CHEF OBIE & MGJ CONSULTANCY

Executive R&D Chef | Austrian Dessert & European Cakes Pastries | Malaysian Heritage Cuisine | Multi Outlet Standardisation : CHEF MUHAMAD GUNAWAN a.k.a CHEF OBIE & TEAM MGJ CONSULTANCY Aktif Set Up Central Kitchen / Pembangunan Menu ( Baru & Upgrade ) / Standardize Resepi & SOP/ Mobile Cooking Baking Class / Konsultansi Isu Operasi & F&B


HUBUNGI

017 2260719

017 2260719

017 2260719

email : gunawan.jamil@gmail.com

obieber

Selasa, 5 Ogos 2014

Kelas Masakan / Baking Personal Terbaru " Multi 3D Decoration by Chef Obie "

Assalammualaikum wbt & salam sejahtera...
masih lagi dalam mode beraye?okaylah...
Selamat Hari Raya Aidilfitri 
Maaf Zahir & Batin
daripada chef obie...

Hari ni chef obie ingin war-warkan serba sedikit- Info kelas personal chef obie yang bakal diadakan selepas hari raya Aidilfitri ini.

Kepada anda yang tercari-cari kelas unik selain memasak dan baking..
bolehlah join yea.. yang minat dengan seni pastri digalakkan berguru dengan chef obie..heee, ilmu Multi 3D yang masih baru kat Malaysia ni...& eksklusifnya telah ramai juga mengetahui mengenai 3D ( kek & cupcakes ) tetapi tidak tahu cara lebih pro untuk membuatnya...chef obie sebagai penulis buku 'Cupcake 3D' yang pertama di Malaysia julung kali ingin berkongsi ilmu 3D dalam kelas personal yang bakal diadakan nanti.

3D yang chef ingin kongsikan iaitu lebih dikenali dengan Multi Dimensional Cake Decorations atau Multi 3D Cecoration- Iaitu gabungan kreativiti seni lukis dan seni gumpaste ( flora/figurine & sebagainya ) dengan pelbagai teknik yang mudah tetapi amat berkesan untuk hasil yang menarik - Multi 3D 
contoh dekorasi Multi 3D seperti dibawah : 


Pelbagai kombinasi & teknik yang akan dipelajari seperti seni gumpaste & seni lukis


Multi 3D Decorations kelihatan unik dan amat eksklusif untuk sebiji kek.


Pereka kek Multi 3D seorang yang kreatif & inovatif,aktiviti mereka kek multi 3D juga sebagai terapi jiwa...gitu!


 Seni gumpaste & seni lukis seiringan, teknik penggunaan warna dan penggunaan berus yang betul merupakan satu intipati penting dalam kelas personal Multi 3D decorations chef obie.
Kepada anda semua yang berminat- tiada limit usia-
chef mengajar pelajar dari usia 14 tahun sehingga tiada limit, sepanjang pengalaman chef obie mengajar,pelajar paling muda berusia 14 tahun manakala yang paling otai 77 tahun... jadi anda tiada reason untuk tidak menambah lagi ilmu didada tu...sesiapa sahaja boleh berguru denga  chef obie..
jadi sila take noted chef akan updated info mengenai kelas personal chef obie dalam blog kesayangan ni.

sebarang pertanyaan boleh email ke : gunawan.jamil@gmail.com
Hotline : 017 2260719



                        








Terima Kasih

Sabtu, 2 Ogos 2014

Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir & Batin - Chef Obie


Selamat Hari Raya Aidilfitri 
Maaf Zahir & Batin

kepada semua muslimin & muslimat.. kepada anda semua yang menyokong
apa sahaja yang chef obie lakukan,
Semoga sepanjang bulan Ramadhan yang lepas amalan
ibadah diterima Allah swt.
Kemenangan Syawal kita raikan bersama...& keberkatan sentiasa 
mengiringi kita.
Mohon maaf yea sekiranya chef obie ada melakukan kesalahan sengaja mahupun  tidak, halalkan segala makan minum & ape-ape yang chef obie terima sepanjang tahun ..., jangan ambil hati atau berkecil hati sekiranya ada terkasar bahasa dari chef..., kosong-kosong yea..

Dalam pada kita bergembira- sentiasa beringat kepada saudara muslim kita diluar sana - GAZA Palestine, lubnan,syria,afghanistan , iraq & seluruh negara umat Islam.
Juga Takziah kepada ahli keluarga waris penumpang & anak kapal MH 370 & MH17.

Tidak lupa juga semoga atlet-atlet negara yang sedang berjuang di Sukan Komanwel Glosgow beroleh kejayaan- bawak balik pingat lebih sikit..paling tidak pun melepasi sasaran 7 pingat emas!
good luck..

Ikhlas daripada Chef Obie 
( Muhamad Gunawan Jamil )
chefgunawanmalaysia.blogspot.com
Hotline : 017 2260719
p/s- chef obie kembali aktif dlm segala urusan kerja selepas 7 hari berhari raya
heee... peace!









Terima Kasih

Chef Gunawan a.k.a Chef Obie Copyright © 2015 Design by MaiGraphikDesign