Obielicious

KELAS MEMBUAT ROTI @ KELAS meROTI CHEF OBIE - TERBUKA KEPADA YG BERMINAT ( berkumpulan mahupun perseorangan ) Boleh buat DI tempat Anda - LUAR DARI kl -SEMENANJUNG / SABAH /SARAWAK mahupun di tempat chef- di Kuala Lumpur & Ampang- Whatsapp 0172260719

Tempahan Katering Untuk Pelbagai Majlis / Pejabat & sebagainya - SKY CHEF & KHUZRASA Katering Kuala Lumpur Hubungi Segera chef obie 017 2260719 , Puan Khurzaidah 019 6460409 Call @ whatsapp

Kelas Masakan & Baking Personal Popular Chef Obie-Menjadi pilihan Peminat Dunia Masakan Sama ada Amateur mahupun Professional Malaysia & Antarabangsa .

24 EBOOK MASAKAN , KEK , ROTI DAN MUFFIN CHEF OBIE UNTUK MALAYSIA , SINGAPURA , NEGARA BRUNEI DARUSSALAM & INDONESIA SILA WHATSAPP SEGERA 0172260719 FREE 3 EBOOK MASAKAN & ASAS BUAT KEK

bE mY Heartbeat..!

Khamis, 2 April 2015

Resepi Daging Dendeng Popular & cgco


Assalammualaikum wbt, 
hari ini agak pantas juge invironment chef.. pagi-pagi lepas subuh dah gerak keluar,

then sampai hotel pagi jugak.. kat jalan raja laut..
lebih kurang pukul 830 pagi gerak pule ke Ampang point meeting dengan encik iesz,

then terus balik..
masak jap untuk birthday teman, keluar balik menuju ke hotel...then..balik ke ampang..
selesaikan sedikit lagi urusan.
Pagi-pagi ni sempat call mak abah di kg..
windu kat mak...heeee,sempat juge
updated group honey catering untuk program JPW di UTC Pudu sentral

skang depan pc...
nak updated resepi ni yang cambest tu!
makan dengan nasi putih panas-panas.. perrgh...fly bro!
heeee.. okay dalam pada tu jangan ketinggalan join 
contest-giveaway-chef-obie-cgco , friends ngan chef di facebook : 
chefobie untold ada banyak hadiah menarik dari penaja... tertinggal jawab soalan mudah,,jangan risau boleh terus jawab sma ada dalam fb atau dalam blog chef obie ni..kat bahagaian bawah KOMEN, okay...
tak jadi masalah.... dan kepada yang mencari resepi masakan & baking..biskut raya dan sebagainya boleh ke link ebook chef obie selamat mencuba !




RESEPI DAGING DENDENG

Bahan Perapan Daging:
500 gm Daging Lembu
6 sudu besar Kicap Lemak Manis
1 sudu Besar Kicap pekat @ kicap karamel 
1 inci Halia dikisar
2 ulas Bawang Putih dikisar


Bahan Menumis :
100  gram cili kering ( dikisar)
1/2 biji Bawang Holand Di mayang tebal

1 biji bawang besar potong wedges

4 biji bawang merah besar dan dikisar bersama cili kering
Garam dan gula secukup rasa
1 sudu besar Jus Plum @ Jus Limau Nipis @ kasturi
Sedikit minyak untuk menumis

Cara membuatnya:

1.Rebus daging Lembu terlebih dahulu sehingga empuk
2.DiPotong daging nipis-nipis dan tumbuk menggunakan batu lesung , sekadar meleper jangan sampai hancur.
3.Kemudian Perap daging bersama bahan-bahan perapan selama 1 jam
4.Goreng daging, angkat dan toskan
Tumis bawang , bawang holland ,bawang besar dan cili kering sehingga garing dan naik minyak
Masukkan kicap dan gaul rata
Masukkan daging yang telah digoreng tadi
Masukkan garam, gula dan jus plum
Gaulkan dendeng daging,angkat dan hidangkan





join contest-giveaway-chef-obie-cgco
chefobie untold 


Terima Kasih

Komen
0 Komen

Tiada ulasan:

Chef Gunawan a.k.a Chef Obie Copyright © 2015 Design by MaiGraphikDesign