Obielicious

KELAS MASAKAN DAN BAKING UNTUK PERNIAGAAN POPULAR- untuk Amateur & Profesional di Kuala Lumpur & Ampang- Whatsapp 0172260719 ( HOT ! )

FILE KIT + CD ROM PELBAGAI PERNIAGAAN BERASASKAN MAKANAN serta TESTIMONI PELANGGAN .

( hot ! ) 24 EBOOK MASAKAN , KEK ,PASTRI DAN BAKERI CHEF OBIE UNTUK MALAYSIA , SINGAPURA , NEGARA BRUNEI DARUSSALAM & INDONESIA SILA WHATSAPP SEGERA 0172260719 FREE 3 EBOOK ( Harga dlm Ringgit Malaysia )
( hot ! ) PENULIS JEMPUTAN MAJALAH MASAKAN TEMPATAN & PHOTOSHOOT UNTUK MAJALAH & MEDIA MASSA / ELETRONIK

Tempahan Katering Untuk Pelbagai Majlis / Pejabat & sebagainya - SKY CHEF & KHUZRASA Katering Kuala Lumpur Hubungi Segera chef obie 017 2260719 , Puan Khurzaidah 019 6460409 Call @ whatsapp

bE mY Heartbeat..!

Khamis, 1 September 2016

Resepi Berasaskan Ikan : Bakso Pedas Ikan Tenggiri ( Menu Diet & Sihat )


Pasti anda yang mementingkan 
pemakanan bolehlah mencuba resepi istimewa daripada chef obie ini , resepi ini juga telah dikongsikan dalam media cetak untuk Isu Diet & Menu Sihat.
chef obie suka mempelbagaikan penggunaan bahan mentah walaupun ia simple atau mudah 
dalam penyediaan hidangan , yang penting sampai temanya dan amat sesuai
diguna pakai.  chef obie juga pernah
berkhidmat sebagai penyedia hidangan kepada pesakit " high class" untuk salah sebuah "Hospital Pelancongan" terkemuka negara.Chef obie bekerjasama dengan dietition dan pakar pemakanan 
dalam menyediakan menu dan hidangan mengikut Diet Pesakit.
Anda perlu yakin menggunakan menu-menu yang chef obie kongsikan ini , ia sesuai untuk anda yang sedang 
menguruskan berat badan , aktif kan kardiology ( jantung ), 
ingin fitkan badan supaya sihat segar dan kelihatan cantik , yang penting sukatan makanan anda
dan cara mengurus menu seharian anda . 
Ingat Anda perlu makan 5 x sehari tapi - bersukatan dan berlawanan 
dalam hidangan.

 *Sehari sekali sahaja untuk anda nikmati nasi ( karbohidrat yang tinggi ), petang atau malam anda boleh layan hidangan sesuatu yang berkuah seperti bee hoon sup , atau 
seperti menu yang chef obie ingin kongsikan dibawah ini.

RESEPI BAKSO PEDAS IKAN TENGGIRI



Bahan untuk bebola ikan :

500 gm Isi Ikan Tenggiri
Sedikit Daun Bawang , lobak merah ( dicincang )
1 sudu besar Tepung Ubi ( kanji )
1 sudu kecil serbuk lada sulah
Garam sebagai perasa.
Sedikit Soo Hoon ( direndam )

Bahan Sup :

1 ½ liter Air Rebusan Tulang Ikan Tenggiri
2 ulas bawang putih dicincang
1 batang seleri
1 biji bawang Holland
1 sudu kecil serbuk lada hitam
8 biji Cili api diketuk
3 sudu besar Sos Cili
2 sudu besar Sos Tomato
Garam bukit @ gunung @iodise sebagai perasa

Cara Penyediaan :

1.Bahan untuk membuat bebola ikan tenggiri- satukan kesemua bahan , uli sehingga mesra, bentukkan bebola, rebus bebola sehingga masak dan asingkan.

2.Bahan untuk sup : Didihkan air bersama ke semua bahan.Pastikan sehingga air mengeluarkan minyak dari rebusan tulang ikan.

3.Hidangkan sup bakso bersama dengan soo hoon dan bebola ikan tenggiri.

Selamat Mencuba..dan teruskan Diet Yang Sihat !

Sila dapatkan Majalah SAJI keluaran September 2016 !




 IG : chef_obie_official
whatsapp 0172260719
Whatsapp Cooking Group ( smallplate cooking group SCG )
email :gunawan.jamil@gmail.com

website: chefgunawanmalaysia.blogspot.com
malaysiapropertiespure.blogspot.com






Terima Kasih

Komen
0 Komen

Tiada ulasan:

Chef Gunawan a.k.a Chef Obie Copyright © 2015 Design by MaiGraphikDesign