CHEF OBIE & MGJ CONSULTANCY

CHEF OBIE & TEAM MGJ CONSULTANCY AKTIF MENGADAKAN KELAS / KURSUS MASAKAN PERNIAGAAAN DAN KOMERSIL POPULAR BERTESTIMONI SEJAK 2012 HINGGA KINI.
DI AMPANG , SELANGOR DAN DI BANGSAR KUALA LUMPUR.

MENJADI PILIHAN WARGA TEMPATAN , WARGA ANTARABANGSA DAN JABATAN KERAJAAN

MENJADI JURUCAKAP PELBAGAI PRODUK , PERUNDING F&B , PERUNDING MAKANAN , FOODSTYLIST , PENULIS JEMPUTAN / PHOTOSHOOT UNTUK MEDIA MASSA DAN ELETRONIK ,PERUNDING PENJUALAN HOTEL DAN RESORT JUGA PERUNDING HARTANAH DI MALAYSIA

HUBUNGI MGJ CONSULTANCY

017 2260719

017 2260719

017 2260719

email : mgjconsultancyfile@gmail.com & gunawan.jamil@gmail.com

obieber

Khamis, 19 Mac 2020

#StayAtHome : RESEPI BUTTERSCOTCH SAUCE CHEF OBIE

Assalammualaikum wbt semua, 

#StayAtHome protect your community agains COVID 19

Semoga anda semua patuh Saranan Kerajaan menghormati sesama kite dalam hidup berkomuniti untuk tidak mengadakan aktiviti luar selama 14 hari , bersabar dan fikirkan masa keemasan yang ada dengan lebih bermanfaat , Soal rezeki mungkin boleh dipraktiikan sekarang bagi mereka yang terlibat dengan food industry , boleh cuba aktifkan sekarang juga marketing perkhidmatan makanan seperti lunchbox & bungkus atau tapau berdelivery , gunakan perkhidmatan runner . Dalam masa yang sama jangan abaikan kebersihan dan hygiene diri. 

Kembali kite kepada perkongsian " RESEPI BUTTERSCOTCH SAUCE CHEF OBIE ".


apa pun kalau nak mula buat butterscotch sauce , korang perlu fikirkan keselamatan @ safety first !

Bahan

1/2 buku UNSALTED BUTTER
3/4 cawan GULA PASIR
1/4 cawan GULA PERANG
2 sudu besar LIGHT CORN SYRUP
1/3 cawan WHIPPING CREAM @ COOKING CREAM
7 biji WALNUT ( option jika tiada boleh abaikan )
1/4 cawan AIR
1 sudu kecil VANILLA ESSENCE
1/2 sudu kecil GARAM
1 sudu kecil JUS LEMON 



 


Cara Penyediaan :

1-Sediakan pot, masukkan unsalted butter , light corn syrup, gula pasir, gula perang dan air, panaskan...kacau gunakan wooden spatula. ( tips- wooden spatula di sapu dgn butter atau minyak terlebih dahulu untuk memudahkan anda untuk mencuci dan membersihknnya )
pastikan sehingga menggelegak, dan paras api sederhana jangan terlalu besar apinya, gunakan candy thermomether pastikan bacaannya 240'-245'.

2-Apabila telah sampai bacaan 240-245' matikan api, asingkan pot letak ditempat yg sejuk seperti diatas meja, berlapikkan kain kering , kacau perlahan-lahan dengan wooden spatula, masukkan whipping cream atau cooking cream, vanilla essence , garam , walnut dan jus lemon kacau sehingga mesra.Biarkan ianya sejuk pada suhu bilik...

Siap untuk dihidang dengan crepe, ais krim , pisang , pancake dan sebagainya... sauce ini memang sedap kerana keunikan rasa manisnya.

Chef Obie bila berkongsi resepi ini tetiba akan teringat kenangan sewaktu bekerja di Kuala Lumpur Airport Services (KLAS) dimana chef obie akan membuat Butterscotch sauce ini dengan kuantiti yang besar, senang kata boleh berendamlah satu badan heeee.... sauce ini chef obie buatkan untuk bussiness class dan first class untuk kapal terbang KLM Dutch Airline..dessert nya ( Banana Crepe dan Butterscotch sauce ) sekali lagi chef Obie nak ingatkan tanggungjawab kita semua bersama...#StayAtHome protect your community agains COVID 19


Doa Bersama...

Wahai mahluk Allah yg bernama covid 19.... Jika Engkau tentera Allah yg dikirim untuk memberantas kesombongan dimuka bumi...segerakanlah tugasmu....
Izinkan kami untuk menghirup udara ramadhan yg syahdu....
Izinkan kami...menemui bulan penuh ampunan dari Robb pencipta alam semesta ....
Wahai makluk nano berukuran 150 nanometer yg mampu menggemparkan dunia...ukuran kecilmu menjadi bukti kuasa Sang Pencipta
Covid19 pulanglah ke tempatmu dengan tenang sebelum Ramadan
Covid19 pulanglah ke tempatmu dengan tenang sebelum Ramadan
Covid19 pulanglah ke tempatmu dengan tenang sebelum Ramadan
Aamiin Ya Rabb .... 🤲🤲
Kami ingin Tarawih berjalan seperti biasa,
Kami ingin Pasar Ramadan seperti biasa,
Kami ingin Umrah berjalan seperti biasa.
Kami ingin Haji berjalan seperti biasa.
Ampunkan kami atas kejahilan kami sebagai hambamu ya Allah.
Ampunkan segala dosa dosa kami ya Allah.
Ampunkan segala dosa dosa kami ya Allah.
Ampunkan segala dosa dosa kami ya Allah.
Aamiin Ya ALLAH .... Ya Mujib ... 🤲🤲
Tolong Aamiinkan ramai ramai ... 🙏
cnp




Kepada anda yang mencari Kelas Baking Dan Kelas Masakan 
Yang menjadi pilihan Online & Offline Bizz 







KELAS / KURSUS MASAKAN UNTUK PERNIAGAAN SILA KLIK LINK DIBAWAH INI

Hubungi MGJ CONSULTANCY

Terima Kasih

Komen
0 Komen

Tiada ulasan:

Chef Gunawan a.k.a Chef Obie Copyright © 2015 Design by MaiGraphikDesign