CHEF OBIE & MGJ CONSULTANCY

Executive R&D Chef | Austrian Dessert & European Cakes Pastries | Malaysian Heritage Cuisine | Multi Outlet Standardisation : CHEF MUHAMAD GUNAWAN a.k.a CHEF OBIE & TEAM MGJ CONSULTANCY Aktif Set Up Central Kitchen / Restoran Pelbagai Tema - Western Food, Kopitiam, Nasi Kandar & Berkenaan / Pembangunan Menu ( Baru & Upgrade ) / Standardize Resepi & SOP/ Kelas Masakan Perniagaan Bijak Bisnes Peniaga & Usahawan / Konsultansi Isu Operasi & F&B


HUBUNGI

017 2260719

017 2260719

017 2260719

email : gunawan.jamil@gmail.com

obieber

Selasa, 12 Januari 2016

JJCM : Warung Rakyat Nasi Kak Wok Popular Dan Sedap Di Pandan Jaya

Kepada kaki-kaki makan 
Dan kaki jalan-jalan cari makan..

Assalammualaikum wbt ,
Dengan rasa rendah diri , 
Chef Obie dengan Abang Rizal 
Ingin Memperkenalkan Nasi Popular 
Dari Negeri Cik Siti Wan kembang 
iaitu " NASI KAK WOK "
kini telah meniti kepopularan sama seperti nasi-nasi yang telah sedia
ada dipasaran seperti Nasi Ayam , Nasi kerabu dan sebagainya.

Apa yang unik sangat mengenai Nasi kak Wok ini ?...
mmmm.... uniknya Nasi kak Wok adalah kerana kesimplelan..
cara hidangannya, selain keenakan ayam goreng kunyitnya , gulai istimewa 
dan sambal belacan yang pasti membuat anda kecur air liur...
ianya dihidang panas-panas dengan kertas minyak sahaja....
dinikmati bersama air sirap pun dah cukup nikmat!.....



Satu lagi keistimewaan Nasi Kak Wok ialah..
Harganya yang... Mesra Rakyat !
Hanya RM5 sahaja.... 
Amat Sesuai Kehadiran Nasi Kak Wok Ini..
Dikala Rakyat 
Telah Dirungsingkan Dengan Pelbagai Isu Kenaikan Harga Bahan mentah
Dan Barangan...
InshaAllah WARUNG RAKYAT - dengan tagline
dari Rakyat Untuk Rakyat .. kami menyelesaikan masalah anda..
dengan menyediakan hidangan yang enak dan berbaloi pada harganya.

Anda Warga KL Dan Seluruh Rakyat Malaysia
Boleh Nikmati Hidangan " NASI KAK WOK " Popular Ini

Di WARUNG RAKYAT cawangan Pandan Jaya
( berhadapan Maybank Pandan Jaya )
Medan Selera Pandan Jaya.

p/s warung rakyat sedang diubah suai , InshaAllah 
nantikan pembukaan warung Rakyat Nasi Kak Wok
dijangka pada penghujung Januari 2016 ini....

WARUNG RAKYAT menantikan 
kunjungan ramai untuk bersama-sama menikmati 
hidangan Istimewa Nasi Kak Wok ini ...

Jumpa Di sana nanti !

Salam Sedap Dari Chef Obie & Abang Rizal...
Hubungi : 017.2260719 @ 016.2023896

WARUNG RAKYAT caw. Pandan Jaya
Dari Rakyat Untuk Rakyat




Terima Kasih

Isnin, 11 Januari 2016

Resepi Sos Popular & Janam Janam - Dilwale


RESEPI SOS 
UNTUK AYAM GOLEK & PANGGANG ISTIMEWA CHEF OBIE




Bahan-bahan :




 1 cawan Cili Kering ( direbus & dikisar )

 500 ml Air

 1 sudu besar Cuka Masakan

 100 gm Gula Pasir + 50gm Gula Merah
1 ulas bawang puttih ( dikisar )

100 gm Kacang Tanah Goreng ( dikisar halus )- optional jika anda tidak suka boleh abaikan.


 2 sudu besar Nampla Sos ( Sos Ikan )

1/2 cawan Sos Cili
 Tepung Jagung sekiranya anda inginkan sos yang lebih pekat

Cara Membuat :

1.Satukan cili kering bawang putih , air dan dikisar bersama.
2.Masukkan dalam pot, didihkan bersama kacang tanah ,cuka ,gula pasir + gula merah, sos cili dan sos ikan ,Kacau perlahan-lahan sehingga mesra semua bahan sos. Pastikan api sederhana sahaja. 
3.Pastikan sehingga mendidih, dan sos agak kepekatan.Sekiranya anda ingin lebih pekat lagi , bolehlah letak sedikit bancuhan tepung jagung dan sedikit air.
4.Sekiranya anda tidak ingin terlalu pekat, anda boleh tambahkan sedikit air lagi dan didihkan bersama sos.


Terima Kasih

Chef Gunawan a.k.a Chef Obie Copyright © 2015 Design by MaiGraphikDesign