CHEF OBIE & MGJ CONSULTANCY

CHEF OBIE & TEAM MGJ CONSULTANCY AKTIF MENGADAKAN KELAS / KURSUS MASAKAN PERNIAGAAAN DAN KOMERSIL POPULAR BERTESTIMONI SEJAK 2012 HINGGA KINI.
DI AMPANG , SELANGOR DAN DI BANGSAR KUALA LUMPUR.

MENJADI PILIHAN WARGA TEMPATAN , WARGA ANTARABANGSA DAN JABATAN KERAJAAN

MENJADI JURUCAKAP PELBAGAI PRODUK , PERUNDING F&B , PERUNDING MAKANAN , FOODSTYLIST , PENULIS JEMPUTAN / PHOTOSHOOT UNTUK MEDIA MASSA DAN ELETRONIK ,PERUNDING PENJUALAN HOTEL DAN RESORT JUGA PERUNDING HARTANAH DI MALAYSIA

HUBUNGI MGJ CONSULTANCY

017 2260719

017 2260719

017 2260719

email : mgjconsultancyfile@gmail.com & gunawan.jamil@gmail.com

obieber

Rabu, 12 Ogos 2015

Selebriti Pastry Chef Malaysia - Resepi Macaroons


Assalammualaikum wbt & Salam Sejahtera ,

Diam tak diam kita menghampiri penghujung bulan Syawal ,
Undangan Open House Hari Raya juga semakin rancak , chef obie ucapkan 
terima kasih kepada pihak-pihak yang sudi menjemput chef obie sebagai tetamu , chef juga memohon maaf kerana ada
undangan yang tidak dapat chef hadirkan diri.
Semoga jalinan persahabatan dan perniagaan akan menjadi lebih baik.

Kepada anda yang sentiasa menyokong karier @ perkembangan chef obie ,
InshaAllah akan hadir buah tangan chef obie kepada anda semua.
Chef obie akan muncul dalam rancangan masakan sendiri pertama kali dikaca tv anda.
Walaubagaimanapun chef ingin kan doa dan sokongan anda semua dalam merealisasikannya.
Semoga ianya berjalan lancar dengan jayanya.
Bersama pihak yang memberi peluang & kepercayaan kepada chef untuk melaksanakan
program masakan ini.Terima kasih kepada pihak produksi , bos & staff yang peramah.

So Sweet... ! c u soon ! 

chef obie kongsikan resepi  Macaroons..

RESEPI MACAROONS MUDAH & CANTIK CHEF OBIE


Bahan

4 biji (160g) telur putih ( perlu di age dahulu )
120g gula kastor
160g serbuk badam
230g gula aising
esen vanilla

Inti:ganache,coklat ganache ,peanut buuter ,kiwi fruit filling,blueberry fruit filling dan mpelbagai jenis filling yang anda suka boleh digunakan

Cara Membuat:

Tapis bersama serbuk badam dengan gula aising.

Kemudian pukul putih telur dengan gula kastor sehingga kembang dan tidak jatuh apabila bowl diterbalikkan ( sehingga boleh bertanduk )

Masukkan esen vanilla ,pukul sebentar. kemudian masukkan sikit demi sedikit bahan yang diayak tadi ke dalam telur putih.Kacau perlahan- lahan .Masukkan pewarna dan guna teknik kaup balik hingga sebati.

Masukkan adunan yang dah siap ni ke dalam piping bag yg telah diletak nozel bernombor 10 berupa bulat kosong sahaja, paipkan adunan sebesar duit 20sen / 50sen ke atas dulang yang di alas dengan baking paper.

Anda boleh lukis terlebih dahulu berpandukan duit syiling 20 sen / 50 sen atas kertas parchment .

Jarakkan setiap satu lebih kurang 4 cm 

Pecahkan gelembung udara yang terbentuk di permukaan macarons ( boleh guna jarum peniti atau toothpick )-untuk mengelakkan permukaan macarons berlubang dan tidak cantik bila dibakar.

Ketuk-ketuk bahagian bawah tray utk meratakan adunan.

Biarkan macarons kering atau tidak melekat apabila disentuh dengan jari sebelum dibakar.
Lebih kurang 40minit sebelum dibakar.

Bakar dalam oven pada suhu 140-150'c selama 15 minit-18 minit.Sejukkan sebelum anda paipkan inti. Selamat mencuba resepi macaroons chef obie...chef sharingkan resepi istimewa ini untuk anda yang tercari-cari resepi macaroons....





Terima Kasih

Komen
0 Komen

Tiada ulasan:

Chef Gunawan a.k.a Chef Obie Copyright © 2015 Design by MaiGraphikDesign