Obielicious

KELAS MASAKAN PERNIAGAAN POPULAR + TESTIMONI PELAJAR - Whatsapp 0172260719 / 016 9166010 ( HOT ! ) MENJADI PILIHAN BAKAL PENIAGA & USAHAWAN MAKANAN DI MALAYSIA , SINGAPORE, HONG KONG , MALDIVES , JEPUN , IRAN DAN INDONESIA.

FILE KIT + CD ROM PELBAGAI PERNIAGAAN BERASASKAN MAKANAN serta TESTIMONI PELANGGAN .

( hot ! ) DEMO MASAKAN,PENULIS JEMPUTAN, PHOTOSHOOT UNTUK MEDIA MASSA DAN ELETRONIK

Tempahan Katering Untuk Pelbagai Majlis / Pejabat & sebagainya - SKY CHE Katering Kuala Lumpur Hubungi Segera chef obie 017 2260719 , Puan Khurzaidah 019 6460409 Call @ whatsapp

bE mY Heartbeat..!

Jumaat, 4 Januari 2019

RESEPI POPULAR CHEF OBIE : NASI PAELLA ( NASI SEPANYOL )

RESEPI POPULAR Chef Obie: NASI PAELLA ( NASI SEPANYOL )
Salam Jumaat 

Kindness in words creates confidence. Kindness in thinking creates profoundness. Kindness in giving creates love...gitew..Jumaat ni Masa terasa berlalu begitu pantas..so hari ni chef obie kongsikan satu resepi dari Negara Sepanyol. Memang mendatangkan selera walau anda dah kenyang atau tak lalu makan...tapi kalau dah hidung anda terbau aje aroma Nasi Paella ni memang boleh menggugat iman orang yang sedang diet.

Chef obie nak sharing sikit..pengalaman lalu, al maklumlah chef usia belasan tahun lagi dah berada di negara Sepanyol ni..kerana bekerja..kesian chef..kejap tinggal kat belanda, rotterdam city , kejap kat Spkgjhneis , kemudian tinggal di tarragona , Sepanyol...tempat nelayan tau kat spain....ni..berbunga bunga hati chef masa mula sampai kat Tarragona ni..menu dan hidangan orang sepanyol juga menarik dan mudah disediakan...

kalau nak tahu..untuk Nasi Paella ni , korang boleh gunakan sebarang jenis beras, beras wangi juga boleh,beras biasa juga boleh,beras basmathi pun boleh , Nasi paella ini merupakan hidangan mewah orang sepanyol tau..Yang penting bahan utama die seafood, tak kisah ketam ke, udang ke, kupang ,kepah , canapis,sotong dan yang bersesuaian. Saffron kalau boleh letaklah..kalau tak ade..boleh abaikan...

Jom try buat NASI PAELLA CHEF OBIE



Bahan
3 cawan Beras Basmathi
300gm Sotong saiz kecil
15 keping mussel
15 ekor Udang sederhana
1/2 cawan Minyak Masak medetop
2 biji tomato Merah potong wedges
1/2 cawan Tomato puree
1 sdt Lada hitam ketuk
1/2 biji bawang Holland mayang
7 ulas Bawang Putih cincang
1/2 biji Cili benggala @ capsicum potong dadu, secubit Saffron ( option )
1liter Air tapis Coway atau Air Rebusan Ayam ( keperluan air seperti anda menanak Nasi Putih )
Herb-thymes,bay leaf
Celery / Lobak Merah option jika tiada abaikan.
Garam,gula atau stok ayam sebagai perasa, Perahan Lemon

Cara Penyediaan :





1.Panaskan Minyak,tumis Bawang Putih,capsicum,herbs,saffron,tomato & tomato puree




2.Masukkan Air Rebusan Ayam,biar mendidih,masukkan ke semua seafood & perasakan dgn Garam gula.juga Giliran Beras basmathi yg telah dicuci masuk ke dalam tumisan.kacau lebih kurang 5 minit.Jika anda suka boleh letak celery atau lobak Merah.



3.Teknik Short cut bagi memudahkan Cara meMasak Paella ini. Pindahkan semua bahan tumisan ini ke Dlm rice cooker,angkat dahulu seafood,masukkan Beras Basmathi Dan air rebusan Akhir sekali masukkan seafood di bahagian atas Beras.Kemudian Masak seperti menanak Nasi di rice cooker...mudah Sempoi...tunggu masa masak.., selepas masak..perahkan jus lemon...ok mudahkan..
Sentiasa teringat jika buat masakan dari sepanyol pasti  terimbas kembali masa chef muda remaja ..mencari rezeki hingga ke negara Sepanyol ni..chef pernah tinggal di Tarragona & Barcelona...sweet memory ..love u guys..



Kalau inginkan lebih pure..masakan2 Spain in..boleh join kelas masakan perniagaan popular Daripada chef Obie..yg pasti 2019..Akan memberi kesegaran dlm menu-menu pilihan selain yg sedia Ada & mantap!Testimoni2 pelajar juga Ada 👌
Instagram : chef_obie_official

Terima Kasih

Komen
0 Komen

Tiada ulasan:

Chef Gunawan a.k.a Chef Obie Copyright © 2015 Design by MaiGraphikDesign