JENIS-JENIS TEPUNG DAN FUNGSINYA
Alhamdulillah...kite semua masih dalam Rahmat dan kasih sayang NYA. Aamiin...
Actually lah kan info mengenai tepung-tepung yang ada dalam pasaran kite dan dunia dah banyak blogger-blogger dan yang pakar dalam bidang ni berkongsi info..apa pun chef obie pun termasuk lah juge dalam golongan tu kan...InsyaAllah chef obie jelaskan dengan cara dan ayat pasar yang biase-biase ni dengan harapan ia mudah difahami dan terus sampai kepada anda yang tercari-cari apa jenis-jenis tepung dan ape keguaan dan fungsinya .Jika ada kekurangan itu dari diri chef sendiri... semoga ada manfaat bersama
1. TEPUNG GANDUM
Ini adalah tepung yang paling mudah didapati di pasaran dan paling selalu ditemui di dalam resepi. Fungsinya adalah sama seperti tepung serbaguna.Merupakan asas kepada kebanyakan jenis tepung yang ada dipasaran.Tepung gandum yang berada dipasaran juga banyak nama seperti tepung ros @ rose flour ,tepung gandum faiza, cap chempaka , lily , cap sauh dan sebagainya.
Bila sebut aje tepung gandum
confirm semua mesti tau..kan , tepung cap sauh la..tepung cap chempaka la...semua tu betul tak salah...mmm chef obie suka tepung gandum tanpa benzyoyl peroksida @ Tepung yang tidak mengandungi bahan peluntur,
chef obie sekadar sharing sedikit info berkaitan tepung gandum.
Apa itu Tepung gandum ?
Tepung Gandum adalah serbuk yang dibuat daripada pengisaran gandum yang digunakan untuk kegunaan manusia.
Pelbagai jenis gandum dipanggil "bersih", "putih," atau "perang" atau "keras" jika kandungan gluten yang tinggi, dan ia dipanggil "lembut" atau "lemah" jika kandungan tepung gluten adalah rendah. Tepung keras, atau tepung roti, adalah tinggi dalam gluten, dengan 12% kepada 14% kandungan gluten, dan mempunyai kekuatan anjal yang memegang bentuk dengan baik sekali bila dibakar. Tepung lembut adalah agak rendah dalam gluten dan hasilnya di dalam lebih halus atau tekstur rapuh. Tepung lembut biasanya dibahagikan ke dalam tepung kek, iaitu yang paling rendah dalam gluten, dan tepung pastri mempunyai gluten lebih sedikit daripada tepung kek.
Dari segi bahagian bijirin (rumput buah) yang digunakan dalam tepung yang endosperma atau protein / bahagian berkanji, germa atau protein / bahagian lemak / kaya vitamin, dan dedak atau bahagian serat-terdapat tiga jenis tepung secara amnya. Tepung putih dibuat dari endosperma sahaja. Bijian sempurna atau tepung gandum mil penuh dibuat daripada keseluruhan bijirin, termasuk dedak, endosperma dan germa. Tepung germa dibuat daripada endospera dan germa, tidak termasuk dedak.
2. TEPUNG SERBAGUNA ( all purpose flour )
Tepung serbaguna adalah tepung yang paling biasa kita jumpa di dalam resepi masakan. Secara lazimnya, kita boleh menggunakan tepung gandum biasa sebagai ganti kerana mudah didapati di pasaran.Senang kata tepung jenis ini adalah tepung gandum yang telah disukat dengan bahan yang lain seperti serbuk penaik dan soda pada sukatan tertentu.actually anda tak perlu beli lagi tepung serbaguna ni..guna tepung gandum aje dah cukup..just mixed with baking powder... soda then siap! ianya juga sama seperti tepung naik sendiri.
3. TEPUNG BERPROTEIN TINGGI (HIGH PROTEIN)
Tepung ini juga biasanya dikenali sebagai tepung roti kerana digunakan untuk membuat roti. Tepung berprotein tinggi mempunyai daya menganjal yang agak tinggi, oleh itu ia menjadi lebih sempurna apabila diadun dengan yis dalam pembuatan roti.Selain vitamin dan mineral yang tinggi dalam kandungan tepung.Juga dikenali dengan nama tepung Diamond !sekarang dekat pasaran ada nama yang lain seperti yellow horse dan pelbagai lagi.
4. TEPUNG BERPROTEIN RENDAH ( tepung kek superfine )
Juga dikenali dengan tepung superfine , ianya ringan dan tidak memberi kekenyalan pada hasil baking.sesuai untuk kek chiffon , kulit tart dan pie . Tepung ini boleh juga digunakan dalam pembuatan pau dan untuk membuat kuih bahulu bagi mendapatkan hasil bahulu yang lembut dan gebu gitu!.
5. TEPUNG NAIK SENDIRI
Tepung naik sendiri mempunyai kandungan serbuk penaik (baking powder) di dalamnya. Anda boleh menggantikan tepung ini dengan tepung gandum atau tepung serbaguna. Ayakkan 250gm tepung bersama 1 sudu makan serbuk penaik sebanyak 3 kali. Hasilnya, sama seperti tepung naik sendiri.
6. TEPUNG HONG KONG ( waterlily flour )
Tepung ini juga biasa dikenali sebagai Water Lily Flour, iaitu sejenis tepung yang sangat putih dan seringkali juga digunakan untuk membuat pau. Tepung jenis ini tidak tahan lama kerana senang berkutu atau berkulat. Jika anda sukar untuk mendapatkan tepung Hong Kong ini, boleh menggantikannya dengan tepung pau (antaranya jenama Blue Key) yang lebih mudah di dapati di pasaran.
7. TEPUNG PULUT
Tepung pulut dihasilkan dengan teknologi moden sehingga semua kandungan khasiat yang ada pada beras tidak hilang. Tepung ini mengandungi 100 peratus beras merah asli. Maksud beras merah adalah beras yang tidak dibuang bahagian merah pada mata padinya. Selain kaya dengan vitamin E dan B serta mudah dicerna, pengidap penyakit kencing manis dan ibu mengandung sesuai mengamalkan pengambilannya.
8. TEPUNG OPTIMA
Tepung optima adalah sejanis yang mengandungi kandungan gula di dalamnya dan sesuai digunakan untuk membuat kek sponge dan kek keju yang ringan. Bagaimanapun penggunaan sebagai pilihan anda boleh menggantikannya dengan tepung serbaguna, tepung kastard atau tepung jagung. Anda hanya perlu mengikut ukuran seperti terdapat pada resepi.Jelas jika tak ade tepung optima masih boleh hasilkan produk dengan diganti dengan tepung yang lain tu.jenama yang ada dipasaran Bake King
9. TEPUNG GANDUM TULEN @ (Wholemeal Flour atau Whole-Wheat Flour) @ Atta
Tepung ini mempunyai serat gandum yang tidak hancur, oleh itu ia tidak boleh diayak. Tepung gandum tulen tidak sesuai untuk membuat roti atau kek kerana hasilnya agak berat...buat chapati okay!senag kate tepung atta tu tepung ni la..
10. TEPUNG HOEN KWEE @tepung kacang hijau
Bagi sesetengah masyarakat, tepung ini biasa digunakan dalam resepi kuih muih mereka. Di pasaran, tepung ini biasa dijual dalam pelbagai bungkusan dan warna. Warna bungkusan biasanya mewakili warna tepung itu sendiri. Anda hanya perlu memilih warna yang tepat untuk resepi kuih anda.dan ia diperbuat daripada kacang.
11. TEPUNG KASTARD
Tepung kastard mempunyai bau yang wangi dan biasa digunakan untuk membuat kastard dan kek keju. Tepung ini akan menjadikan tekstur kek lebih rapat dan gebu. Anda boleh menggantikan tepung kastard dengan tepung gandum, ataupun menggantikan resepi tepung gandum dengan tepung kastard jika suka.
12. TEPUNG UBI
Tepung ubi ataupun tepung ubi kayu adalah juga tepung kanji. Tepung ini biasanya digunakan sedikit sahaja di dalam resepi untuk meliatkan adunan. Ada juga sesetengah resepi menggantikannya dengan tepung sagu.
13. TEPUNG JAGUNG
Tepung jagung digunakan untuk memekatkan adunan. Biasanya tepung ini juga digunakan untuk memekatkan kuah mi atau sos.
14.TEPUNG RED ROS @ tepung biskut
Tepung red ros ni hanya popular dikalangan pembuat biskut @cookies,kepada yang tak pernah mendengar name red ros ni cubalah berjinak-jinak dengan menggunakan tepung ni untuk buat biskut raya tahun ni.
15. TEPUNG CREAMER
Creamer adalah seperti susu (berlemak tambahan) yang biasa dicampur dengan teh atau nescafe. Untuk resepi yang menggunakan susu, anda boleh juga menggantikannya dengan bancuhan creamer juga .
16.TEPUNG GLUTEN FREE
Tepung jenis ini dihasilkan untuk mereka yang tidak boleh makan produk yang tinggi kadar glutennya. Seperti tepung gandum, dan semua bijirin dan mineral yang tinggi kadar proteinnya.Gluten ada dalam setiap produk dari gandum dan yang tinggi protein dan ia membantu mengenyalkan tepung jika membuat doh roti dan sebgainya.Tepung gluten free ini disyorkan untuk mereka yang mementingkan kesihatan dan mereka yang sensitif pada produk gandum.Boleh didapati dipasaraya-pasaraya besar seperti tesco , jaya jusco , cold storage..harganye tentulah lebih mahal berbanding tepung gandum biasa. Pesakit yang mengamalkan diet gluten free ni seperti Autisme , sindrom down , hyper acktive , slow leaners , migrain kronik dan banyak lagi.chef obie pernah mengajar dan mendidik anak-anak istimewa ini dan mereka perlu dijaga dari segi pemakanan diet gluten free, banyak ibu bapa yang memiliki anak seperti ini tidak tahu bahawa anak mereka tidak boleh makan sebarangan.
17.TEPUNG ORGANIK unbleached
Tepung yang diperbuat juga daripada gandum, bezanya gandum 100% yang organik , cara penuaian dan pemprosesan yang ketat untuk dijadikan tepung , malah tiada proses bleach atau proses clorox pemutih untuk menghasilkan tepung gandum yang lain...heee ni ayat nak bagi anda faham...huuu tepung biase semua perlu diklorox bagi menghasilkan warna tepung yang putih.Perbezaan ketara tepung organik ini tidak diklorox dan tidak berwarna putih..warna asal gandum iaitu seperti warna teh tarik kat kedai mamak tu! mereka yang mengamalkan tepung gluten free masih boleh menggunakan tepung organik ni..tapi perlu pastikan ade tertera perkataan gluten free pada bungkusan tepung! Antara jenama yang ada dipasaran ialah King Arthur Flour dan Daisy Organic Flour.
18.TEPUNG UBI KENTANG @ POTATO FLOUR @ TEPUNG TERIGU
Tepung ubi kentang ni juga dikenali dengan nama tepung terigu..pernah dengar tak? tepung terigu kat Indonesia die orang panggil dengan name ni...amat sesuat dengan menggoreng , dan sesetangah resepi membuat roti dan ban juge menggunakannya.
19.TEPUNG SEMOLINA
Tepung ini diperbuat khas daripada kulit ari gandum yang keras, warnanya pula kuning mudabdan berbutir-butir. Kadar kandungan proteinnya lebih tinggi di antara jenis tepung lainnya. Biasanya digunakan dalam pembuatan makaroni, spaghetti (aneka pasta), juga puding, biskut, kek dan sup. Tepung ini merupakan hasil sampingan daripada pembuatan tepung gandum di kilang...
20.Tepung Polenta
Tepung jenis ini juga dipanggil tepung jagung. Cuma bezanya, tepung ini berwarna agak kuning terang dan juga diperbuat daripada biji-biji jagung yang telah dikisar halus. Teksturnya agak kasar sedikit.kalau kat hotel ni penggunaan polenta memang biase... Biasanya tepung ini digunakan sebagai bahan utama untuk membuat tortilla / roti istimewa Mexico.
21.Tepung Pulut
Tepung pulut diperbuat daripada beras pulut hitam atau putih dengan cara menggiling, ditumbuk atau dikisar halus. Tepung pulut putih teksturnya seakan-akan tepung beras, tetapi apabila disentuh, ia terasa lebih berat dan melekat. Untuk membezakannya dengan tepung beras, larutkan dengan sedikit air. Larutan tepung beras akan lebih cair, manakala larutan tepung pulut pula akan lebih pekat. Ini disebabkan tepung pulut mengandungi lebih banyak pati yang berkanji dan melekit.
22.Tepung Sagu
Tepung ini diperbuat daripada sari pati batang pokok sagu. Bentuknya seakan tepung aci, tetapi lebih kering. Selain digunakan sebagai pemekat (kerana bersigat agak melekit), tepung ini juga sering digunakan sebagai bahan utama untuk biskut atau makanan istimewa tradisi seperti bubur sagu. Kualiti sagu terbaik boleh ditemui di pasaran dengan nama Sagu Tani. Ada juga yang menjual Tepung Sagu Ubi, dan tepung ini khas digunakan untuk membuat kuih bingka ambon dan teksturnya agak halus berwarna putih.
23.Tepung Badam / Serbuk Badam @ground almond
Diperbuat daripada kacang badam yang telah dikupas kulitnya dan dikisar halus. Teksturnyabkasar dan warnanya agak kekuningan dengan harga yang agak mahal. Digunakan untuk membuat biskut , pastri dan kek.
24.TEPUNG KACANG HIJAU
Tepung ni biasa dibuat untuk kuih tradisional, seperti kuih kole kacang , talam kacang dan sebagainya.diperbuat dari kacang hijau yang dikisar halus.
Setakat ni aje la..perkongsian mengenai jenis-jenis tepung dan fungsinya atau kegunaannya... sekiranya ade kekurangan, chef obie mohon maaf dan bolehlah sharing bersama yea...
nak sharing video music juge lirik dari Sia-Chandelier layan saje suke2!
nak sharing video music juge lirik dari Sia-Chandelier layan saje suke2!
Assalammualaikum wbt Dan Salam Sejahtera Netizen.
Kepada anda yang aktif mencari pelbagai jenis resepi-resepi masakan mahupun baking , Disnilah tempatnya . Telah menjadi pilihan facebooker walau page ini masih baru diaktifkan
Chef Obie bukanlah satu nama yang baru dalam industri ini , kerana telah lama berkongsi resepi dalam pelbagai medium - media massa , tv , majalah tempatan , akhbar mahupun online selain aktif membentuk peniaga-peniaga baru dan lama juga usahawan makanan tempatan mahupun luar negara . Melalui Page facebook Chef Obie menambah jaringan komunikasi terhadap anda diluar sana ,
Selain Medium Facebook Personal : Chefobie Untold , Instagram : @chef_obie_official & @the.drawing.chef , @mgj_consultancy , @diarikelaschefobie
Juga web/blog : chefgunawanmalaysia.blogspot.com , sajianlazat.blogspot.com , chefbiskut.blogspot.com
http://www.wasap.my/60172260719 Chef Obie
Sukacita Chef Obie Menjemput Anda yang menghargai industri Makanan Dan Seni Untuk