CHEF OBIE & MGJ CONSULTANCY

CHEF OBIE & TEAM MGJ CONSULTANCY AKTIF MENGADAKAN KELAS / KURSUS MASAKAN PERNIAGAAAN DAN KOMERSIL POPULAR BERTESTIMONI SEJAK 2012 HINGGA KINI.
DI AMPANG , SELANGOR DAN DI BANGSAR KUALA LUMPUR.

MENJADI PILIHAN WARGA TEMPATAN , WARGA ANTARABANGSA DAN JABATAN KERAJAAN

MENJADI JURUCAKAP PELBAGAI PRODUK , PERUNDING F&B , PERUNDING MAKANAN , FOODSTYLIST , PENULIS JEMPUTAN / PHOTOSHOOT UNTUK MEDIA MASSA DAN ELETRONIK ,PERUNDING PENJUALAN HOTEL DAN RESORT JUGA PERUNDING HARTANAH DI MALAYSIA

HUBUNGI MGJ CONSULTANCY

017 2260719

017 2260719

017 2260719

email : mgjconsultancyfile@gmail.com & gunawan.jamil@gmail.com

obieber

Rabu, 5 Februari 2020

RESEPI KEK MARBLE KLASIK - CHEF OBIE

RESEPI KEK MARBLE KLASIK - Chef Obie
Salam , 
Dalam kesibukan aktiviti harian , pasti ada diantara kita yang sedang memikirkan aktiviti hujung minggu mungkin bersama anak-anak ,bersama teman-teman mahupun bersama rakan sekerja , Apa kata korang buat pilihan lain sedikit dengan mengadakan aktiviti berbaking dengan mudah , asalkan korang ada oven atau ketuhar dan mixer . Kalau tak ade mixer wooden spatula atau senduk kayu pun ok selain bekas bowl dan ayak atau penapis tepung .Sebab apa korang bolehlah memilih untuk Berbaking Kek Zaman dulu-dulu iaitu MARBLE CAKE @ KEK MARBLE , sukatan cawan aje...



Bahan
1 Buku Butter Golden Churn
3/4 cawan Gula Pasir
5 biji Telur
1 cawan Tepung Gandum ( korang boleh extrakan 1/2 hingga 3/4 cawan tepung lagi jika inginkan kek sedikit padat dan gebu , chef suke butter yang heavy seperti dalam gambar )
1 sdt Baking Powder
1/2 sdt Garam
Pewarna - Merah ,Hijau , Kuning Telur

Rim @ loyang saiz 7/8/9 yg telah digris Dan Kertas Minyak/partchment paper/silikon paper

Cara Penyediaan :



1.Pukul Butter & Gula Sehingga berubah warna .


2.Masukkan telur satu persatu-satu. Pastikan adunan lembut dan kembang.
3.Giliran bahan kering yg telah di ayak bersama iaitu Tepung Gandum Dan Baking powder
4.Anda boleh guna teknik kaup balik , chef terus pukul sebentar sahaja.
5.Adunan dibahagi kepada 4. 1 bahagian tanpa pewarna Dan 3 bahagian mewakili warna yg Ada.
6.Sudukan satu demi satu adunan mengikut kesukaan anda ke Dalam loyang yg telah digris Dan diletak Kertas minyak sehingga adunan selesai. ( Klasik Tidak Guna piping bag )
7.Bakar pada suhu 165-170'c selama 40-45 minit.

Kek Marble dulu-dulu..chef Tak guna vanilla esen..sebab nakkan aroma butter itu sendiri memonapoli ruang Dapur. Selamat Mencuba
& Boleh Follow Chef Obie Di Facebook mahupun di Instagram.
@mgj_consultancy
@chef_obie_official


#chefobie #chefobiecrew #mgjconsultancy
#kekmarble #cakesclassic #resepikek #kelasmasakanperniagaan
#kelasmasakanpopularchefobie


Ismail Izzani - Bidadari 
Bukan nak kurang ajar
Tapi ku tak sengaja
Kau pun tahu
Darah muda tak sabar
Ku mahu semuanya
Tuk hiraukanmu
Tak pernah pula aku fikirkanmu
Walaupun kau selalu fikirkanku
Asyik membuatmu derita
Nak pendekkan cerita
Kutahu ku bersalah
Selalu sibuk melayan
Hatiku
Kau tetap ada
Walaupun diriku tak sempurna
Dan tiada mati
Kasih kau dihati
Tuk sepanjang hidupku
Kau terimaku seadanya
Biarpun kau sering ku luka
Bidadariku uu-uu
Bidadariku uu-uu
Berikan ku peluang
Silapku takkan ulang
Itu janjiku
I will be the number one
And light up like the sun
Yang kau harapkan
Seharusnya selalu fikirkanmu
Kerena kau selalu fikirkanku
Takkan membuatmu derita
Nak pendekkan cerita
Kutahu ku bersalah
Kan kujaga tiap sudut hatimu
Kau tetap ada
Walaupun diriku tak sempurna
Dan tiada mati
Kasih kau dihati




Terima Kasih

Komen
0 Komen

Tiada ulasan:

Chef Gunawan a.k.a Chef Obie Copyright © 2015 Design by MaiGraphikDesign