CHEF OBIE & MGJ CONSULTANCY

CHEF OBIE & TEAM MGJ CONSULTANCY AKTIF MENGADAKAN KELAS / KURSUS MASAKAN PERNIAGAAAN DAN KOMERSIL POPULAR BERTESTIMONI SEJAK 2012 HINGGA KINI.
DI AMPANG , SELANGOR DAN DI BANGSAR KUALA LUMPUR.

MENJADI PILIHAN WARGA TEMPATAN , WARGA ANTARABANGSA DAN JABATAN KERAJAAN

MENJADI JURUCAKAP PELBAGAI PRODUK , PERUNDING F&B , PERUNDING MAKANAN , FOODSTYLIST , PENULIS JEMPUTAN / PHOTOSHOOT UNTUK MEDIA MASSA DAN ELETRONIK ,PERUNDING PENJUALAN HOTEL DAN RESORT JUGA PERUNDING HARTANAH DI MALAYSIA

HUBUNGI MGJ CONSULTANCY

017 2260719

017 2260719

017 2260719

email : mgjconsultancyfile@gmail.com & gunawan.jamil@gmail.com

obieber

Salam Jumaat



Salam Jumaat

Assalammualaikum wbt,
Semoga diri kite sentiasa didalam Rahmat & Kasih Sayang NYA.
Aamiin Ya RabbalAlamiin.

Terima Kasih kerana sudi melayari blog chef obie 
yang serba serbi kekurangan ini. Chef akan cuba memperbaiki
dari segi info dan persembahan , InshaAllah.

Blog chef obie lebih kepada info-info yang berkaitan Makanan.Selain itu juga 
info-info yang baik & sedikit sebanyak dapat membantu memperbaiki diri chef 
& juga kepada yang memerlukan.

Dalam Segmen SALAM JUMAAT 
Info-info merupakan sumbangan daripada sahabat chef obie



Ustaz Adek Zuhaimie Bin Hj Ismail
daripada Al Guffran Mosque , Tempiness , Singapore,
& juga daripada Ustaz-ustaz , blogger , daripada chef obie sendiri juga JAKIM dan pakar motivasi 

Semoga sedikit perkongsian Ilmu dapat dimanfaatkan dan ada kebaikan bersama kelak.
InshaAllah . Aamiin

Al Fatihah 

Untuk Rasullullah s.a.w,
Kedua Ibu Bapa Kita , Diri Kita Sendiri , 
Muslimin & muslimat sama ada yang masih hidup
atau yang telah meninggal dunia.



 Asma- Ul -Husna
99 Nama Allah 


Asmaul Husna 

Nas-aluka [ perlahan ]

Yaa Man Huwallahulladzii Laa Ilaaha Illaahu

Awarrohmaanur Rohim

Almalikul Qudduusus Salaamul Mu’minul Muhaiminul ‘Aziizul Jabbaar

Almutakabbirul Khooliqulbaariul Mushowirul Ghoffar

Walqohharul Wahaabur Rozzaaqul Fattaahul ‘Aliim

Alqoobidhul Baasithul Khoofidhur Alroofi’ul Mu’izzul Mudhillus Samii’ul Bashiirul Hakamul’adl

Allathiiful Khobiir

Alhaliimul ‘Adhim
Alghofurus Syakuur
Al’aliyul Kabiirul Hafiidhul Muqiit

Alhasiibul Jaliil Al Kariimur Roqiibul Mujiibul Waa Si’ul Hakiimul Waduudul Majiidul Baa’itsus Syahid

Alhaqqulwakiil

Alqowiyul Matiin
Alwaliyul Hamiid
Almuhshil Mubdiul Mu’iid
Almuhyil Mumiitul Hayyul Qoyyum

Alwaajidul Maajidul Waahidus Shomadul Qoodirul Muqtadirul Muqoddimul Muakh Khirul Awwalul Akhiir

Addhoohirul Baatinul Waalil Muta’al Bar Ruttawwaaabul Muntaqimul ‘Afuwwur Roufum Maalikul Mulki Dzul Jalaali Qal Ikroom

Almuqsitul Al Jaami’ul Ghoniyul Mughnil Maani’ud Dhoor Runnaafi’un Nuurul Haadii Badii’ul Baaqii

Alwaaritsur rosyiidus Shobuurulladzi ladza kamits lihi Syaiun Wawas Samii’ul Bashiir

Alloohumma Solli Afdhollas Sholati’alaa As’adi MAkhluuqoo Tika Sayyidinaa Muhammadiwa’alaa alihii

Washohbihii wasallim ‘Adada Ma’luu Maatika Wamidaa Dzakalimaa Tika Kullamaa


Dzakaro Kad Dzaakiruuna Waghofala ‘An Dzikrihil Ghoofiluun.






Assalammualaikum wbt ,
Salam Jumaat kepada anda yang melayari blog chef obie,
semoga hari ini dan seterusnya memberi keberkatan dan keceriaan.

Tazkirah Sumbangan 
Ustaz Adek Zuheimie Ismail
Al Ghufran Mosque
Singapore

Tajuk : Balasan Berbakti

Diriwayatkan daripada Aisyah r.a ,
Rasulullah saw bersabda,
" Apabila aku tengah berjalan-jalan disyurga ,
tiba - tiba aku mendengar suara seseorang tengah membaca Al Quran.
Aku lalu bertanya , Siapakah orang itu?"

(Malaikat ) menjawab , " Dia ialah Harithah Bin Nu'man "
Nabi saw lalu bersabda , 
" Itulah balasan berbakti,Itulah balasan berbakti,Ia sangat berbakti kepada ibunya."

( Diriwayatkan oleh Abu Ya'ala no.4425 )

Beliau Harithah Bin Nu'man telah dijamin masuk syurga sebelum beliau meninggal dunia.


Subhanallah.



Salam Jumaat ,

Terima Kasih kepada sahabat yang berkongsi info
untuk diupdated dalam blog chef obie yang serba serbi kekurangan ni.







Hadis Jumaat untuk anda yang melayari blog chef obie 





Daripada Ibnu 'Abbas r.a. bahawa RasululLah SAW telah bersabda: "Tiadalah hari-hari yang sesuatu amal soleh jika dikerjakan padanya, lebih disukai Allah SWT (diberikan ganjaran, rahmah dan barakah yang lebih besar), lebih daripada (sesuatu amal soleh) yang dilakukan (oleh seseorang) di sepanjang hari-hari ini - yakni sepanjang 10 awal Zulhijjah." Para Sahabah r.a. kemudian (agak terkejut) lantas bertanya: "(Adakah benar? Kelebihan melakukan satu amal soleh di dalam 10 Awal Zulhijjah begitu besar sekali) Sehingga dapat menandingi ganjaran/kelebihan seseorang (kami) yang keluar berjuang (berjihad) di jalan Allah?". RasululLah SAW pun menjawab; "(Memang benar!) Sekali pun (seseorang kamu) keluar berjihad di jalan Allah! (ianya tetap tidak dapat menandingi besarnya ganjaran satu amal soleh yang dilakukan di dalam 10 awal Zulhijjah), kecuali sekiranya ada seseorang yang dia sanggup keluarkan segala hartanya di jalan Allah bersama-sama dengan jiwa raganya sekali (keluar berjihad) sehingga kemudian kesemuanya itu (seluruh harta dan jiwanya sekali) habis (mati), tidak kembali (terkorban di jalan Allah)."





Ustaz Adek Zuheimie Hj Ismail

Darul Ghufran Mosque
Tampines,Singapore 



Solat Jumaat





Kredit : Jabatan Kemajuan Islam Malaysia ( JAKIM )


Riwayat: 
 Riwayat Abu Daud
Hadith: 
Dari Abu al-Ja`d ad-Dhamiri, r.a, bahawa rasul s.a.w bersabda: Sesiapa yang meninggalkan (solat Jumaat) sebanyak 3 jumaat dengan keadaan sengaja meringan-ringan dan mencuaikannya, nescaya Allah meterikan atas hatinya.


Huraian Hadith: 
1. Solat Jumaat adalah hari raya mingguan bagi umat Islam dan menggantikan solat zohor bagi muslimin


2. Orang yang sengaja meninggalkannya perlulah bertaubat kepada Allah agar rahmat dan hidayahNya berterusan kepada diri dan keluarga



3. Syarat wajib jumaat ialah Islam, merdeka, baligh, berakal, sihat(tiada uzur) dan tinggal menetap(bermukim) ditempatnya.

Salam Jumaat : Tazkirah Ustaz Kazim Elias UKE

Assalammualaikum wbt,
Semoga perkongsian chef obie  dari tazkirah UKE 
ada manfaat bersama.

InshaAllah
























Terima Kasih melayari blog chef obie , chef kongsikan video ceramah Ustaz Kazim Elias - Sempurnakan Iman , Akhlak dan Akidah


Salam Jumaat : Zikir Harian


JUMAAT :

 YA ALLAH – 100- 1,000 KALI, ALLAH HAMPIR KEPADA KITA, ALLAH BERI KITA SOLAT, ISLAM, RAJIN, SUKA, LAZAT, BERAMAL IBADAH, TIDAK MALU TUTUP AURAT BAGI PEREMPUAN.

SABTU :

 LAA ILAHA ILLA ALLAH – 100-1,000 KALI,


SENANG HATI, AMAN DAN TENTERAM.

AHAD :

YA HAYYU YA QAYYUM – 100-1,000 KALI,

ALLAH HIDUPKAN KITA DAN BERI PELIHARAANNYA.

ISNIN : 

LAA HAULA WALA QUWWATA ILLA BILLA HIL ALIYYIL AZIM – 100-1,000 KALI,


SATU KALIMAT UMPAMA SATU BUKIT UHUD. BANYAK KALI SEBUT HILANGLAH SIFAT MENUNJUK-NUNJUK, KEJI, RIAK, TAKABBUR, SAYANGKAN DUNIA DAN SEBAGAINYA.
SELASA :

 ALLAHUMMA SOLLI ALA MUHAMMADIN ABDIKA WARUSULIKA NABIYYI WA UMMIYYI WA’ALA ALIHI WASOHBIHI WABARIK WASALLIM –100- 1,000 KALI,

ALLAH AMPUNKAN DOSANYA SATU TAHUN (KALAU NAK PENDEK SELAWAT KE ATAS NABI)

RABU : 

ASTAGHFIRULLAH AL’AZZIM AL-LAZI LAA ILA HA ILLA HUWAL HAYYUL QAYYUM –100- 1,000 KALI,


SATU KALI SEBUT HILANG SATU TITIK HITAM DALAM HATI KITA. SATU TITIK HITAM ADALAH DARI SATU DOSA, JIKA TIDAK MEMINTA MAAF (MENGHILANGKANNYA) WALAUPUN SEMBAHYANG,KITA AKAN MASUK NERAKA SELAMA MANA TITIK HITAM TERSEBUT BERADA DALAM HATI KITA.

KHAMIS :

 SUBHANALLAHIL AZIMI WABIHAMDIH – 1,000 KALI,


ALLAH AMPUNKAN DOSA SEBANYAK BUIH DILAUT, DAN SATU KALI SEBUT TUMBUH SATU POHON SYURGA UNTUK KITA DI TAMAN SYURGA.


kredit : zikirharian

chef obie juga berkongsi video ceramah Ustaz Kazim Elias
tajuk : Mukjizat Rasulullah & Amalan -amalan Zikir.


Ceramah UKE
di Pusat Khidmat Masyarakat AU5, Lembah Keramat Kuliyah Umum siri ke-17









Tittle : SOMETIMES THOSE WHOSE HAVE LESS , ARE THE ONES WHO GIVE MORE

Assalammualaikum wbt ,
Salam lebaran juga Salam Jumaat 
Raya sakan yea, kepada yang telah berhabis dan berkorban dari segi keringat mahupun 
wang ringgit jangan mengeluh , niat anda ikhlas membahagiakan keluarga , insan tersayang , sanak saudara mahupun teman dan sahabat harus dipuji... hopely chef pun tergolong lah dalam kategori ini.


Semoga kemakmuran rezeki mengiringi anda sentiasa yang suka bersedekan dan membantu tidak kira keringat atau wang,
Hari ini Jumaat , kepada lelaki Islam yang faham tanggungjawab menunaikan solat jumaat berjemaah . inilah hari yang mudah untuk anda bersedekah,banyak tabung-tabung dalam masjid mahupun surau untuk anda dermakan dengan ikhlas ,Kebiasaan dalam masjid akan ada 2 jenis Tabung iaitu Tabung Masjid Dan Tabung Untuk Anak Yatim & Asnaf.

gambar courtesy google


Apa kata kepada anda yang tidak pernah bersedekah melebihi RM 10 atau melebihi RM20 dalam tabung masjid tapi hari ini anda berbuat demikian , biasanya anda hanya tergerak hati untuk menderma sebayak RM1 atau duit kecil yang ada dalam poket anda ketika itu..dah tentu duit syilling ! 


Anda ingat tabung dalam masjid tu macam budak-budak minta duit raya? jadi cubalah ubah cara berfikir dan niat menderma anda itu , Cubalah hari ini dengan tidak pernah anda lakukan anda keluarkan duit note RM50 atau RM100 SubhanAllah..mudah-mudahn rezeki anda akan lagi bertambah dan mengalir seperti air terjun yang mengalir.....Jika anda Jutawan atau multimillionaire berilah mengikut kemampuan anda yang luar biasa itu dan beri sesuatu yang lebih bermanfaat melebihi wang ringgit.Ingat Harta dunia tak bawa mati!Hanya amalan baik yang berkekalan hingga akhirat.

Ini dari mata chef sendiri yang BIASA melihat senario dalam masjid atau surau, kebanyakan yang menderma dengan wang yang melebihi RM1 adalah mereka yang berpendapatan sederhana atau kecil ? mengapa ? itu yang chef kata 

"Sometimes those whose have less , Are the ones who give more "

Golongan yang berpendapatan sederhana dan kecil ini.. kadang duit di dalam poket pun cukup-cukup untuk keperluan dia seharian mahupun cukup-cukup aje untuk menyara anak isteri pada hari tersebut , tapi disebabkan kesedaran dan moral dia yang tinggi dan yakin Allah itu maha Pemurah Dan Pemberi rezeki , dia boleh sedekahkan semua yang ada atau sebahagian yang ada kepada yang memerlukan.Terkesima sebentar ..Chef melihat dan cuba praktikkan apa yang berlaku..chef juga serba kekurangan sebelum terbuka hati uintuk bertindak seperti itu ,Muhasabaha diri ..,



Sungguh tidak miskin pun kita kalau menderma atau bersedekah walau kadan-kadang tu..Untuk lepas diri sendiri pun belum tentu , Tapi Allah dah kata Bersedekah itu Tidak akan menjadikan anda miskin atau papa ,malah akan menjadikan anda lebih rezeki.. betul..kebiasaan Rezeki selepas kite melakukan perkara yang baik ini akan hadir tepat pada waktunya , dan rezeki biasanya yang tidak terdunga, MashaAllah.. Semoga rezeki kite semua diberkati dan makmur sentiasa.


Aamiin.

Peringatan untuk diri sendiri juga !

chef obie
Si Tukang Cuci Kini Tukang Masak Profesional 



OST Munafik: Kalah Dalam Menang
Tajuk: Kalah Dalam Menang
OST: Munafik (2016)
Lagu: Syamsul Yusof
Lirik: Syamsul Yusof & Anwar Fazal
Penyanyi: Syamsul Yusof & Mawi

Lirik:
Yo!
Ya Allah, Ya Rahim
Siapa lebih berkuasa?
Ya Allah, Ya Rahim
Kau, aku atau Dia?
Renungkan

Adakah kau rasa dunia isinya hanya kau yang punya
Kau fikir kau siapa?
Adakah kau lupa ataupun kau buta kau dan aku hamba
Kau fikir kau raja?
Kuasa, harta, wanita mengaburi minda, mengotori jiwa dan bicara
Bila bicara, bicaranya semua besar
Mendabik dada besar egonya
Lupa diri, lupa Pencipta Yang Maha Besar
Hatinya hitam, kelam, terbungkam
Jiwa tak tenang, kalah dalam menang

Kemewahan diri bukanlah tanda kehebatan insan
Berteduh di bumi Tuhan
Fikirkan saat nyawa ditarik keluar badan
Tiada siapapun yang tahu rahsia Tuhan
Siapa dulu pergi dulu mungin aku, mungkin kamu
Kau katakan tunggu dulu, kau belum 50
Sedang kematian lagi mengejarmu
Kerasnya hati masih gagal mengerti
Bangunlah di malam sunyi
Bertanyakan pada Ilahi

Adakah kau rasa dunia isinya hanya kau yang punya
Kau fikir kau siapa?
Adakah kau lupa ataupun kau buta kau dan aku hamba
Kau fikir kau raja?
Kuasa, harta, wanita mengaburi minda, mengotori jiwa dan bicara
Bila bicara, bicaranya semua besar
Mendabik dada besar egonya
Lupa diri, lupa Pencipta Yang Maha Besar
Hatinya hitam, kelam, terbungkam
Jiwa tak tenang, kalah dalam menang

Kalah dalam menang, hatimu takkan senang
Aku bukan hipnotis bukan juga isis
Jauh sekali ekstrimis, aku hanya optimis
Hidup sarat protwist, sama macam sarkis
Dengan Tuhanmu jangan pernah prejudis
Dalam era penuh depresi
Sebenarnya apa yang kau cari
Kononnya nak inspirasi, huh inspirasi
Tak perlu kau tercari-cari
Bangun malam tanya Ilahi
Beribu kali kau diingati
Hidayah itu milik Ilahi

Adakah kau rasa dunia isinya hanya kau yang punya
Kau fikir kau siapa?
Adakah kau lupa ataupun kau buta kau dan aku hamba
Kau fikir kau raja?
Kuasa, harta, wanita mengaburi minda, mengotori jiwa dan bicara
Bila bicara, bicaranya semua besar
Mendabik dada besar egonya
Lupa diri, lupa Pencipta Yang Maha Besar
Hatinya hitam, kelam, terbungkam
Jiwa tak tenang, kalah dalam menang

Mari sini semua dengar ini cerita
Orang kita kata nak senang kena banyak simpan duit
Tapi Islam kata nak senang kena banyak keluarkan duit
Sedekah, amal jariah, senyumanmu itu juga satu dakwah
Orang kita kata sakit itu bala
Tapi Islam kata sakit itu penghapus dosa
Sabarlah walaupun kau sedang kecewa
Biarkan engkau miskin harta dan kuasa
Tapi jangan kau miskin jiwa

Adakah kau rasa dunia isinya hanya kau yang punya
Kau fikir kau siapa?
Adakah kau lupa ataupun kau buta kau dan aku hamba
Kau fikir kau raja?
Kuasa, harta, wanita mengaburi minda, mengotori jiwa dan bicara
Bila bicara, bicaranya semua besar
Mendabik dada besar egonya

Adakah kau rasa dunia isinya hanya kau yang punya
Kau fikir kau siapa?
Adakah kau lupa ataupun kau buta kau dan aku hamba
Kau fikir kau raja?
Kuasa, harta, wanita mengaburi minda, mengotori jiwa dan bicara
Bila bicara, bicaranya semua besar
Mendabik dada besar egonya
Lupa diri lupa Pencipta Yang Maha Besar
Hatinya hitam, kelam, terbungkam
Jiwa tak tenang, kalah dalam menang

Facebook : chefobie untold
Instagram : chef_obie_official
website : chefgunawanmalaysia.blogspot.com

whatsapp : 0172260719


Terima Kasih

Komen
0 Komen

Tiada ulasan:

Chef Gunawan a.k.a Chef Obie Copyright © 2015 Design by MaiGraphikDesign