CHEF OBIE & MGJ CONSULTANCY

CHEF OBIE & TEAM MGJ CONSULTANCY AKTIF MENGADAKAN KELAS / KURSUS MASAKAN PERNIAGAAAN DAN KOMERSIL POPULAR BERTESTIMONI SEJAK 2012 HINGGA KINI.
DI AMPANG , SELANGOR DAN DI BANGSAR KUALA LUMPUR.

MENJADI PILIHAN WARGA TEMPATAN , WARGA ANTARABANGSA DAN JABATAN KERAJAAN

MENJADI JURUCAKAP PELBAGAI PRODUK , PERUNDING F&B , PERUNDING MAKANAN , FOODSTYLIST , PENULIS JEMPUTAN / PHOTOSHOOT UNTUK MEDIA MASSA DAN ELETRONIK ,PERUNDING PENJUALAN HOTEL DAN RESORT JUGA PERUNDING HARTANAH DI MALAYSIA

HUBUNGI MGJ CONSULTANCY

017 2260719

017 2260719

017 2260719

email : mgjconsultancyfile@gmail.com & gunawan.jamil@gmail.com

obieber

Rabu, 12 Mac 2014

DIY : Resepi Kari Keema Kambing Popular


Semalam bie dah sharing resepi roti puri, hari ni bie sharing pule pasangan bagi roti puri iaitu kari keema kambing..
mmmm memang sedap bile dimakan bersama roti puri, keema ni merupakan masakan india utara dan juge selatan , dimana daging kembing perlu hancur barulah boleh dimasak ..

Korang boleh lah mencube resepi ni..
kompem marneles! Selamat Mencuba yea..

Resepi Kari Keema Kambing

Bahan

1 1/2 buah bawang bombay cincang halus
250 gram daging kambing giling (paha kambing-daging dihancurkan – minced )
2 tangkai daun kari
6 biji Cili Hijau( belah tengah sahaja )
1 biji Buah Tomato ( di potong wedges )
1 sudu besar bawang putih ( dikisar )
1/2 sudu besar Halia ( dikisar )
1 sudu besar Serbuk Cili
1/4 sudu besar serbuk kunyit
1 sudu besar Garam
125 ml air
1/2 sudu makan daun ketumbar cincang halus
2 sudu besar minyak masak untuk menumis


Cara Membuat

1. Tumis bawang bombay hingga wangi. Masukkan daging giling. Masak sampai berubah warna. Tambahkan daun kari, cili hijau atau cili akr juga boleh diganti, dan tomato masak hingga layu.

2. Masukkan bawang putih , halia, serbuk cili, serbuk kunyit , garam,daging kambing dan air. Masak hingga lembut dan meresap tumisan. Tambahkan daun ketumbar dan akhir sekali kacau rata.Siap



Roti Puri

Terima Kasih

Komen
0 Komen

Tiada ulasan:

Chef Gunawan a.k.a Chef Obie Copyright © 2015 Design by MaiGraphikDesign