Obielicious

KELAS MASAKAN PERNIAGAAN POPULAR + TESTIMONI PELAJAR - Whatsapp 0172260719 / 016 9166010 ( HOT ! ) MENJADI PILIHAN BAKAL PENIAGA & USAHAWAN MAKANAN DI MALAYSIA , SINGAPORE, HONG KONG , MALDIVES , JEPUN , IRAN DAN INDONESIA.

FILE KIT + CD ROM PELBAGAI PERNIAGAAN BERASASKAN MAKANAN serta TESTIMONI PELANGGAN .

( hot ! ) DEMO MASAKAN,PENULIS JEMPUTAN, PHOTOSHOOT UNTUK MEDIA MASSA DAN ELETRONIK

Tempahan Katering Untuk Pelbagai Majlis / Pejabat & sebagainya - SKY CHE Katering Kuala Lumpur Hubungi Segera chef obie 017 2260719 , Puan Khurzaidah 019 6460409 Call @ whatsapp

bE mY Heartbeat..!

Rabu, 22 Januari 2014

Masakan Itali : chef obie di Sicilia , Agusta , Italy dan resepi dari itali


pizza supreme...korang mesti suke...


crabmeat pasta...pun suke juge..


masakan clams gaya italian...

Salam semua, hari ni bie nak bercerite dan berkongsi resepi mengenai masakan Itali,

Masakan Itali

Bile sebut aje masakan itali mesti secare automatic korang terbayang kan keenakan pelbagai jenis pasta , pizza , lasagna dan sup seperti minestrone ,mussel soup, clam soup mahupun lentil soup.
Kebanyakan Bahan asas dalam masakannye juge agak mudah disediakan, korang mesti tau punye.. buah tomato.sama ada di masak / direbus sendiri atau beli aje tomato cans kat pasaraya, sama aje.
Chef obie pernah tinggal di itali , iaitu di Agusta, Sicilia. Tak lame sebulan juge… atas urusan kerja sebagai steward dan merangkap tukang masak.. mase tu la..sweet memori.
Berbalik kepada ape yang ingin bie kongsikan, iaitu masakan itali- bermula dengan masakan berasaskan sayuran , sup , sauce untuk pelbagai jenis pasta , Pasta dan nasi ( bahagian utara dan selatan itali mereka gemar makan nasi ), gnocchi dan polenta- termasuk pizza , masakan daging , salad ,kek , biskut ,manisan dan roti itali- seperti ricotta kek ,, siena kek , panettone, biskut anise ,amaretti, Florentines ,cannoli , Sicilian cheesecake , cassata , lemon gelato dan bebrape lagi kategori ekstra yang akan bie kongsikan dalam blog ni.. InsyaAllah… selagi terdaye cewah! Jadi korang kena alert dan rajin-rajin lawat blog bie ni.. so sweet : )


ni dessert itali... yang popular Tiramisu

Jadi untuk menunaikan janji resepi itali yang pertama akan bie kongsikan..ialah dari kategori kek iaitu “ SICILIAN CHEESECAKE”, mesti korang ingat bie nak sharingkan resepi pasta dulu…kan, pasta dah biase ape kate bagi laluan dulu pula pada kek keju iniyang amat popular dan berasal dari Sicilia… disebabkan bie pernah sampai dan tinggal di sicilia cewah… walau sebulan aje heee , dengan rasa hormat dan sukacita nak kongsikan ilmu kek keju mereka kepada korang iaitu untuk anda semua yang budiman.

Jeng Jeng Jeng !

Istimewanya kek keju Sicilian ni tak perlu dibakar atau bake.. cukup mudah!


RESEPI SICILIAN CHEESECCAKE

Bahan Base :

190 gm Biskut Coklat ( tak kisah ape brand- oreo / cream o dan sebagainya )
90 gm Mentega

Bahan Filling :

625 gm Keju Ricotta ( mesti gunakan keju ricotta – bahan penting Sicilian cheesecake )
1 cawan Gula Aising
1 sudu kecil Vanila pod atau Vanilla esen pun boleh
2 sudu besar Crème de Cacao ( kalau korang tak ade boleh abaikan )
60 gm Coklat Gelap / Dark chocolate
2 sudu besar Buah-buahan glaze dicincang ( kulit limau , ceri , mangga dan sebagainya – kalau korang tak ade juge boleh gunakan buah kering sepeti pic , fig atau prune tapi perlu dicincang.
60 gm Coklat gelap / dark chocolate untuk hiasan
½ cawan Whipping Cream


Cara Membuat :

Base kek

1.Kisar Biskut coklat , dalam mangkuk campurkan mentega yang dicairkan, gaul sebati kemudian padatkan didalam rim kek bersaiz 8 inci.pastikan betul-betul padat. Apabila telah pasti padatnya simpan dalam peti sejuk sementara kite siapkan bahan untuk filling.Boleh gunakan senduk atau sudu dengan menekan biskut sehingga padat.

2.Satukan keju ricotta , gula aising , vanilla dan crème de cacao , pukul sehingga ringan dan gebu ( fluffy )

3.Coklat gelap perlu di parut halus, masukkan coklat gelap yang telah diparut bersama Buah-buahn glaze yang telah dicincang ke dalam adunan .pukul sehingga bahan sebati.

4.Gunakan spatula atau sudu pun boleh ,masukkan adunan kedalam rim ( base biskut coklat ).Kemudian sejukkan dalam peti sejuk sekurang-kurangnya 6 jam atau sebaiknya semalaman. Apabila hendak dihidang , korang perlu ppukul whipping cream sehingga menjadi cream, sapukan diatas permukaan kek keju sicilai ni, akhir sekali taburkan dengan coklat gelap di atas permukaan kek. Siap … mudah kan.
Orang sicilia memang suka makan kek keju tanpa dibakar atau baked.Inagt mesti gunakan keju ricotta.

Senangkan resepinye?korang mesti cuba tau….



Please don’t angry atau marah dengan menggunakan kata-kata yang kurang elok yea.. ade yang tak suke dan kurang senang apabila bie berkongsi resepi kepada umum…, Bie berkongsi sedikit ilmu yang ade ni kepada umum tanpa meminta ape-ape pun, jika yang menggunakan resepi bie yang ade dalam blog atau dalam majalah masakan tempatan dan ia menggunakan untuk memajukan diri sendiri atau pun keluarga ia sudah memberi 1000 makna pada bie ..itu pun dah cukup menggembirakan hati bie..,jadi hentikan perasaan hasad tu… Semoga Allah memaafkan kesalahan orang yang berhasad itu dan juge diri bie sendiri.
Kehadiran chef obie dalam dunia masakan tanpa ade niat menggugat atau menganggu gugat sesiapa sahaja dalam industry ini, chef bukan siapa- siapa pun, bukan ade name yang besar pun , chef obie hadir atau muncul tanpa disengajakan tanpa impian menjadi seorang chef, tetapi dengan kemahiran dan pengalaman dalam industry masakan chef obie dengan sendirinya terjadi… ianya hadir dengan sokongan daripada keluarga , yang rapat,sahabat , teman-teman dan anda semua yang menyokong chef obie sama ada secara langsung atau pun tidak, mula muncul di alam maya pada tahun 2011 dengan nama pena obie wan kenobie di facebook sehingga akaun chef juga telah diaktivated masih ade juga yang memberi sokongan, sungguh terharu…. Chef teruskan ape yang ingin dilakukan.Semoga ianya semakin baik dari hari ke hari.


Harap korang tak kisah yea, chef saje nak cerite sikit pengalaman yang belum jadi jagung pun ni dalam berblog.Aktiviti berblog ni pula chef baru aje try and error, baru masuk tahun ke 2 lebih sikit,kisahnye-

“Tahun pertama tiada siapa pun nak melawat blog chef ,kalau dalam sebulan purata yang datang melawat hanya 6 – 8 orang aje yang lawat , itu pun mungkin tak sengaje terlawat…masuk tahun kedua ade sikit perubahan apabila tiba-tiba mendadak jumlah yang melawat blog chef, satu kejutan sampai chef takut nak buka blog. Maklumlah sebelum ni sebulan ade lah 6- 8 orang pelawat.. mesti ade yang gelakkan heee, tetiba dalam sebulan takkan kurang 30, 000 pelawat dan paling banyak sebulan melebihi 60,000 orang pelawat.Syukur Alhamdulillah ade yang sudi melawat., walaupun yang menjadi follower dalam blog chef obie tak lah ramai mane tapi mereka begitu bermakna.Chef mengalu- alukan kepada anda yang membaca dan melawat untuk menjadi follower diblog chef You’re my heartbeat cewah! Ade yang mengintip sahaja .. tak mengapa , lebih ramai yang mencari resepi- resepi ataupun info dalam blog serba kekurangan ni, chef obie cube perbaiki perlahan-lahan yea, sebab chef obie kan try and error, internet pun tak r pandai sangat. Terima Kasih kepada anda semua yang sudi melawat dan mendapatkan info dari blog chef obie ini, sekarang jumlah pelawat telah mencecah hampir 400,000 pelawat sesuatu yang tak pernah dijangka.”


Sicila Agusta . Itali

kesimpulan....jangan kedekut ilmu, kite kongsi sahaja tak ade rugi ape-ape pun … satu resepi aje kite kongsikan dan ade lagi 9 yang kite simpan , tak salahkan. Jadi kite kongsikan dan kite enjoy… ops! Nii pinjam trademark nora danish!

Terima Kasih

Komen
0 Komen

Tiada ulasan:

Chef Gunawan a.k.a Chef Obie Copyright © 2015 Design by MaiGraphikDesign