Obielicious

BENGKEL MASAKAN PERNIAGAAN POPULAR MASAKINI 3 "S" BERSAMA CHEF OBIE MASAKAN PANAS SIZZLING ( 30 SEPTEMBER 2017 - Sabtu ) - Whatsapp 0172260719 / 016 9166010 ( HOT ! ) KELAS MASAKAN DAN BAKING PERSENDIRIAN + TESTIMONI PELAJAR ( HOT !)

FILE KIT + CD ROM PELBAGAI PERNIAGAAN BERASASKAN MAKANAN serta TESTIMONI PELANGGAN .

( hot ! ) 24 EBOOK MASAKAN , KEK ,PASTRI DAN BAKERI CHEF OBIE UNTUK MALAYSIA , SINGAPURA , NEGARA BRUNEI DARUSSALAM & INDONESIA SILA WHATSAPP SEGERA 0172260719 FREE 3 EBOOK ( Harga dlm Ringgit Malaysia )
( hot ! ) PENULIS JEMPUTAN MAJALAH MASAKAN TEMPATAN & PHOTOSHOOT UNTUK MAJALAH & MEDIA MASSA / ELETRONIK

Tempahan Katering Untuk Pelbagai Majlis / Pejabat & sebagainya - SKY CHEF & KHUZRASA Katering Kuala Lumpur Hubungi Segera chef obie 017 2260719 , Puan Khurzaidah 019 6460409 Call @ whatsapp

bE mY Heartbeat..!

Khamis, 3 Julai 2014

Majalah AROMA : Resepi Biskut Raya Baru Popular 2014 " Styles Cookie" - Rainbow Styles Cookies


Doh Styles  Cookies Yang belum dibakar

As Salam Ramadhan untuk anda muslimin & muslimat,
Semoga sepanjang menjalani ibadah berpuasa hati berasa tenang & syukur serta segala kerja yang dilakukan semakin lancar tanpa tertangguh. Resepi Ciptaan Terbaru Chef Obie yang diberi nama “styles cookies”, memilik keunikan dari segi saiz bentuk,warna dan rasa.Selain mudah ia juga menyeronokkan untuk membuat cookies fusion ini.Mereka yang suka dengan sesuatu yang simple tetapi menarik boleh gunakan resepi style cookies ini.Chef obie menyediakan 10 jenis “styles cookies” sebagai pilihan di hari raya mahupun untuk pelbagai sambutan.Ia juga sesuai untuk dijadikan goodies dan hamper.Styles Cookies tidak memerlukan coklat masakan mahupun coklat kompaun sebagai hiasan ia dihasilkan tanpa perlu sokongan coklat untuk kelihatan cantik dan sedap.Hari ini chef kongsikan salah satu resepi menarik 'Styles Cookies- iaitu Rainbow Styles Cookie.


1. Rainbow Styles
Bahan
250gm Tepung Gandum
1 sudu besar    Tepung Jagung ( brown &polson )
50 gm  Tepung Susu
250 gm            Mentega / marjerin
160 gm            Gula Aising
1 sudu kecil     Esen Vanila
Pewarna – Ungu Violet,,Biru,kuning,jambu,merah,hijau epal

Cara  Membuat
1.Satukan ke semua bahan dalam mangkuk dan uli sehingga menjadi doh.Bahagikan kepada 7 bahagian untuk diwarnakan- dan satu bahagian tanpa warna .
2.uli dan gulung doh memanjang atau menggunakan piping bag pastikan saiz seperti sebatang straw,perlu diingat styles cookies saiz setiap doh yang diuli perlukan saiz seakan sebatang straw minuman.
3.Susun setiap doh yang telah diuli menjadi seakan straw minuman atas Loyang atau dulang.Susun rapat-rapat antara setiap doh yang telah diwarnakan dan diuli.Apabila telah siap disusun.Sejukkan sebentar dalam peti sejuk selama 30 minit.
4.Keluarkan doh dari peti sejuk, potong bersilang seperti bentuk 3 segi, anda boleh memotong memanjang jika suka,Styles cookies hanya sesuai bentuk 3 segi dan 4 segi kerana keunikannya dan tiada pembaziran doh.Hias dengan gula manik
5.Bakar pada suhu 160’c selama 18 minit.


Rainbow Styles Cookie ini  boleh anda gunakan untuk hidangan biskut raya tahun ini, malah kepada anda yang ingin membuat bisnes pun sesuai- tak kire lah bisnes biskut raya mahupun hamper dan goodies.Rainbow Styles Cookies ini juga telah dikongsikan resepinya di Majalah AROMA terbitan Suri Media Sdn Bhd untuk keluaran edisi hari raya tahun ini, anda juga boleh dapatkannya dipasaran sekarang!


Doh Rainbow Styles Cookie sebelum dibakar.

Semoga kehadiran Rainbow Styles Cookies ini memberi variasi kepada biskut-biskut raya tempatan yang sedia ada dipasaran .Kepada anda juga jangan ketinggalan untuk Dapatkan ebook terkini chef obie sila klik










Terima Kasih

Komen
4 Komen

4 ulasan:

cheq da berkata...

Wah chef byk colour...

Tanpa Nama berkata...

Very nice & beautiful
Cookies in the word

Tanpa Nama berkata...

Proud of you chef obie

brotherhood berkata...

Chef halalkan resepinya & halalkam juge ebook yg telah dibeli...& ebook percuma

Chef Gunawan a.k.a Chef Obie Copyright © 2015 Design by MaiGraphikDesign