CHEF OBIE & MGJ CONSULTANCY

CHEF OBIE & TEAM MGJ CONSULTANCY AKTIF MENGADAKAN KELAS / KURSUS MASAKAN PERNIAGAAAN DAN KOMERSIL POPULAR BERTESTIMONI SEJAK 2012 HINGGA KINI.
DI AMPANG , SELANGOR DAN DI BANGSAR KUALA LUMPUR.

MENJADI PILIHAN WARGA TEMPATAN , WARGA ANTARABANGSA DAN JABATAN KERAJAAN

MENJADI JURUCAKAP PELBAGAI PRODUK , PERUNDING F&B , PERUNDING MAKANAN , FOODSTYLIST , PENULIS JEMPUTAN / PHOTOSHOOT UNTUK MEDIA MASSA DAN ELETRONIK ,PERUNDING PENJUALAN HOTEL DAN RESORT JUGA PERUNDING HARTANAH DI MALAYSIA

HUBUNGI MGJ CONSULTANCY

017 2260719

017 2260719

017 2260719

email : mgjconsultancyfile@gmail.com & gunawan.jamil@gmail.com

obieber

Selasa, 28 April 2020

RESEPI FONDANT ICING & GUMPASTE - Chef Obie Bahagian 1

#StayAtHome

RESEPI FONDANT ICING & GUMPASTE - Chef Obie
Bahagian 1



Salam Ramadhan dan selamat berpuasa muslimin muslimat , Salam Sejahtera kepada non muslim. Hari ini Chef Obie terbuka hati untuk kongsikan ilmu cara membuat fondant icing atau juga dikenali dengan Sugar Paste bersama Gumpaste. Tahun 2020 fondant tidak sukar untuk dimiliki kerana penghasilan fondant Instant telah memonapoli sesuai dengan eranya. Fondant instant yang ada memudahkan sesiapa sahaja menghasilkan kek berasaskan fondant. Ia hanya sejarah bagi mereka yang pakar dalam penghasilan fondant from scratch.

8 ke 10 tahun yang lepas , kek fondant bukanlah pilihan yang kerap disebut oleh rakyat marhaen malahan tempahan kek fondant juga eksklusif selain harganya yang agak mahal berbanding kek lain kerana keunikan custom dan rekabentuk yang diminta oleh pelanggan. Alhamdulillah ketika itu Chef Obie antara pembuat fondant kek atau pun cupcake yang aktif menerima tempahan dan menghasilkan sebuah buku baking sebagai rujukan mereka yang minat dengan seni gula ini. Buku tersebut berjudul " CUPCAKE 3D Chef Gunawan ". 10 tahun lepas Chef Obie dikenali dengan panggilan Chef Gunawan that's my secret identiti..seloroh aje.Kerana Seni Gula ini juga Chef Obie juga dijemput Metro / Harian Metro , TV3 , TV2 , MyTV , Majalah dan pelbagai medium lagi. 


Chef Obie nak ucapkan jutaan Terima Kasih kepada Editor Siti Dimiati & Crew atas penghasilan buku chef yang pertama itu walau dihasilkan dalam masa sehari sahaja , planning sehari juga dan siap sehari juga sesuatu yang luar biasa ketika itu. Lebih 30 karakter fondant dan gumpaste dihasilkan langkah demi langkah. Anda semua awesome.


Sekalung tahniah juga kepada baker-baker tanah air yang terus meghidupkan karya agung seni gula ini kepada umum. Semoga bermanfaat kepada semua pecinta Seni Gula . 

Spread love..spread my lovely sharing ini kepada yang lain juga ,

Bahan Utama

18 gm Serbuk Gelatin / Gelatin Sheet ( Halal )
60 ml Air Sejuk
130 ml Liquid Glucose
30-35 gm lelemak Sayuran
20 gm Glycerin
1 kg Gula Aising atau Confectioner's sugar

Cara Penyediaan 

1.Timbangkan ke semua bahan diatas dengan TEPAT.

2. Satukan gelatine dengan air sejuk , biarkan seketika sehingga gelatine dan air menjadi kembang.

3.Lakukan Teknik " Double Boiled " ke atas gelatine dan air sejuk , apabila gelatine telah menjadi cair ( pastikan ia benar-benar telah cair ) masukkan liquid glucose. Kacau perlahan-lahan menggunakan spatula  sehingga sebati. Diikuti lelemak sayuran.

4.Gula aising yang telah DI TAPIS atau DI AYAK masukkan ke dalam bowl atau di atas map.

5.Apabila gelatin dan semua bahan yang telah didouble boiled sebati , pindahkan bahan itu dan letak di tempat yang dingin. Biarkan dalam 3 minit supaya suhu menurun sebelum masukkan glycerin dan kacau lagi.

6.Masukkan bahan cecair ini semua ke dalam bowl atau atas map berisi gula aising. Uli bahan-bahan itu semua hingga menjadi doh . Doh inilah yang kita panggil FONDANT ICING.

7.Simpan dalam bekas kedap udara yang bersih atau bungkus fondant icing dengan cling film . Fondant ini jangkahayat dan ketahanannya selama sebulan.

*Sila take noted pada tulisan yang Chef Obie " higlight ".

Anda praktikkan selalu , dan nikmatilah permaninan fondant icing ini dengan hati yang enjoy ! Seni itu universal ..Beruntunglah sekiranya anda juga ada bakat semulajadi dalam penghasilan seni , tidak kirelah seni memasak , seni melukis , seni menjahit , seni mengukir itu semua akan memudahkan anda dalam membentuk dan membuat Fondant icing dengan baik dan kreatif.

Untuk Resepi GUMPASTE atau FLOWER PASTE atau FIGURINE PASTE akan Chef Obie kongsikan dalam Bahagian 2 , begitu juga PETUA DAN TIPS InshaAllah akan menyusul , Resepi ini semua juga dikongsikan dalam PAGE FB : BAZAAR CHEF OBIE 

Sebarang pertanyaan atau sekiranya anda ingin memperbaiki lagi kemahiran yang sedia ada dalam Seni Gula ini boleh hubungi Pihak Chef Obie & Team. 

http://www.wasap.my/60169166010  Nesa Intan Payung














Terima Kasih

Komen
0 Komen

Tiada ulasan:

Chef Gunawan a.k.a Chef Obie Copyright © 2015 Design by MaiGraphikDesign