CHEF OBIE & MGJ CONSULTANCY

CHEF OBIE & TEAM MGJ CONSULTANCY AKTIF MENGADAKAN KELAS / KURSUS MASAKAN PERNIAGAAAN DAN KOMERSIL POPULAR BERTESTIMONI SEJAK 2012 HINGGA KINI.
DI AMPANG , SELANGOR DAN DI BANGSAR KUALA LUMPUR.

MENJADI PILIHAN WARGA TEMPATAN , WARGA ANTARABANGSA DAN JABATAN KERAJAAN

MENJADI JURUCAKAP PELBAGAI PRODUK , PERUNDING F&B , PERUNDING MAKANAN , FOODSTYLIST , PENULIS JEMPUTAN / PHOTOSHOOT UNTUK MEDIA MASSA DAN ELETRONIK ,PERUNDING PENJUALAN HOTEL DAN RESORT JUGA PERUNDING HARTANAH DI MALAYSIA

HUBUNGI MGJ CONSULTANCY

017 2260719

017 2260719

017 2260719

email : mgjconsultancyfile@gmail.com & gunawan.jamil@gmail.com

obieber

Selasa, 25 Februari 2014

DIY : Resepi Sos Yong Tau Foo Popular


Terima Kasih kepada yang bertanya akan resepi sos yong tau Foo..
ade yang bertanye nak resepi sos manis yong tau foo yang berwarna kehitaman ..
dan ade yang bertanya resepi sos pedas yang merah bercili tu..
jadi bagi tak nak menghampakan permintaan...
chef obie sharing hari ni...

hope korang yang mencari resepi istimewa ni suke.. yea
ahakss...

RESEPI SOS MANIS YONG TAU FOO (WARNA HITAM)

BAHAN:


400gm taucu - ( diblender )
2 cawan air
1 cawan kicap pekat manis
2 sudu besar minyak masak
1 sudu besar tepungg jagung atau tepung gandum pun boleh guna pakai
1/2 cawan gula

Cara Membuat


1- Panaskan minyak masak, masukkan taucu dan tumis dengan api sederhana
lebih kurang 2 minit.

2- Kemudian masukkan air, kacau menggunakan whisk dan biarkan ia mendidih.

3- Apabila telah mendidih kecilkan api, masukkan pula kicap dan gula.
Kalau korang tak nak terlalu manis boleh kurangkan kuantiti gulanya

4- Dan akhir sekali, masukkan tepung jagung dan kacau sehingga memekat ( tepung jagung dicampur dengan sedikit air )


RESEPI SOS PEDAS YONG TAU FOO ( MERAH BERCILI )

BAHAN:


40 biji cili merah - ( diblender )
2 cawan air
4 sudu besar bijan putih ( optional )
4 sudu besar kacang tanah ( ditumbuk - optional )
2 sudu besar tepung jagung 
1 sudu besar Cuka Putih
Garam secukup rasa
Gula secukup rasa


Cara Membuat


1- Didihkan air dalam periuk atau pot

2- Kemudian masukkan cili dan biarkan sehingga cili masak.

3- Masukkan pula cuka, garam dan gula secukup rasa, kacau sebentar dan masukkan bancuhan 
tepung jagung untuk memekatkan kuah sos pedas yong tau foo ni.

4- Akhir sekali-semase menhidang, taburkan bijan dan kaccng tanah yang 
telah ditumbuk.

Siap... senagkan nak buat..bolehlah korang mencuba resepi Sos Yong Tau Foo percuma aje 
daripada chef obie... sharing is caring ! love you all...





 "Muhamad Gunawan Jamil atau dikenali dengan panggilan 
mesra  'chef obie ' .Cukup sinonim dengan pentas kulinari .
Namanya gah seiring dengan barisan chef-chef hebat negara ini acapkali
memenuhi undangan pelbagai program masakan 
di stesen televisyen dan radio disamping mendapat liputan 
media tempatan , bahkan jejaka berusia 34 tahun ini sering 
menjalinkan kerjasama dengan Majalah AROMA "

Editor Siti Dimiate - Suri Media Sdn Bhd
2015







Terima Kasih

Komen
0 Komen

Tiada ulasan:

Chef Gunawan a.k.a Chef Obie Copyright © 2015 Design by MaiGraphikDesign