CHEF OBIE & MGJ CONSULTANCY

CHEF OBIE & TEAM MGJ CONSULTANCY AKTIF MENGADAKAN KELAS / KURSUS MASAKAN PERNIAGAAAN DAN KOMERSIL POPULAR BERTESTIMONI SEJAK 2012 HINGGA KINI.
DI AMPANG , SELANGOR DAN DI BANGSAR KUALA LUMPUR.

MENJADI PILIHAN WARGA TEMPATAN , WARGA ANTARABANGSA DAN JABATAN KERAJAAN

MENJADI JURUCAKAP PELBAGAI PRODUK , PERUNDING F&B , PERUNDING MAKANAN , FOODSTYLIST , PENULIS JEMPUTAN / PHOTOSHOOT UNTUK MEDIA MASSA DAN ELETRONIK ,PERUNDING PENJUALAN HOTEL DAN RESORT JUGA PERUNDING HARTANAH DI MALAYSIA

HUBUNGI MGJ CONSULTANCY

017 2260719

017 2260719

017 2260719

email : mgjconsultancyfile@gmail.com & gunawan.jamil@gmail.com

obieber

Sabtu, 13 September 2014

Resepi Kek Layer Popular - Kek Andalusia Tepung Hairan


Kek Andalusia 
( kek coklat+kekacang,buah kering & bijirin+ krim )

Bahan

280 ml Krim Putar
80gm Keju Mascarpone
40gm Gula Aising
Inti Snek Bijirin :
100 gm Emping Jagung dikisar kasar
200 gm Nestum
200 gm Campuran Kekacang ( kacang Tanah , Pistachio,Gajus & Badam dipanggang dan dikisar)
60 gm Kismis atau Fig atau Aprikot kering dicincang
100 gm Mentega
200ml Madu

Bahan Kek :

1 Paket Tepung Hairan
1 cawan @ 250 ml  Air
½ cawan @ 125 ml Minyak Masak

Cara Membuat :
1.Masukkan air dan minyak ke dalam tepung hairan, kacau sebati.Masukkan adunan ke dalam bekas@loyang pembakar 7 inci bakar pada suhu 160’c selama 35-40 minitSiap sejukkan dahulu.

2.Masukkan ke semua bahan kering untuk inti bijirin ke dalam mangkuk, masukkan mentega yang telah dicairkan dan madu, kacau sebati dan letakkan dalam Loyang 7 inci, bakar sebentar selama 10 minit 160’c.Siap sejukkan.Kemudian pukul krim putar , keju mascarpone bersama gula aising sehingga menjadi krim, simpan peti sejuk sebentar.

3.jadikan coklat kek sebagai base, letak Inti bijiran yang telah dibakar di atas kek dan paipkan krim diatas inti bijirin.Siap untuk dihidang.




Terima Kasih

Komen
0 Komen

Tiada ulasan:

Chef Gunawan a.k.a Chef Obie Copyright © 2015 Design by MaiGraphikDesign