agak pekat atau kering ( penggunaan garam tu kurangkan sikit )

5.Kalau nak sambal tumis berkuah guna sukatan yang telah distandardkan ini okay..Selamat Mencuba Dan Selamat Berpuasa...

Jom sambil masak tu berzikir... Alhamdulillah , MashaAllah , SubhanaAllah

Sambil tu korang bolehlah jalan-jalan pada link yang chef beri ni

resepi-menu-bazaar-ramadhan







Terima Kasih

Chef Gunawan a.k.a Chef Obie Copyright © 2015 Design by MaiGraphikDesign