Obielicious

KELAS MEMBUAT ROTI @ KELAS meROTI CHEF OBIE - TERBUKA KEPADA YG BERMINAT ( berkumpulan mahupun perseorangan ) Boleh buat DI tempat Anda - LUAR DARI kl -SEMENANJUNG / SABAH /SARAWAK mahupun di tempat chef- di Kuala Lumpur & Ampang- Whatsapp 0172260719

Tempahan Katering Untuk Pelbagai Majlis / Pejabat & sebagainya - SKY CHEF & KHUZRASA Katering Kuala Lumpur Hubungi Segera chef obie 017 2260719 , Puan Khurzaidah 019 6460409 Call @ whatsapp

Kelas Masakan & Baking Personal Popular Chef Obie-Menjadi pilihan Peminat Dunia Masakan Sama ada Amateur mahupun Professional Malaysia & Antarabangsa .

24 EBOOK MASAKAN , KEK , ROTI DAN MUFFIN CHEF OBIE UNTUK MALAYSIA , SINGAPURA , NEGARA BRUNEI DARUSSALAM & INDONESIA SILA WHATSAPP SEGERA 0172260719 FREE 3 EBOOK MASAKAN & ASAS BUAT KEK

bE mY Heartbeat..!

Khamis, 6 Oktober 2016

Resepi Pavlova Popular


Share & LIKES


RESEPI AUSTRALIA PAVLOVA
( pavlova manggo and passionfruit )



Bahan :

8 biji putih telur
1 3/4 @2 cawan gula castor
2 sudu besar tepung jagung
2 sudu teh esen vanila
2 sudu teh cuka makan

Peralatan : Rim kek 7 @ 8 inci , Loyang @ Tray baking , parcthment paper , spatula ,pensil

Cara Membuat :

Bahagian 1 :

Alas loyang dengan partchment paper Lukiskan 2 bulatan berdiameter 7 @ 8inci dengan pensilKemudian terbalik kan partchment paper. Jika ade rim kek bulat boleh juga digunakan Panaskan oven dengan api bawah 170 C , pavlova ingin dimasukkan barulah turunkan suhu kepada 120-100C

Jika anda menggunakan fan oven, panaskan 200'c kemudian apabila pavlova ingin dimasukkan turunkan suhu 120'c

Bahagian 2 :

Pukul putih telur dengan kelajuan maksima hingga gebu sambil masukkan gula sedikit-sedikit dan terus pukul hingga kental.( sehingga Menjadi meringue )

Satukan tepung jagung, esen vanila dan cuka danKacau hingga semua bahan larut.

Akhir sekali masukkan ke dalam adunan telur tadi dan gaul rata dengan spatula aje dengan kaedah kaup balik

Letakkan adunan atas baking paper yg telah di buat bulatan tadi ratakan.Jangan terlalu tebal dan jangan terlalu nipis

Masukkan dalam oven dan bakar pada suhu 120-100C selama 1 jam hingga 1 jam 15 minit atau sehingga permukaan pavlova kering dan keras.

Tips-Tutup oven dan biarkan pavlova dalam oven dengan pintu oven direnggangkan sedikit, sehingga ia sejuk dan kering sepenuhnya

Bahan Hiasan:

250gm /ml Whipping cream
1 sudu teh vanilla flavour
Buah mangga potong dadu
Passion fruit @markisa / puree buahnya shj pun boleh

Pukul whipping cream bersama vanilla flavour sehinggal kental dan hiaskan buah mangga dadu dan markisa. Diatas pavlova yg telah siap bakar.

FOLLOW IG : chef_obie_official



Terima Kasih

Komen
0 Komen

Tiada ulasan:

Chef Gunawan a.k.a Chef Obie Copyright © 2015 Design by MaiGraphikDesign