CHEF OBIE & MGJ CONSULTANCY

CHEF OBIE & TEAM MGJ CONSULTANCY AKTIF MENGADAKAN KELAS / KURSUS MASAKAN PERNIAGAAAN DAN KOMERSIL POPULAR BERTESTIMONI SEJAK 2012 HINGGA KINI.
DI AMPANG , SELANGOR DAN DI BANGSAR KUALA LUMPUR.

MENJADI PILIHAN WARGA TEMPATAN , WARGA ANTARABANGSA DAN JABATAN KERAJAAN

MENJADI JURUCAKAP PELBAGAI PRODUK , PERUNDING F&B , PERUNDING MAKANAN , FOODSTYLIST , PENULIS JEMPUTAN / PHOTOSHOOT UNTUK MEDIA MASSA DAN ELETRONIK ,PERUNDING PENJUALAN HOTEL DAN RESORT JUGA PERUNDING HARTANAH DI MALAYSIA

HUBUNGI MGJ CONSULTANCY

017 2260719

017 2260719

017 2260719

email : mgjconsultancyfile@gmail.com & gunawan.jamil@gmail.com

obieber

Selasa, 21 September 2021

RESEPI KUAH ROJAK PASSEMBOR SEDAP DAN POPULAR CHEF OBIE

 RESEPI KUAH ROJAK PASSEMBOR SEDAP DAN POPULAR CHEF OBIE

Kembali menjadi permintaan... Chef Obie kongsikan sekali lagi..resepi ulangkaji yea, semoga bermanfaat kepada surirumah , pelajar kulinari , kaki masak , kaki makan dan bakal-bakal influencer media sosial .



Bahannya:
500gm keledek kuning *
150 gm udang *
130 gm kacang tanah digoreng dengan sedikit minyak masak*
15 tangkai cili kering *
3 ulas bawang putih*
2 biji bawang besar*+ 4 biji bawang kecil*
2 sudu besar asam jawa yang tlh diperah bersama 1/2 air
1/2 cawan gula
sedikit garam
7 keping biskut marie direndam dgn air kosong
4 cawan Air
Cara Penyediaan :
1. Goreng cili kering,bawang besar dan bawang putih sehingga layu sahaja dengan sedikit minyak.Setelah layu angkat.ketepikan.
2. Rebus keledek.Bila dah empuk kisar bahan bertanda* keledek,udang,bawang putih,bawang besar,cili kering dan kacang tanah sehingga hancur dan lumat
3. Masukkan dalam periuk bersama 4 cawan air dan biar sehingga mendidih.( boleh tambah mengikut tahap kecairan yang dikehendaki )



4. Setelah mendidih tambahkan air asam jawa juga gula dan garam.Kacau rata sehingga kedasar periuk.
5. Setelah seimbang kesemua perasakan dengan biskut marie yang telah direndam .Masak lagi
sehingga 35~45 minit.Sentiasa kacau kuahnya kedasar periuk.Jika anda menggunakan keledek yangberwarna putih dan kuahnya agak pucat bole letakkan sedikit pewarna oren kedalam kuah dan kacau rata
6. Bila semua rasa kuah rojak pasembor telah seimbang, bolelah diangkat.

























Kepada korang yang ingin tahu lebih serius lebih lagi untuk resepi standard untuk digunakan dlm perniagaan , cara-cara mengurus penyediaan bahan dan penyimpanan serta jangkahayat produk serta condiments ROJAK PASSEMBUR boleh join KELAS MASAKAN PERNIAGAAN , BAKING DAN KOMERSIAL +BERTESTIMONI yang telah menjadi pilihan peniaga & Usahawan tempatan dan luar sejak 2012 hingga kini era pendemik Covid 19.








Terima Kasih

Komen
0 Komen

Tiada ulasan:

Chef Gunawan a.k.a Chef Obie Copyright © 2015 Design by MaiGraphikDesign